RESEPI NASI GORENG CAMPUR UNTUK ORANG BERPANTANG - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 24 Ogos 2019

RESEPI NASI GORENG CAMPUR UNTUK ORANG BERPANTANG


Bahan


1 mangkok nasi putih
100 gram daging cincang
3 batang kacang panjang - potong halus-halus (kalau tak nak pun takpa)
1 pokok sayur bakoli - potong kecil
1/2 batang karot - diparut memanjang
3 batang sawi - dipotong kecil
5 ulas bawang putih - diracik halus
3 sudu sos tiram
2 sudu besar minyak jagung/mimyak bijan
garam secukupnya
kicap ikut suka

Cara Membuatnya


1.     Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik baunya kemudian masukkan daging cincang dan dikacau rata hingga daging empuk.


2.   Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong ke dalam kuali, kacau rata kemudian masukkan garam, sos tiram dan kicap. Kacau lagi hingga sebati.


3.   Masukkan nasi dan kacau lagi hingga sebati dan angkat.


Nasi goreng campur ini sangat berkhasiat untuk ibu di dalam pantang kerana menggunakan sedikit minyak dan ramuan sayur-sayuran yang berkhasiat. Resepi nasi goreng ini sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang lebih dari 3/4 minggu, ketika itu ibu-ibu sudah pun sihat dan makan jamu untuk kesihatan badan. Sekiranya ada kemusykilan bolehlah komen di ruang ini.

8 ulasan:

  1. sos tiram tak gatal ke kak?kacang panjang tak sejuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. TERPULANG...TAPI KAK SARANKAN KITA MAKAN JAMU, JADI BILA TERMAKAN BENDA SEJUK, JAMU YANG PANAS DPT MENCEGAHNYA, MELAINKAN KITA XMKN APA-APA YANG MENYEBABKAN URAT KITA SEJUK DAN KEMBANG.

      Padam
  2. Macam sedap je kak limah..utk yg jaga pemakanan macam SA pun bleh buat ni..cuma x letak minced meat la kan...lebih pada sayur dan dada ayam je...

    BalasPadam
  3. Memang kak tak letak ayam sebab orang dalam pantang elakkan makan ayam nanti gatal2

    BalasPadam

Thak You For Your Comment