DAE GA Korean Grill & BBQ Malaysia(Muslim Friendly) , Menyajikan Hidangan Korea dari bbq sehinggalah sajian yang authentic korea - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 5 Mac 2024

DAE GA Korean Grill & BBQ Malaysia(Muslim Friendly) , Menyajikan Hidangan Korea dari bbq sehinggalah sajian yang authentic korea




 
Anyeong!

Kali terakhir Seri Wangi makan Korean food pada tahun 2021 ketika Seri Wangi travel ke Korea. Menikmati hidangan Korea ketika berada di sana belum tentu tekak uoll boleh terima...maybe setengah hidangan dan masakan asli Korea ada yang sedap dan juga yang rasanya tidak diterima oleh tekak masing-masing, termasuklah kawan Seri Wangi. Setiap hidangan Korea mesti ada kimci dan untuk mencari makanan Korea yang halal kenalah research terlebih dahulu, Jika kita ikut pakej travel, tidak Jadi masalah. Seri Wangi boleh jer makan makanan Korea ni tapi tengok juga apa yang dihidangkan, kadang-kadang tidak menepati selera kita. Itulah kenangan manis ketika berada di Korea, kira lama jugaklah Seri Wangi tak merasai masakan Korea hingga sekarang.



Seri Wangi ingin membawa uoll 
menikmati hidangan Korea yang klasik dan hidangan tradisional yang lazat dan sihat di DAE GA, The Curve ialah restoran Korea Grill & BBQ Muslim Friendly yang dibuka pada Dis 2022. Uoll pun tau Kan di Malaysia ada jer restoren Korea, namun begitu untuk mencari yang halal susah sikit dan yang penting hidangan yang Muslim friendly dan ranuannya dari sumber yang halal.





Apabila Kita melangkah masyuk ke dalam DAE GA restoren uoll akan Rasa seperti uoll berada di restoren Korea dengan unsur dalaman budaya asli Korea, keindahan struktur perumahan tradisional Korea, 'Han Ok'

Inspirasi daripada bahan & Corak penggilap tulen digabungkan dengan struktur moden. Bingkai tandatangan utama menandakan "Entrance to Korean Culture & Experience" Direka oleh Pereka Dalaman Korea, Kim Si Woo, pakar dalam konsep Korean Grill & BBQ


DAE GA Korean Grill & BBQ Malaysia yang menyajikan hidangan Korea dari BBQ sehinggalah sajian yang authentic Korea. Staffnya juga adalah di kalangan anak tempatan yang sedia melayan pelanggan ketika makanan dihidangkan




Semua masakan dan hidangan masakan Korea di Dae Ga Restoren ini adalah sentuhan air tangan dari seorang Chef Korea yang sangat berpengalaman selama bertahun-tahun dalam setiap hidangan yang dipilih dengan teliti. Pemilihan daging lembu berkualiti Premium & bahan terbaik Resepi Korea Tulen & Perapan Asli.


Hidangan yang disediakan kepada pelanggan dengan cara Grill & BBQ yang berkualiti di mana nenggunakan teknologi grill dengan arang berkualiti tinggi dan kemahiran memanggang BBQ yang sangat terlatih oleh staff-staff di situ.




Di DAE Ga restoren terdapat pelbagai pilihan menu menarik yang uoll boleh pilih seperti daging perap Istimewa, hidangan harian asli, menu sampingan Korea yang unik dan juga minuman buatan khas yang sememangnya lain dari yang lain.


Masakan hidangan Korea asli di Dae Ga restoren ini disediakan oleh Chef Yang Haeree yang berpengalaman selams 20 tahun dalam masakan Korea di Malaysia.


Yang Haeree Korean Head Chef


Chef Yang Haeree mempunyai pengalaman yang luas dalam memilih kualiti premium daging lembu dengan

cara pemotongan asli Korea. Menyediakan semua daging dengan teknik & resepi khas cara perapan daging lembu.



Menikmati hidangan makanan Korea bersama teman dalam suasana yang nyaman dan hidangan yang lazat menambahkan keriangan Dan kegembiraan di wajah masing-masing dengan layanan mesra dari staff di situ yang mahir menyedia Dan  menyajikan hidangan BBQ dan grill kepada pelanggan.







Menu-menu yang kami pilih sememangnya sangat sedap dan menepati citarasa kami. Antara menu yang pilihan kami ialah Yangnyeom Galbi-Dae Ga Special Set yang mana dalam Set tersebut, terdapat daging, ayam dan seafood seperti udang, sotong dan kepah yang telah di marinate untuk di bakar menggunakan arang jadi memang sangat sedap dan aromanya membuatkan kita tidak sabar menjamahnya. Uoll jangan risau bab bakar membakar ada staff mereka yang mahir menyediakannya, tapi tidak jadi masalah sekiranya uoll ingin nencuba membakar sendiri untuk jadi kenangan.

Yangnyeom Galbi-Dae Ga Special Set



Kalau uoll penggemar kimci, tentu uoll suka makann hidangan Kimchi Jeon Gol yang menyelerakan Dan sedap dihirup panas-panas dengan pelbagai ramuan di dalamnya.

Kimchi Jeon Gol



Seri Wangi suka makan Bulgogi yang juga di bakar dengan special sos,memang sangat lembut dan menyelerakan, boleh dijatan semuanya sedap.



Seri Wangi jamin uoll gerenti puas hati menjamu selera masakan Korea ni, pelbagai hidangan yang uoll boleh pilih, uoll tengoklah menu-menu yang kami.makan memang tak. mengecewakan selera uoll, aoatah lagi makan bersama family maupun bestie sambil makan dan bergelak ketawa











Bila dah kenyang makan, uoll jangan lupa rasa keunikan desert korea yang popular iaitu Sikhye yang dapat menyejuk Dan menyegarkan kembali badan kita. Sikhye adalah sejenis minuman manis berasaskan nasi dan malta.


Ianya merupakan dalam minuman tradisional Korea, biasanya dihidangkan sebagai makanan penutup atau manisan yang mana Sikhye ini mengandungi bijiran dan dalam sesetengah hidangan terdapat kacang pain.



Untuk makluman uoll sempena bulan Ramadan Dae Ga restoren juga menyediakan Ramadhan Buffet Korean Grill & BBQ Restaurant sepanjang 12 Mar  sehingga 8 April 2024. Okay...uoll yang peminat makanan Korea jangan lupa datang ramai-ramai berbuka puasa di sini.




Alamat


📍Dae Ga Korean Restaurant

Lot 146, The Curve 1F,

Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara,

47820 Petaling Jaya, Selangor


Untuk tempahan : 

☎️03 64210733



#daegakoreanrestaurant 

#daegamalaysia 

#authentickoreanfood 

#muslimfriendly 

#thecurve #koreanfoodie

#makankatmana #santaifoodie

#foodhunter









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment