SIAPA SAYA? - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

SIAPA SAYA?


Seri Wangi mula aktif menulis blog pada tahun 2010, pqda awal menulis blog memanglah Seri Wangi banyak buat kesilapan sebab ketika itu baru berjinak-jinak nak belajar menulis blog, semuanya Seri Wangi belajar dari Mr Google dan berpandukan dari artikel-artikel yang Seri Wangi reserch sendiri. Mula menulis blog apabila terbaca pasal Blog Red Mummy yang masa itu memang femous giler tapi sekarang dah senyap beritanya, harap Red Mummy bahagia bersama familynya.

Bila Seri Wangi belek-belek balik blog lama yang banyak Seri Wangi post maunya tergelak sebab banyak kesilapan yang Seri Wangi lakukan almaklumlah masa tu memang tak reti sangat lagi pun tak berguru dan tiada sapa yang nak tolong,nak letak gambar pun tak pandai, tak tau nak buat link-link letak dalam blog namun begitu nasib baik anak yang bungsu tau sikit dan tunjuk ajar kat mak dia dan sekarang dah expert haaa....siap jadi mentor lagi pada yang nak belajar sebab Seri Wangi jenis yang bukan kedekut ilmu dan ikhlas memberi tunjuk ajar apa yang Seri Wangi tau.


Namun begitu kita memang tak pandai membaca hati orang sebabnya kadang-kala orang yang kita tolong tu tak semestinya mengenang jasa-jasa kita ...jadi lupa diri bila dah pandai...entahlah...Seri Wangi tak kisah pun asalkan Seri Wangi terus aktif menulis di blog. Sebenarnya seronok jadi seorang blogger sebab kita bagaikan seorang pemberita kecil yang menyampaikan maklumat kepada orang ramai melalui media social seperti di FB, IG, Tik Tok dan twitter.  Menjadi blogger dan pergi ke event-event sebagai media sangatlah dipandang tinggi dan diberi layanan VIP...haaaaa


Sejak jadi blogger sepenuh masa lagilah Seri Wangi aktif sebab dapat menghadir diri ke event-event yang kadang-kala diadakan waktu bekerja, sebagai lifestyle blogger, beauty blogger,food blogger dan juga travel blogger memberikan keistimewaan buat Seri Wangi kerana dapat travel ke luar negera seperti Padang, Batam, Lingga, mengikut Fam Trip begitu juga travel dalam negeri yang mana banyak lagi yang kita belum terokai negeri kita sendiri dan mempromosikannya kepada dunia luar dan  paling terbaru dapat ke Turkey sebabnya menang voucer travel semasa hadir event menang cabutan bertuah...rezeki Seri Wangi dan seronoknya tercapai impian Seri Wangi nak bermain salji dengan abang tersayang....heeee...(ps. sebelum tu pernah mimpi main salji, tak sangka menjadi kenyataan) cuma impian untuk ke Mekah belum tercapai lagi...In Sha Allah...amin.

Selain itu Seri Wangi juga banyak menerima produk-produk kecantikan, produk kesihatan dan juga produk-produk untuk baby/mummy untuk di review serta juga review hotel-hotel/homestay.

Penulis Buku



Oh ye...sebelum Seri Wangi aktif menulis blog, Seri Wangi dah banyak menulis buku mini novel dewasa, sayangnya buku-buku tu dah hilang orang pinjam seperti Gigolo, Aku bukan Bohjan, Syurga Madura, Novel Hantu (dah lupa namanya...haaa) dan lain-lain dan juga buku kanak-kanak seperti Bunga Emas, Buruh Paksa dan sekarang 4 buku kanak-kanak yang masih dijual atas penerbitan Dewan Bahasa dan Putaka. Sekarang rasa malaslah pula hendak menulis buku/novel padahal banyak idea di kepala sebab itu Seri Wangi lebih selesa menulis blog dan relex jerr...Kalau nak order buku kanak-kanak tu bolehlah klik jer kat gambar buku-buku di blog Seri Wangi, bagus tau galakkan anak-anak membaca.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment