PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM ADALAH PILIHAN TERBAIK DARI FELDA TRAVEL UNTUK JEMAAH HAJI - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 22 Mac 2020

PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM ADALAH PILIHAN TERBAIK DARI FELDA TRAVEL UNTUK JEMAAH HAJI

 



Assalamualaikum to my readers,


Ya....Allah....Seri Wangi sentiasa berdoa semoga niat di hati hendak mengerjakan haji akan tertunai jika diizinkan Allah. Setiap kali lepas solat Seri Wangi tidak lupa berdoa semoga hajat itu tercapai dan kita telah berusaha sedaya upaya. Kadang-kala bila bila tabung dah cukup tapi belum tiba masa giliran kita untuk menjadi tetamu Allah....kita jangan sedih...tapi bersabarlah mungkin ada jalan lain yang Allah akan tunjukkan kepada kita.

Macam tulah agaknya apa yang orang lain rasa apabila semuanya sudah bersiap sedia dari sudut fizikal dan mental serta sudah beberapa kali telah membuat rayuan untuk menunaikan haji namun nama kita belum jugak naik-naik...tentu sedihkan?hati tu memang tidak sabar-sabar dan teruja ingin menjejak kaki ke rumah Allah, terutamanya yang belum pernah dan buat pertama kali hendak menunaikan haji seperti Seri Wangi ni.....hanya Allah yang maha mengetahuinya.


Seri Wangi baru dapat tahu bahawa Felda Travel Sdn Bhd sedia membantu para jemaah haji yang memerlukannya dengan menawarkan Pakej Haji Rawdah Premium yang mana peluang kita untuk menunaikan haji adalah 90% tertunai jika status kita masih dalam rayuan. Selain itu Pakej Haji Rawdah Premium menyediakan penginapan Hotel Safwah di Makkah dan Khemah Khas yang selesa di Mina untuk jemaahnya. Alhamdulillah...amim.


Apa yang Seri Wangi sedia maklum bahawa telah ramai jemaah haji memilih Pakej Haji  Rawdah Premium Felda Travel. Ini adalah beberapa sebab pilihan mereka:

7  SEBAB KENAPA RAMAI MEMILIH PAKEJ HAJI RAWDAH FELDA TRAVEL



1.  Peluang Yang Tinggi

Keberangkalian untuk kita naik haji sangat tinggi meskipun kita berstatus rayuan (Pada tahun lepas, semua jemaah rayuan untuk pakej ini, alhamdulillah dapat naik haji). Jika kita telah mendaftar haji tahun 2015 ke bawah (2015, 2014 , etc)inshaallah pihak Felda Travel akan bantu supaya jemaah dapat naik haji tahun ini.


2.  Pembimbing Berpengalaman

Ibadah Haji kita akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawa jemaah haji Malaysia. Jadi kita tak perlu risau tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana.


3.  Hotel Dekat dan Sajian Makan Terbaik

Para jemaah akan menginap di hotel 5 bintang Safwah Royal Orchid Hotel di mana hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadi bolehlah ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. Lagi satu, hotel ni memang best untuk orang Malaysia sebab ada food court yang menempatkan Restoran Felda D'Saji. Kita bolehlah makan roti canai dan minum teh tarik hari-hari....amboi...bestkan...tentu kaki minum teh tarik suka.


4.  Tiada Transit Hotel di Aziziah

Kita akan terus masuk menginap di Hotel Mekah, bukannya transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijjah seperti pakej-pakej lain. Ramai yang tak tahu perkara ni, tapi ada pakej yang harganya mungkin lebih murah kerana jemaah dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahal ketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah). Jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijjah. Memang pun dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat jem ketika musim haji.


5.  Penerbangan Dekat dan Selesa

Kita daapat terbang terus ke Jeddah dengan selesa menaiki penerbangan business class Saudi Airlines. Jangan tak tau yer... pakej ini sudah termasuk flight business class.


6.  Khemah Dekat Dan Selesa

Kita dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah). Sangat sesuai untuk jemaah yang ada sakit-sakit kaki dan lutut sebab kita akan pergi melontar jamrah hingga 4 hari.




7.  Lebih Fokus dengan Kumpulan Kecil

Saiz kumpulan yang sangat kecil. Tahun ini dihadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang sahaja. Cukup-cukup 1 bas sahaja untuk pastikan jemaah mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik. 


Untuk makluman semua slot untuk Pakej Rawdah ini sangat-sangat terhad untuk 45 jemaah sahaja. Sudah 34 orang bakal jemaah haji yang telah mendaftar pakej ini setakat 20 Mac 2020 dan hanya ada 11 kekosongan sahaja lagi. Jadi...apa tunggu lagi cepatlah mendaftar yer...

"Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020"


Untuk maklumat lanjut bolehlahrujuk kepada
 FELDA TRAVEL

WEBSIDE

FACEBOOK

INTAGRAM

Hubungi di talian

Puan Sidah:  +60192010843
Tuan Haji:  +60192637028

atau

Email:  salam@feldatravel.com.my

#feldatravel  #pakejhaji   #haji2020  #panggilanhaji2020


Tiada ulasan:

Catat Komen

Thak You For Your Comment