RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT FOLLOW ME GREEN TEA HIJAB SESUAI UNTUK WANITA BERHIJAB - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 17 November 2021

RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT FOLLOW ME GREEN TEA HIJAB SESUAI UNTUK WANITA BERHIJAB


Bila kita berhijab, biasalah tentu kita akan alami masalah rambut seperti berbau hapak, gatal-gatal kulit kepala, rambut gugur, rambut bercabang dan patah, rambut berminyak ataupun rambut kesat dan kering. 

Oleh itu dengan adanya rangkaian penjagaan rambut bagi individu berhijab, diinspirasikan budaya Jepun yang dirumus  menggunakan ekstrak semulajadi untuk rambut yang lebih licin, sihat dan segar

Seiring dengan peningkatan ke fasa baharu Pelan Pemulihan Negara dan kembalinya kehidupan ke rutin sebelum ini, ia juga bermakna kita akan menghabiskan lebih masa di luar. Bagi mereka yang berhijab, terdedah pada persekitaran yang panas dan melengas dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada kulit kepala yang gatal dan berbau serta rambut yang lebih kering, seterusnya menyebabkan keguguran rambut.

Jangan risau, kini FOLLOW ME memahami betapa pentingnya penjagaan rambut yang berkesan dan berbaloi, FOLLOW ME dengan gembiranya memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan Teh Hijau Jepun bagi rambut yang lebih harum selama 48 jam bagi memastikan wanita Malaysia yang aktif dan ceria untuk menjalani kehidupan sepenuhnya dengan yakin menggayakan hijab.

Diinspirasi daripada teknologi Jepun, rangkaian FOLLOW ME Green Tea Hijab adalah seiring dengan etos jenama yang dedikasi terhadap penambahbaikan berterusan. FOLLOW ME sedar bahawa teknologi Jepun merupakan solusi terbaik bagi wanita berhijab untuk menikmati rambut yang bersih dan segar sepanjang hari.

Jenama ini berharap menerusi rangkaian baharu ini wanita berhijab akan menjalani kehidupan sepenuhnya, tanpa sebarang rasa runsing. FOLLOW ME memanfaatkan khazanah semulajadi dengan menggabungkan ramuan semula jadi dengan formulasi teh hijau. Ramuan utama dalam siri FOLLOW ME Green Tea Hijab ialah habbatus sauda, satu ramuan yang diyakini dan digemari ramai. Habbatus sauda adalah ramuan ideal untuk mengembalikan pertumbuhan rambut disebabkan kandungan tinggi thymoquinone, sejenis antihistamin sangat kuat yang kaya dengan bahan-bahan yang mengurangkan keradangan, mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit kepala yang baik.

Dikenali sebagai bahan antioksida, teh hijau adalah ramuan sempurna untuk melengkapkan peranan habbatus sauda. Formulasi kedua-dua ramuan berkuasa itu membolehkan FOLLOW ME menangani masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita berhijab.

Rangkaian FOLLOW ME Green Tea Hijab turut merangkumi:







Hair Fall Solution pH-balanced

Syampu Hair Fall Solution pH-balanced FOLLOW ME Green Tea Hijab memberi khasiat pada akar rambut bagi memastikan rambut lebih kuat. Dipadankan dengan Perapi Hair Fall Solution, pasangan ini akan memberikan kesan yang menakjubkan bagi mengelak rambut gugur, patah dan hujung bercabang, menghasilkan rambut yang sihat dan licin dengan haruman buah tin yang istimewa.



Syampu Anti-Itch

Syampu Anti-Itch FOLLOW ME Green Tea mengandungi antioksida teh hijau semulajadi dan ekstrak yang mengawal penghasilan minyak serta merawati kulit kepala sensitif dan gatal. Dengan ini, ia menghasilkan rambut bersih, bersinar, dan melantun dengan haruman buah delima yang memikat. FOLLOW ME juga menyediakan semburan rambut  Anti-Frizz and Soft & Volumizing yang memberi kesempurnaan rambut mudah yang bukan sahaja mengkhasiatkan dan melembutkan rambut, tetapi juga wangi dengan haruman buah-buahan dan bunga yang tahan lama.


Jadikan rutin penjagaan rambut anda dengan rangkaian FOLLOW ME Green Tea Hijab. Menerusi siri ini, FOLLOW ME memenuhi keperluan pelbagai jenis rambut. Anda pasti dapat menemui rangkaian yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda.


Siri FOLLOW ME Green Tea Hijab boleh didapati di peruncit berhampiran, serta secara dalam talian di Shopee dan Lazada




Untuk maklumat lanjut, layari:

WEBSITE

INSTAGRAM




Tag:  #Followme. #Greenteahijab. #Sirifollowme #hairproduct   #hijabwomen
#Followmegreenteahijab #tehhijaujepun #SyampuAntiItch #HairFallSolutiopHbalanced
#AntiFrizz #SoftandVolumizing #healthyhair #beautyblogger #malaysiablogger #lifestyleblogger

6 ulasan:

  1. Jenama legend ni. FOLLOW ME dah lama bertapak kat Malaysia sampai sekarang bertahan ya. Bagusla produk ni buat wanita berhijab jaga kesihatan kulit kepala dan rambut.

    BalasPadam
  2. Lama rasanya tak menggunakan rangkaian follow me ni. Tapi nampak menarik produk terbaru ni. Dengan penambahan bahan2 yang bagus di dalamnya especially bagi wanita yang bertudung.

    BalasPadam
  3. pernah guna brand ni.. mmg best.. suka dengan formulasi yg dpt menjadikan rambut kiya betul2 lembut

    BalasPadam
  4. I dah lama x try Follow Me shampoo. The last time ia x sesuai utk I. But I like the ingredients that is used in this two shampoos. Maybe should check them out. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. Makin banyak pilihan syampu Follow Me ni. Dulu saya pakai yg botol biru tu. Best sebab berangin lepas pakai.

    BalasPadam
  6. Wowo...so nice this haircare range for our Muslim hijab wear friends, absolutely a good sharing about it. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam

Thak You For Your Comment