PTTI lancar kempen 2 juta Bangkit Belajar - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 28 Oktober 2021

PTTI lancar kempen 2 juta Bangkit Belajar


KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi meneruskan misinya.

Terbaru, jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan kempen 2 Juta Bangkit Belajar pula pada 27 Oktober di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bertemakan 'Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama', usaha pusat ilmiah itu dilihat sentiasa mahu menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.


Sinonim dengan calon SPM selama ini, bagaimanapun inisiatif baru dianjurkan sebaliknya terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga lima.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, sasaran 2 juta pelajar itu diberi  secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.


"Bermula hari ini (27 Oktober) hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.

"Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara 'live' mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi 'trend' dan tuntutan semasa saat ni," katanya.

 


Ditanya kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM, Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.


"Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mula  belajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.

"Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar

"Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang," katanya.


Serentak dengan kempen itu, penyanyi muda popular Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.

Pada majlis sama, penyanyi yang meledak dengan lagu Teman itu turut melakukan simbolik pelancaran single keduanya berjudul Nang.

"Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, Mkpula mengambil alih posisi itu.

"Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman," katanya.



Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.

"Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

"Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman," katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah pelajar cemerlang SPM  2020.I




2 ulasan:

  1. Blackjack | Online casino | Altacelo
    Play Blackjack at Altacelo Casino and win big! Make your gaming experience any 바카라 사이트 casinopan time, anywhere. Play online 우리 카지노 먹튀 or 온라인 카지노 사이트 download our free casino 온 카지노 먹튀 games. 바카라

    BalasPadam
  2. Online Casinos with Real Money No Deposit Bonus
    There's 제왕카지노 회원가입 no catch though – you will find all 바카라 사이트 추천 the best casinos in the United States where you 유로 스타 사이트 can play real money casino 온카지노 games at your home. Here are the 007 카지노 로얄 top

    BalasPadam

Thak You For Your Comment