McDonald's Malaysia Raikan Identitinya Sebagai Syarikat Malaysia - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 26 Ogos 2019

McDonald's Malaysia Raikan Identitinya Sebagai Syarikat Malaysia


JOM LEPAK...Mana? Mcd...!! Hmmm...memang ayat power...haaaa..tulah selalu Seri Wangi dengar..tapi Seri Wangi bukan kaki lepak tau...selalu dengar anak-anak Seri Wangi dengan kekawan dia...kalau nak makan, nak lepak sambil study tempat paling win...McD!! Bila ingat McD...ingat Burder McD lah...apa lagikan? Sedap ke? Ishhhh...memanglah sedapkan? Agak-agaknya dah berapa lama McDonal's Malaysia bertapak di Malaysia? Tak tau kan? Haaaa....Seri Wangi pun tak tau jugak.


McDonald's Malaysia



Sempena menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai Syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya Mekdi - panggilan tempatan bagi McD iaitu kependekan bagi McDonald's yang kini jelas terpampang di Restoran McDonald's Bukit Bintang, Lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982. Hmmm...kalau korang nak tau tahun 1982 Seri Wangi bekerja di Kota Kinabalu, Sabah, sama tahun dengan kelahiran anak kedua Seri Wangi.




Seri Wangi dan rakan-rakan juga bersama hadir meraikan 37 tahun McD di Restoran McDonald's Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Jelas Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai bahawa sepanjang 3 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan tersebut pihak McD telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan di mana ianya sinonim dengan jenama McD.


Melati Abdul Hai



NASI LEMAK McD


Kemeriahan dalam meraikan Bulan Kebangsaan,  McDonald's Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD  hidangan kegemaran ramai rakyat malaysia dalam versinya tersendiri. 



Hmmm...sedapnya Nasi Lemsk McD sebab Seri Wangi dah pun rasa keenakannya. Hidangan nasi lemaknya lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ada ikan bilis rangup, timunnya segar dan sedap, telur goreng serta sambal pedas yang pasti tak puas makan. Dan kalau uoll suka boleh tambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.


Menyedari populariti Nasi lemak McD di kalangan rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di Laman Web: Change.org supaya Nasi Lemak diiktirafkan secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September). Untuk turut serta petisyen ni uoll bolehlah layari: http://chng.it/LDfjGDJsQs



McDonald's Malaysia -  Berjiwa Rakyat

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak citarasa tempatan - darpada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal. Antaranya:


Pilihan menu bercitarasa tempatan
Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserap ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.



  

Penggunaan bahan-bahan mentah:

80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran dan sos termasuk sos Cili dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia:  

McDonald's Malaysia kini menggaji semua 14,000 rakyat Malaysia dan syarikat itu komited utuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang Francais 100 peratus warga Malaysia: 

McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

Aktiviti akar umbi setempat:

Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, Seri Wangi dan rakan-rakan juga bersama hadir meraikan 37 tahun McD di McDonald's Malaysia telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyaratan.


Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program 'Kembali ke Sekolah' yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Kini Nasi Lemak McD boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, hanya yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dab Teh Ais Limau.






Untuk maklumat lanjut layari

Website

5 ulasan:

  1. I dah sign dah! Harap-harap jadi lah hehe by the way, I selalu ke Mekdi jugak, at least once a week.

    BalasPadam
  2. thniah mekdi atas pembukaan cawangan baru. ni under kak odah kan. nanti kalau pegi kl boleh singgah cawangan ni. nampak layout baru daripada sebelum ni.

    BalasPadam
  3. Jiwa Malaysia betul Mcd ni, nasi lemak pun sodap

    BalasPadam
  4. Jom lepak mekdi? Aik mano tu? Klate ko? Haha. Pelik pulak nama baru mcd ni. Takot org konfius je tiruan ke ni . Memang tk de pekerja asing ke mcd ni ? Baguslah gitu peluang utk org kita je

    BalasPadam
  5. baru betul nama mekdi. so malaysian sangat. dah lama BBL tak pergi makan kat mekdi. sedap pulak tengok nasi lemak mcd terbaru. makan dengan ayam goreng spicy sedap tu

    BalasPadam

Thak You For Your Comment