TASKA ANAK PINTAR - TASKA DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 20 Mac 2020

TASKA ANAK PINTAR - TASKA DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM


GREAT KID ALL ROUNDER

TASKA di tempat kerja sektor awam menterjemahkan Taska Anak Pintar adalah sebuah taska yang diyakini berdasarkan sepanjang 15 tahun beroperasi hampir 90% di semua agensi kerajaan apabila diberikan kepercayaan bagi melaksanakan/menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan agensi khususnya dengan harga berpatutan serta menyediakan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak dan lebih menyakinkan ibu bapa selain diperakui oleh JKM.


Program pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk golongan kanak-kanak berusia  hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah (garis panduan Kurikulum prasekolah 1998). Menyedari akan hakikat ini, En Awang Mohd Redzuan Hasan dan Puan Nor Raida Jalil berusaha menubuhkan sebuah institusi kecil swasta iaitu Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar MITC. Telah ditubuhkan pada bulan Jun 2003 dan mempunyai pelajar seramai 40 orang diawal penubuhannya serta 6 orang kakitangan. Kini telah beroperasi selama hampir 15 tahun, 2017/2018 telah mempunyai 500 orang murid dan 47 orang kakitangan serta terdapat 12 cawangan yang strategic.

Puan Nor Raidah dan En Awang Redzuan

Terdapat 10 cawangan Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar  di sekitar negeri Melaka, Nilai, Kajang dan Selangor. Ianya mendapat sokongan daripada ibubapa, oleh itu misi Taska dan Pusat Jagaan ini akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English. Bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

Perkhidmatan Taska Anak Pintar


Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. 

1.  Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

2.  Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.

3.  Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil.

4.  Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. 

Aktiviti Taska Anak Pintar

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di setiap Taska Anak Pintar di antaranya seperti:

Aktiviti:

1. Mari mengenal bentuk dan warnakan


2.  Mengenal Haiwan


3.  Mari Mengira



4.  Belajar membuka plastik bungkusan makanan


5.  Belajar membuka tin


6.  Belajar Berenang


7.  Menyepit baju/kain



8.  Memasang LEGO jadi bentuk rumah



9.  Mencari barang tersembunyi



10.  Bercerita tentang bau di sekeliling menggunakan buku cerita



11.  Memadankan puzzle (anggota badan)


12.  Sambutan Hari Jadi




13.  Aktiviti bermain bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan otak yang sihat, ianya juga menggalakkan perkembangan deria kanak-kanak dan persepsi terhadap persekitaran. Galakan terhadap permainan deria akan merangsang pelbagai aspek termasuk kognitif dan motor kanak-kanak serta literasi mereka.





Maklumbalas Pelanggan Taska Anak Pintar

Bersama ini Seri Wangi sertakan maklumbalas dari Dr Hasni bt Zainuddin, seorang ahli perubatan di Hospital Melaka. Salah seorang pelanggan berpuas hati terhadap Taska Agensi Anak Pintar yang terbaik, murah dan sangat hampir dengan kita.

Maklumbalas Dr Hasni bt Zainuddin

Saya tinggal sekitar kawasan Ayer Keroh Melaka, Taman Tasek dah masuk 4 tahun, bertugas di Hospital Melaka. Sebagai seorang doktor saya sangat sensitive tentang hal anak-anak, terutamanya Taska dan Tadika yang nak dihantar. Bukan apa, bagi saya KEBERSIHAN  adalah satu perkara yang paling penting selain ianya hampir dengan tempat kerja.

Puas servey sekitar Melaka ini...kat Ayer Keroh sahaja rasanya lebih dari 30 Taska tak kira Tadika lagi tu, baik yang kerajaan atau swasta sangat banyak.....Antara yang banyak-banyak ni ada 1 tempat yang sangat menarik perhatian saya, iaitu Anak Pintar Centre...ia menyediakan Taska untuk saya hantar bayi dan ada juga Tadika serta Pusat Jagaan maknanya mereka boleh menguruskan semua peringkat pada 1 masa, selain mereka menyediakan kenderaan untuk ambik dan hantar anak. 

Kadar yuran pula sangat flexible tak lah murah berbanding Taska Komunity tapi harga untuk seorang bayi sehingga RM550. Tapi bila saya tengok kemudahan serta ruang bayinya....wah ini dah macam harga RM1000 kalau kat KL, bayi pun mereka tak ambik ramai, semua infra mencukupi serta memang berdaftar dengan JKM, CCTV punya la banyak, ini memang betul-betultak leh cilok staff dia ni and memang saya dimaklumkan pengusahanya tak berkompromi dengan kecuaian staff....PATUH SOP penjagaan bayi, ibu bapa juga tak boleh suka-suka singgah and bertandang bilik bayi.  

Saya juga bertanya kan tentang program Tadika Dunia Anak Pintar ni..yurannya juga berpatutan sekitar RM450 untuk kadar sebulan. Pelbagai program disediakan untuk kanak-kanak...mempunyai silibus serta berdasarkan KSPK  Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (Tadika). Manakala program KBAT untuk sekolah rendah and sekolah. Kualiti pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak adalah terjamin kerana sentiasa di bawah pemantauan...saya juga dimaklumkan bahawa Tadika ini selalu mendapat perhatian daripada (PROF DR BUSTAM KAMRI - Anak Malaysia pertama mendapat PHD dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ada banyak program untuk anak-anak teroka dengan gaya pembelajaran yang menarik, mudah and berkesan.

Di antaranya adalah Chef Cilik, Karnival Usahawan, Islamik, Hafazan, Haji Cilik, Renang, Memanah, Menunggang kuda, Kerjaya Impian, Keselamatan, Lawatan Pendidikan, Kesihatan, Persekitaran Hijau, Kitar Semula, program bersama agensi-agensi Kerajaan and banyak lagi tapi memang baik untuk kanak-kanak.

Sebagai ibu saya rasa yakin, bila melihat Pusat Jagaannya pula adalah satu-satunya Transit Kanak-Kanak di Melaka yang mengasingkan bangunan antara lelaki dan perempuan dalam 1 kawasan yang sama dan berhampiran dengan sekolah TUNSAS serta Sek Men Taman Tasek...Sangat flexible and mudah menguruskan anak-anak. Harga yuran untuk transit pula adalah RM250 siap semua sekali dengan transport ke sekolah agama...berbaloi dan sangat menyenangkan.

Selain itu Taska Anak Pintar ini saya dimaklumkan oleh JKM bahawa mereka adalah contoh kepada Taska di bawah institusi atau Taska di tempat kerja di peringkat kementerian, jadi tak hairanlah kenapa Taska ini beroperasi dikebayakan agensi Kerajaan dan juga beberapa Universiti.  Mekanisma atau pendekatan mereka kepada ibu bapa  serta anak-anak sangat berbeza selain kadar yuran yang berpatutan ...mereka juga telah beroperasi hampir 18 tahun, banyak pengalamn menjadikan mereka sampai ke tahap ini hari ini.

Selain semua Hospital dan sekitar negeri Johor, Seremban, Wilayah Persekutuan dan juga Selangor menggunakan khidmat konsultan daripada En Awang dan Puan Nora dalam menguruskan Taska Agensi (Taska di tempat Kerja) yang paling best jika saya berdaftar di cawangan Melaka dan saya berpindah ke negeri lain saya tak perlu membayar yuran pendaftaran lagi sebab saya berada di Taska yang sama kecuali cawangan yang berlainan. Alhamdulillah dan semua rakan-rakan di Hospital Besar Melaka kebanyakannya menghantar di Taska Anak Pintar.

Oleh yang demikian ibu bapa tidak perlu risau kerana semuanya telah dikaji dan dilaksana supaya kanak-kanak di sini selamat dan dapat mengikui pembelajaran yang sempurna..ini pengalaman saya mencari Taska, Tadika & Pusat Jagaan yang berpatutan dan yang paling penting berdafatr dengan Kementerian. Sebagai ibu bapa mana yang tak risau kan...jadi tips and informasi ini daripada pengalaman saya, Doktor Hasni mungkin boleh dikongsikan pada ibu bapa yang sedang mencari-cari Taska, Tadika atau pun Pusat Jagaan..kita kongsi kan bersama.


Lokasi Taska Pintar


Taska Anak Pintar beroperasi sekitar bangunan Kerajaan berhampiran dengan tempat kerja kakitangan seperti:
  • Taska Anak Pintar di bangunan Hospital Permai, Kempas, Johor.
  • Hospital Besar Segamat, Johor.
  • Hospital Besar Melaka
  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
  • USIM Nilai
  • UNITEN, Kajang
  • Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Damansara
  • Institut Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, elangor
  • Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu
  • Menara LHDN Melaka
  • Masjid Al-Azim, Melaka
  • UITM Lendu, Melaka
  • Pejabat Tanah dan Galian, Melaka

Youtube Perasmian Taska Pintar IPK, Melaka


Perasmian Taska di tempat kerja sektor awam di IPK Melaka. Taska Anak Pintar Centre.

Produk Suplemen


Selain itu Pengasas Anak Pintar Centre (APC) iaitu En Awang Mohd Redzuan Hasan mencipta makanan tambahan untuk kesihatan kanak-kanak agar segar bertenaga sepanjang masa iaitu Jus Anasera.





Untuk maklumat lanjut

WEBSITE

Hastaq:  #Taska  #AnakPintar   #SektorAwam  #AnakPintarCentre

FACEBOOK


ALAMAT

Anak Pintar Centre
5476-A Anak Pintar Centre
Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Komplek MITC
Jalan Konvensyen
Ayer Keroh
75350 Melaka

Tel Office/Fax:  +606-2339944
H/P :  +6017-6632373

Email: admin@anakpintarcentre.com


Hastaq:  #Taska   #AnakPintar  #SektorAwam  #AnakPintarCentre

18 ulasan:

  1. Kalau ada seorang anak berbalpi juga lah hantar kat Taaka begini sbb yurannya boleh tahan ttp jika anak ramai boleh parah ni haha.. apa pun bagua utk dipertimbangkan.

    BalasPadam
  2. Sekarang kalau nak hantar nak ke Taska kena pilih yang betul-betul di iktiraf, bukan sekadar rekemen dari kawan aje...dari segi bacaan di atas, memang bagus Taska ni, macam-macam aktiviti dia buat, mungkin juga ada aktiviti di luar juga kan..memudahkan ibu bapa dan menyakinkan juga untuk hantar anak mereka ke sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl tu kita kena pilih yg terbaik utk anak2 kita

      Padam
  3. 15 tahun. Tak perlu ragu lagi kot rasanya. Cawwangan pun banyak, anak murid pun dah begitu ramai. Rasanya ibu bapa no need to worried anymore kalau nak hantar anak-anak ke sini. Pembelajaran pun da meliputi semua. Semoga taska anak pintar mempunyai lebih banyak cawangan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kku taska betdekatan dgn tempat keja lglah muda ibubapa nak htr anak2 dorang dan tidak risau

      Padam
  4. Taska ini memang memudahkan ibu bapa penjawat awam tidak lah risau bila anak di bawah jagaan taska yg pintar begini. Ibu pintar anak pintar!

    BalasPadam
  5. macam-macam kemudahan dah ada kan sekarang lagi-lagi untuk golongan suami isteri yang bekerja

    BalasPadam
  6. yuran tu berbaloi dengan apa yang pihak tadika tawarkan. kalau tadika swasta boleh pening nak bayar. mahalnya ya ampunnn

    BalasPadam
  7. Oh I see...... this is a good program for kids. Thank you for sharing this information with us.

    BalasPadam
  8. Bagus ada inisiatif sebegini - memudahkan parents meninggalkan anak mereka dan sekaligus memberikan pendidikan yang diiktiraf tanpa khuatir kan

    BalasPadam
  9. bagus buat kat tempat kerja. mudahkan parents, rasa lega kalau ada inisiatif begini

    BalasPadam
  10. Menarik betul program mcam ni dapat mengajar anak-anak kecil, ibubapa pun tak perlu risau nak hantar anak mereka kat mana

    BalasPadam
  11. Wah... Kat alor setar takde ke taska camni. Seronok tengok ada macam-macam aktiviti untuk anak-anak.. Parent pun tak perlu risau hantar anak ke sini sebab macam-macam kemudahan ada

    BalasPadam
  12. Thank for sharing! But don't mind me asking, is it only for Muslims or non Muslims also can join?

    BalasPadam
  13. Beruntungnya lah kerja dekat sektor awam..ada taskar anak pintar..Bagus kerajaan buat inisiatif mcm ni

    BalasPadam
  14. Beruntung sungguh mereka2 yg bekerja di sektor awam krn terdapat taska khas yg disediakan utk mereka. Bagus inisiatif kerajaan wujudkan taska nie

    BalasPadam
  15. Bagus taska macam ni ia boleh meringankan beban for those working mothers and facilities pun lengkap.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment