EXPLORASI TASIK KENYIR BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN TEAM MEDIA SOCIAL 2020 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 12 Mac 2020

EXPLORASI TASIK KENYIR BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN TEAM MEDIA SOCIAL 2020


Alhamdulillah...akhirnya impian Seri Wangi ingin menerokai alam semujadi Tasik Kenyir akhirnya tercapai sudah sebabnya sebelum itu pernah dapat trip untuk ke Tasik Kenyir tetapi tidak dapat ikut serta sebab ada komitmen lain. Keindahan Tasik Kenyir sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya bagi kaki pancing dan pencinta alam, keindahan biodiversiti, akuakultur, flora dan fauna. First time dapat melihat keindahan Tasik Kenyir yang luas mata memandang, terletak di Hulu Sungai Kenyir, Terengganu. Tasik buatan manusia untuk menjana kuasa elektrik yang terbesar di Asia Tenggara dan   persegi dan mengandungi 340 buah pulau kecil. Seri Wangi rasalah 3Hari 2Malam memang tak cukup masa nak round discover semua pulau-pulau tu.




Okaylah....Seri Wangi rasa bertuah dapat menyertai program Explorasi Tasik Kenyir bersama media social anjuran Universiti Malaysia  Terengganu selama 3 Hari 2 Malam dan bermalam di Pesona Houseboat yang sangat selesa, luas dan tenang. Tapi...nak ingatkan selama korang berlayar di Tasik Kenyir korang jangan nangis pulak sebab tak ada line internet haaaaa..!  





Program Explorasi Tasik Kenyir

Tujuan program adalah untuk membina networking antara pengamal media sosial bersama media UMT. Kata orang santai-santai sambil rehatkan minda, rehatkan badan, tenangkan hati, beramah-mesra antara satu sama lain sambil menimba pengetahuan dan pengalaman tentang alam semulajadi, flora dan fauna sekitar Tasik Kenyir yang banyak misteri dan rahsia yang mungkin belum dapat diungkai oleh kita. Tujuan program Explorasi Tasik Kenyir UMT bersama Kumpulan Media Social adalah untuk memberikan pengenalan berkenaan penyelidikan yang UMT jalankan di Tasik Kenyir. Untuk maklumat semua University Malaysia Terengganu (UMT) merupakan universiti yang berfokuskan kepada Nic Sains Marin dan sumber akuatik memandangkan kedudukkannya yang berhampiran Laut China Selatan dan menjadi tumpuan kepada pelajar dan penyelidik yang berminat untuk menjalankan penyelidikan serta meneroka nic terbabit.


Aktiviti Program Explorasi Tasik Kenyir

First Day para peserta sudah berada di Pengkalan Gawi untuk menaiki Pesona Houseboat, kira-kiranya macam kita naik kapal cruise. Happy rasanya bila dapat menaiki houseboat, first timelah katakan dapat bermalam di houseboat, masing-masing dah ada diberi bilik penginapan di tingkat atas, bilik air ada 4, satu kat atas dan 3 tingkat bawah, ada bilik istirehat, dapur dan bilik VIP. Sebelum lakukan aktiviti yang telah dirancangkan kami semua berkumpul di bilik rehat untuk diberi taklimat oleh En. Syirfan Indra, Pengarah PKK dan juga urus setia UMT.





Lawatan Ke Bot Penyelidikan Bergerak UMT



Kami semua menaiki bot untuk dibawa melihat Bot Penyelidikan Bergerak UMT di Tasik Kenyir dan diberi taklimat mengenai fungsi penyelidikan bergerak UMT. Satu mengalaman terbaik untuk kami mengetahui serba sedikit akan penyelidikan tersebut yang dijalankan oleh pihak UMT.






Untuk makluman korang UMT mempunyai 4 pusat penyelidikan alam semula jadi di pulau, tasik dan di persisiran pantai Terengganu iaitu di Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland), Pulau Bidong, Chagar Hutang Pulau Redang dan Tasik Kenyir yang mana penyelidikan UMT bukan sahaja tertumpu kepada sains marin sahaja tetapi merangkumi keseluruhan biodiversin persekitaran.





 Taman Herba Tasik Kenyir


Taman Herba Tasik Kenyir memang sangat menarik dan cantik tempatnya, penuh dengan tanaman-tanaman herba. Taman Herba hutan hujan Tropika yang terletak berhampiran garis khatulistiwa, kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan lebih kurang 12,500 tumbuhan berbunga dan 1,200 yang telah direkodkan yang mempunyai nilai perubatan serta mempunyai keluasan 15.84 hektar yang diuruskan oleh KETENGAH.




 




Kami berkesemapatan dapat merasa sendiri minuman herba campuran Kacip Fatimah dan Mas Cotek dan juga Tongkat Ali (memang pahit giler) memang bagus kalau rajin minum air rebusan herba ni untuk kesihatan luaran dan dalaman serta dapat melihat rebusan air akar kayu dalam periuk tanah. 






DISCOVER GUA BEWAH


Kali kami para team media and team UMT dibawa melihat Gua Bewah (Bewah Men) yang terkenal di Tasik Kenyir. Memang rasa berdebar dan teruja hendak melihat sendiri di dalam Gua Bewah. First time menjejak kaki ke gua, pastinya perasaan takut dan berdebar ada kerana diberitahu di dalam gua memanglah gelap gelita dan dinasihatkan berhati-hati ketika melangkah dan banyak tahi kelawar jadi kami masing-masing sudah siap sedia dengan lampu suluh/headlight.

Pemandangan Gua Bewah Waktu Pagi
 

Kalau korang nak tau, jalan menuju ke Gua Bewah korang terpaksa menapak memanjat tangga, lebih kurang macam naik tangga Batu Caves haaaa....takpe sekali sekala exercise kan? pelan-pelan menap hingga sampai kat mulut gua tu. Kami semua dah siap buka lampu picit masing-masing, biasalah kalau masuk ke tempat-tempat macam tu kena jaga adap dan kata-kata, sama macam kita masuk hutan jika tidak mahu apa-apa perkara buruk terjadi. Lagipun ada guide yang bawak dan kami jalan pun beramai-ramai.



Seri Wangi nak cite sikit pasal Gua Bewah ni yang dikenali sebagai Bewah Men. Misteri Gua Bewah ni merupakan gua yang terbesar di Tasik Kenyir dengan pintu masuk melengkung40 meterdi atas paras air yang mengambil masa sekitar 2 jam menaiki bot dari jeti Pengkalan Gawi. Sekitar tahun 1970-an ahli arkeologi menemui rangka seorang manusia prasejarah dan artifak primitif yang digunakan ketika Zaman Batu seperti periuk, kapak dan alatan kapur. Rangka manusia yang berusia 16,000 tahun dikenali sebagai 'Bewah Man'. Ianya juga dipercayai sebagai rangka tertua yang pernah ditemui di Malaysia.





Air Terjun Lasir


Pagi-pagi yang hening, sejuk dan hujan gerimis selepas sarapan pagi kami dibawa menuju ke Air Terjun Lasir. Rasa seronok nak mandi manda di air terjun Lasir. Tapi hendak menuju ke sana kami skali lagi kena mendaki tangga tapi taklah tinggi sangat tapi berpeluh jugaklah....dari jauh sudah dengar deruan air terjun, suasana memang nyaman, tenang dan sejuk mata memandang melihat kehijauan alam semulajadi yang masih terjaga dan bersih di sekeliling hutan-hutan, diharap setiap pengunjung yang datang ke sini dapat menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sarap merata-rata.



Kalau nak tau Air Terjun Lasir dibentuk oleh batuan sedimen yang berusia 330-250 juta tahun (zaman karbon-perm). Batuan ini telah bertukar menjadi batuan metadesirmen  akibat aktiviti rejahan oleh magma padazaman Trias Akhir (230-200 juta tahun lampau). Terdapat Titi Gantung merintangi Air Terjun Lasir yang kuat dan teguh, best dapat selfie ramai-ramai. Seri Wangi sebenarnya tak berapa berani hendak berenang ke tengah kolam air terjun Lasir, walaupun kami semua memakai jaket keselamatan, jadi berselfie kat tepi-tepi jer...







Air Terjun Saok


Last Day sebelum balik kami dibawa lagi meninjau dan mandi manda di Air Terjun Saok pulak. Sama jer macam di air terjun Lasir berjalan menapak naik anak tangga...haaaa....memang boleh kurus kalau duk kat Tasik Kenyir ni lama-lama. Kali ni bila tengok air Terjun Saok memang rasanya tak nak mandi sebabnya apabila Seri Wangi tengok jer Air Terjun Saok ni, rasa terus tak nak mandi sebabnya air terjun dia begitu derus dan laju turun mengalir ke bawah, air terjunnya bertingkat dan berbatu-batu rasanya susah nak mandi. Haaaa....mau tak mau last Seri Wangi ikut gak mandi sebab member-member melambai-lambai mengajak mandi di bawah air terjun yang deras, paling best duduk bersantai, sambil makan dan membawang...haaaa...kenangan manis buat kami.




Aktivit Di atas Houseboat


Selain aktiviti luar yang dijalankan, waktu sebelah malam adalah aktiviti bebas dan santai di mana sesi kenal mengenal antara team UMT dengan team media sosial yang di kalangan blogger, photographer, kaki pancing, mr.twitter, instafemous, team Al-Hijrah youtuber, mr drone and team amazing terengganu di mana masing-masing bertukar pendapat dan memberi tip-tip dan bercerita pengalaman masing-masing.








For kaki pancing memang happy sangat bila berada di Tasik Kenyir sebabnya sepanjang berada di Houseboat keja dorang memancing dan juga ada pertandingan memancing jadi bertambahlah bersemangat dorang memancing, Seri Wangi bukan kaki pancing jadinya just berselfie dengan ikan Toman yang dorang pancing pun jadilah kan?




Haaaa....Misi Menyelamatkan 

Selain dari untuk yang minat berkayak memang seronok dapat pusing-pusing kat area Air Terjun Lasir...Seri Wangi yang tak pandai berenang tiba-tiba jer jadi berani dan bersemangat untuk berenang dari air terjun tu ke houseboat tapi ada oraang yang sudi tumpangkan ke houseboat.....haaaa....water confidence kata orang, next time tak rasa takut lagi nak berenang padahal memang pun pakai life jacket.

Menu-Menu


Kalau korang nak tau sepanjang berada di atas houseboat pasal makan memang tak mengecewakan sebabnya kami kat situ asyik makan ajer....haaaa, berarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam, bila duk bersantai sambil dorang berkaraoke sambil makan jajan memang korang tak laparlah.











Last Day






Wahhh....rasa masa cepat jer berlalu 3hari 2malam di atas Pesona Houseboat macam tak cukup untuk explore Tasik Kenyir sebab banyak lagi tempat-tempat yang belum dapat diterokai, kalau ada rezeki hendak datang lagi ek Tasik Kenyir. Seri Wangi dan team Media Social nak ucapkan terima kasih kepada team UMT, urusetia yang memang owesome dengan layanan terbaik, sememangnya kami rasa seperti keluarga sendiri kerana masing-masing saling mengenali dan mesra.

Untuk Maklumat Lanjut Tentang UMT

FACEBOOK

INSTAGRAM

TWITTER

YOUTUBE




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment