KITKAT RUBY - MALAYSIAN SET TO SAVOUR WORLD'S 4TH KIND OF CHOCOLATE - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Khamis, 24 Januari 2019

KITKAT RUBY - MALAYSIAN SET TO SAVOUR WORLD'S 4TH KIND OF CHOCOLATE



HAVE KITKAT RUBY BREAK

Relex..beb!! KITKAT kan ada...!! My favourite chocolate sambil ngup-ngup...sambil update blog...baru datang idea nak menulis...haaaaa. Jom kita discover KITKAT The World of Break.


Seri Wangi memang hantu coklat KITKAT, penggemar tegar coklat KITKAT No. 1 wafer bersalut coklat yang memang sedap giler....haaaa. Untuk uoll yang peminat KITKAT...kini uoll dapat menikmati varian coklat terbaru KITKAT iaitu KITKAT Ruby yang dilancarkan di KITKAT Chocolatory Store di Mid Valley Mega Mall. 


Seri Wangi berkesempatan hadir dipelancaran KITKAT Ruby  tersebut pada 15 January 2019 di Cititel Mid Valley Hotel. Sememangnya Seri Wangi sangat teruja sebab dapat melihat dan merasai sendiri coklat terbaru  KITKAT Ruby dengan empat jejari berwarna merah jambu yang semula jadi yang pastinya memikat hati. Sebagai varian coklat baru pertama di dunia yang dicipta dalam 80 tahun menyusuli coklat gelap, coklat susu dan coklat putih. Coklat Ruby dihasilkan tanpa sebarang perasa, pewarna dan aditif atau pengubahsuaian genetik. 


KITKAT  adalah yang pertama di dunia menggunakan sensasi coklat Ruby yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan Koko Berry Callebaut dari Switzerland daripada biji-biji koko terpilih yang terdapat di negara-negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil. 


"Kami teruja untik membawa KITKAT Ruby ke pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat baharu yang hebat ini. Proses yang digunakan untuk membuat coklst Ruby adalah unik, menghasilkan warna dan perisa yang memang sudah pun wujud secara semula jadi dalam biji-biji coklat. KITKAT sentiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna dan dengan perisa buah-buahan yang terdapat secara semula jadi dalam coklat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selera, pengguna kami pasti seronok menikmati KITKAT Ruby," kata Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia.

Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit
Perniagaan Konfeksi  (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia.

Discover The World of Break

Discover The World of Break - Seri Wangi dan rakan-rakan media yang hadir dibawa masuk ke dewan untuk melihat sendiri sejarah penghasilan coklat KITKAT Chocolatory dan coklat Ruby. Sememang ianya satu pengalaman buat Seri Wangi yang mana sedikit sebanyak dapat ilmu dan pengalaman bagaimana penghasilan coklat KITKAT dijalankan..discover kata orang. 



KITKAT Nestle dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi pada tahun 1988 dan menjadi satu daripada jenama terbesar Nestle. Snek ringan yang pastinya menjadi kegemaran semua orang dan ianya satu jenama coklat No, 1 di Malaysia dan dieksport ke 14 negara di dunia. KITKAT Nestle merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko lestari yang diperolehi menerusi Pelan Koko Nestle.




 






"Have a break, have a KITKAT"

Ungkapan "Have a break, have a KITKAT" (Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya ketika anda berhadapan dengan timbunan kerja yang banyak, fail kerja yang perlu diselesaikan ataupun sedang buntu...masa nilah anda memerlukan KITKAT. Sepanjang majlis pelancaran KITKAT Ruby - KITKAT Chocolatory Store...Berehat Sebentar....






KITKAT Chocolatory Store


Pelancaran KITKAT Ruby yang berlangsung di KITKAT Chocolatory Store baharu terletak di F048, Level 1, Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. Dibuka kepada pelanggan pada tahun 2016, KITKAT Chocolatory menawarkan peluang kepada peminat KITKAT untuk membuat gubahan KITKAT mengikut citarasa mereka sendiri daripada lebih 10,000 kombinasi coklat dan topping buatan tangan yang berlainan dan dibungkus mengikut pilihan. Dengan konsep Dapur Terbuka, KITKAT Chocolatory Store baharu kini membolehkan pengguna menyaksikan sendiri proses mencipta produk KITKAT khusus mengikut cita rasa mereka ataupun cuba menghasilkan coklat kegemaran mereka sendiri.











Di majlis pelancaran tersebut turut hadir oleh Chef Andy Van den Broeck, Penasihat Teknikal Kanan Pembangunan Produk Barry Callebaut di Asia Pasifik. Berpengalaman dan kepakarannya yang luas dalam proses membuat coklat membolehkan chef kreatif yang berasal dari Belgium ini dapat memukau orang ramai dengan pertunjukkan membuat pralin coklat Ruby daripada inti ganace coklat putih berseduh safron. Jadi apa tunggu lagi jom berkunjung ke KITKAT Chocolatory Store yang satu-satunya di Malaysia, kedai pertama sepertinya di Asia Tenggara. Selain dari itu uoll juga boleh membuat pesanan dalam talian (Lazada, Shopee dan 11 Street) untuk penghantaran terus ke rumah.

Produk KITKAT Yang Digemari
  • KITKAT Milk Chocolate
  • KITKAT Chucky
  • KITKAT Mini
  • KITKAT Green Tea
  • KITKAT Duo Teh Tarik
  • KITKAT Rose (Limited Chinese New Year edition)




Untuk Maklumat Lanjut tentang KITKAT

Website Jenama Nestle: 

Facebook KITKAT




12 ulasan:

  1. Memang sedap KitKat ni... LeYa pun sukakannya... Sentiasa ada stok coklat dalam peti ais dan salah satunya adalah KitKat.

    BalasPadam
  2. Wow...so nice. I love chocolates and Kit kat is my favourite.

    BalasPadam
  3. Menarik betul kitkat ruby ni. Kitkat memang sedap. So keluaran baru pun for sure sedap

    BalasPadam
  4. Kalau makan Kit Kat ni I suka yang biasa tu. Sedap jugak sesambil bersantai tengok TV. Kalau time mood tak berapa baik makan la sikit coklat ni. Release stress juga. Hehe.

    BalasPadam
  5. Kitkat is the most creative chocolates ever, they have different flavours for diffrent countries, I luv em!

    BalasPadam
  6. Woooow!!...kitkat!!...ni kalo anak BC dpt ni mmg xhirau perkara lain...itu je laa yg dia hadap smpai habis...antara jenama yg dh bertahun2 bertapak di bumi malaysia ini...

    BalasPadam
  7. Kit kat ni mmg feveret kita. Especially yang teh tarik. Sedap giler. Mmg makan blh take a break hehe

    BalasPadam
  8. salah satu oleh olh yang dibawa jika jalan-jalan k malaysia, baru tahu kalau bragam varian rasanya

    BalasPadam
  9. Ya Allah! Sedapnya coklat! Cx dahlah hantu coklat! Memang rasa nak makan semua coklat yang ada. Hahahha cx tak pernah lagi rasa kit kat perisa lain. Yg original tu tu je dah selalu makan. Lps ni blh try la

    BalasPadam
  10. Wah teringin nak rasa kitkat rose tu .Nampak menarik sebab my favorite colour. Kitkat memang favorite I dari dulu sampai lah sekarang. Tak pernah jemu pun tau

    BalasPadam

Thak You For Your Comment