BURGER NEGARAKU SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DI CABIN STEAK HOUSE - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Isnin, 4 September 2017

BURGER NEGARAKU SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DI CABIN STEAK HOUSE



"INGAT BURGER NEGARAKU, INGAT HARI KEMERDEKAAN" 

Bila Seri Wangi tengok Burger Viral ni iaitu BURGER NEGARAKU, pastinya kita teringatkan Sambutan Hari Kemerdekaan kita pada 31 Ogos setiap tahun. Nak dapat kat mana? Hmmmm....cuma satu tempat saja yang ada jual "Burger Negaraku" special Edition yang khas dibuat untuk Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 Sep setiap tahun. Hanya dapat dibeli setiap 2 bulan dalam setahun sepecial tau..lepas tu dah tak ada  dijual lagi, kena tunggu tahun depan pulak....!


Pada 29 Ogos 17 jam 8pm Seri Wangi dan kawan-kawan ke Cabin Steak House di Kepong, tempatnya terletak di belakang Brim Mall. Malam tu hujan lebat, semasa kami sampai orang masih belum ramai lagi sebab hujan lebat, kami disambut oleh Encik Mohd Quzaireel bin Ismail owner Cabin Steak House.  Malam tu kami memang nak lepak-lepak sambil melihat Live Perlawanan Bola Sepak antara Malaysia VS Thailand.

Encik Mohd Quzaireel bin Ismail memberi taklimat Tentang Cabin Steak House

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Sukan Sea KL 17, Cabin Steak House dengan penuh semangat meraikan hari bersejarah ini dengan menyaksikan Live Final Bola Sepak antara Malaysia dan Thailand dan juga meraikan erti kemerdekaan yang kita capai hingga ke hari ini.

Live Malaysia VS Tha
Semangat patriotik yang ada dalam diri Encik Mohd Quzaireel bin Ismail diabadikan pada burger istimewanya iaitu BURGER NEGARAKU sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia demi menyemarakkan semangat kemerdekaan yang ada di dalam dirinya dan anak-anak. Warna roti BURGER NEGARAKU yang diinspirasikan dari warna Jalur Gemilang iaitu Merah, Putih, Biru dan Kuning, roti ini sangat lembut, enak dan unik (homemade tau..). Ianya ditempah khas demi menyambut bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia dan hanya dijual 2 bulan dalam setahun iaitu Bulan Ogos dan September.

Burger Viral "BURGER NEGARAKU"
Burger Yang Kami Makan

Menu-Menu Burger Lain

Chicken Crispy Burger 
King Cheesy Burger
Chicken Mac Burger
Fantastic Burger
Chillax n Tasty Burger
Monster Burger
Mushroom Burger
Cabin Burger
Oblong Burger
YNWA Burger
KL Tower Burger
Classic Burger

Cabin Steak House juga menyediakan pelbagai jenis Nasi Ayam untuk Lunch Time dan Dinner. Set Nasi ayam terdapat 4 jenis iaitu Nasi Ayam Hainan, Black Paper, Nasi Ayam Madu dan Nasi Ayam Sambal Berlada. Seri Wangi sukakan Nasi Ayam Black Paper dan Nasi Ayam Sambal Berlada, memang sedap semuanya.







Minuman Sejuk dan  Panas




Semangat sayangkan negara itu dipupuk oleh encik Mohd Quzaireel bin Ismail kepada keluarga dan 3 orang anak-anaknya (2 orang perempuan dan seorang lelaki) dengan menerangkan tentang burger viral iaitu BURGER NEGARAKU yang dijual hanya 2 bulan dalam setahun dan cuma dijual di Cabin Steak House yang telah beroperasi selama 1 tahun, sebelum itu encik Mohd Quzaireel bin Ismail telah membuka gerai Selera Seri Delima dalam tahun 2012 selama 4 tahun kemudian menukarkannya kepada Cabin Steak Housen dari tahun 2016 hingga sekarang demi mengikut peredaran masa terkini. Mulai beroperasi dari pukul 12 pm hingga 11 pm dan cuti hari Ahad.




Seri Wangi dan kawan-kawan ingin  mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Quzaireel bin Ismail kerana sudi menjemput kami merasai kelazatan burger viral masa kini iaitu BURGER NEGARAKU di restoran Cabin Steak Housen.

Untuk Keterangan Lanjut:

CABIN STEAK HOUSE,
Lot 426, No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)
Waktu Operasi :
12.00 tengahari - 11.00 malam setiap hari
kecuali hari Ahad CUTI
Contact :
019 - 3202039 (whatsapp)
Intagram:   @cabinsteakhouse

24 ulasan:

  1. Restoran makanan barat yang sangat sedap untuk disinggah..
    Memang terbaikkkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa...mmg sedap dkt jer dgn office kak

      Padam
  2. Sedapnya kak..terliur tengok burger2 tu semua. lepas nih kalau nak rasa kena tunggu tahun depan la yer. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luqman...sekarang bln Sep masih blh mkn burger Negaraku, call jer owner tu...tp sebelum mkm kena nyanyi lagu Negaraku haaa...

      Padam
  3. nampak sebab burger Negaraku tu. Dah la cantik. tak rasa nak makan, nak simpan haha

    BalasPadam
  4. Class akak ada burger negaraku hehehe saya kena cuba ni nampak menyelerakan burger tu..

    BalasPadam
  5. Creative chef buat menu cMni n burger tu nampak sedap. Kena g sekali ni kt sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. miera jom pegi..owner yg msk sendiri...roti burger homeemade

      Padam
  6. Wowww..menarik sungguh tengok burger tu..bercolor color, sayang pulak nak makan kan..hehehe. Harga pun x de lah masah sgt..bolehlah nanti mencuba hidangan kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Hanny kalau nk pegi sampai hujung bln Sept...lepas tu kena tggu tahun depan plk..31 & 16 Sep thn depan

      Padam
  7. Wow wow warna dia!
    Menarik sgt2
    Klau akk syg nak mkn...
    Huhu
    Boleh pulak mcm tu kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. alia..jom lepak2 kat sini sambil makan burger yg mcm2 jenis...Burger Negaraku masih blh mkn hingga bln 9

      Padam
  8. Mudah2an panjang umur Kak Su tahun depan ke sana, tahun ni memang tak berpeluang nampak nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa...bln 9 masih sempat lagu Kaki Su, call owner dia

      Padam
  9. Wow... Colourful burgers. Looks delicious.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...roti tempah khas, homemade punya

      Padam
  10. woww unik pulak burger dia, ni yang kita nak hahaha, tempat pun cantik , berbaloi kalau nak melepak dekat sini , tak lh mahal sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best tempat dia selesa sangat, makanan pun sedap, owner dia sendiri yg layan kita

      Padam
  11. Nampak sedap burger tu. Dah lama tak makan burger. Nanti boleh la cuba. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jomlah rubydot masih blh cuba lagi Buger Negaraku sampai bulan 9 ni.

      Padam
  12. Warna warni burger dia. Mesti sedao rasa burger tu kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burger Negaraku memang sedap kalau nak makan masih ada lag sampai hjg bin 09

      Padam
  13. baru tgk dah terliur.unik plk tuh.boleh cuba la klu lalu sana

    BalasPadam

Thak You For Your Comment