Apa Yang Menarik Di Menara Alor Setar, Kedah - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 24 November 2021

Apa Yang Menarik Di Menara Alor Setar, Kedah

 

Bila Seri Wangi bercuti di Kedah dan singgah di Alor Setar, tidak sah kata orang kalau tidak jejak kaki ke Menara Alor Setar. Seri Wangi sebelum PKP memang selalu jalan makan angin dengan suami berdua ke Kedah tapi biasanya banyak habiskan masa berjumpa dengan kawan-kawan lama dan tidak ada masa nak cuci-cuci mata tengok keindahan bandar Alor Setar. Kali ni Seri Wangi ikut rombongan Cik Kiah... haaaaa.... sebenarnya ikut Famtrip jadi masa nilah kami semua berpeluang panjat menara Alor Setar. 

Menara Alor Setar lebih kurang sama jer dengan Menara KL dan Seri Wangi pun dah banyak kali naik ke atas dan bergambar dalam kotak kaca, tu Menara KL kan.. kita nak rasa pulak naik Menara Alor Setar, nak tengok keindahan kotaraya Alor Setar dari atas kayangan. Terutamanya paling rare berselfie dalam kotak kaca kalau berani dan tidak gayat.



Okay sebelum tu Seri Wangi nak cite sikit pasal Menara Alor Setar, Kedah, tentu tak sama ketinggian dia dengan Menara Kuala Lumpur. Begitu jugak kita boleh nikmati hidangan enak di restoran berputar iaitu Star Sky Restaurant


MENARA ALOR SETAR KEDAH



Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor SetarKedahMalaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan RamadhanSyawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan RamadhanHari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.






Lawatan ke Menara Alor Setar


Seri Wangi tau tentu ada yang dah rindu nak melawat Menara Alor Setar, almaklumlah sejak PKP semua terperap kat rumah, terutamanya orang-orang Kedah, tentu happy bila Menara Alor dah mula dibuka untuk orang ramai. Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP. 

Menara Alor Setar kini dibuka semula  untuk orang ramai bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021. Paling happening pelawat boleh merasai sendiri pengalaman masuk ke Kotak Kaca - 'Star View' itupun kalau korang berani dan tidak gayat masuk melihat pamandangan di bawah kotak kaca  Seri Wangi okay jer haaaa... berselfie sakan dengan pelbagai gaya, rugi kalau korang dah naik Menara Alor Setar tapi tak berani nak jejak kaki ke 'Star View' 






Dah puas amik gambar bagai kat Kotak Kaca tu, bolehlah pelawat melihat pemandangan indah Bandaraya Alor Setar dari atas  di Observation Deck, aras 105 meter. Memang best sangat kalau datang dengan family tentu meriah dapat bergambar kenang kenangan dan melihat betapa cantiknya bandaraya Alor Setar. Apatah lagi macam Seri Wangi ni first time naik Menara Alor Setar. 






Kalau rasa lapar bolehlah jalan-jalan cari makan dan lihat kedai dan restoran di situ. Seri Wangi dan kawan-kawan makan di restoran berputar - Star Sky Restaurant yang bestnya sambil makan tu, dapat melihat pemandangan yang indah dari atas, berselfie tu jangan ceritalah, memang tak lengkap hidup ni rasanya.. haaaa. Apatah lagi menu-menu hidangan memang sedap-sedap belaka, Seri Wangi sangat suka dapat merasa masakan kampung, alhamdulillah... perut pun dah kenyang, barulah nampak muka ada senyum. 


=









TIKET LAWATAN MENARA ALOR STAR

Seri Wangi ada berita baik nak bagitau kepada semua bahawa Menara Alor Setar  kini mengadakan promosi lawatan mulai pada Isnin sehingga Ahad. 


✅‘SUPER DEAL’ bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021.

✅Harga promosi pada hari Isnin sehingga Khamis adalah seperti berikut:

a. RM6.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak–kanak) untuk lawatan ke Observation Deck.
b. RM20.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak) ke Star View.

✅Harga promosi pada hari Jumaat sehingga Ahad adalah seperti berikut :

a. RM6.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak-kanak) bagi lawatan ke Observation Deck.
b. RM24.00 (dewasa) dan RM14.00 (kanak-kanak) bagi lawatan ke Star View.

✅RM20.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak) ke Star View.

✅  Tiket percuma ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah sahaja.

✅Pengunjung perlu menunjukkan pengenalan diri yang sah ketika pembelian tiket dibuat.

✅   Lawatan ke Menara Alor Setar tertakluk kepada kapasiti yang dibenarkan serta kekosongan slot lawatan yang ada.

✅Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan norma sosial tempatan ketika berada di Menara Alor Setar.

✅ Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa notis awal.





Untuk maklumat tempahan dan lawatan layari

Website 

Facebook

Instagram




#MenaraAlorSetar  #cuticutimalaysia  #tourismKedah  #TourismMalaysia  #StarView  #StarSkyRestaurant  #traveltripkedah2021  #travelblogger  #bloggermalaysia  #Influencermalaysia













8 ulasan:

  1. AM pernah naik gak kat Menara Alor Setar 3 tahun lepas tapi time malam.. Puas hati sebab dapat lihat pemandangan malam sekitar Alor Setar yang penuh kerlipan lampu.. Wah.. ada promo ticket boleh roger family utk ke sana nnti..

    BalasPadam
  2. Wah Geng sistur sistur berjalan... I pergi nanti ya Kedah soonest sebab nak singgah rumah akak kalau boleh kalau dah alang alang kesana

    BalasPadam
  3. Terima Kasih atas perkongsian.. tak pernah jejak Alor Setar lagi tapi macam menarik ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk tpt bersejarah di bandar Alor Setar blh sggh kat rumah lama mahathir kemudian pg menara Alor Setar

      Padam
  4. lama x pergi ke kedah.. seronok bila dapat datang bercuti dengan keluarga dan kawan2

    BalasPadam
  5. Murah je kan nak masuk melawat atas menara ni. Sesuai sangat lah dengan musim orang nak bercuti bawa family ni.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment