lima Produk GKB Probiotik Bagi Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Kesihatan Usus Dan Perut. - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 24 Mac 2023

lima Produk GKB Probiotik Bagi Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Kesihatan Usus Dan Perut.



Dalam menjaga kesihatan fizikal dan minda agar sentiasa sihat dan bertenaga, kadang-kadang kita alpa bahawa setiap penyakit yang kita hadapi datangnya dari genjala usus dan perut memandangkan gaya hidup kita yang sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit tanpa kita sedari. Kini setelah Seri Wangi membaca di website GKB barulah Seri Wangi sedar betapa pentingnya kesihatan usus dan perut kita dalam mengawal fungsi tubuh badan kita.



Sejak penubuhannya pada tahun 2018, GK BIO International Sdn.  Bhd. telah membantu lebih 1 juta rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup sihat. Setiap produk kesihatan GKB diperakui dengan Sijil PCC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, Sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, Pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 Dan ISO/IEC TAF 17025 untuk memastikan jaminan  keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi. 

Probiotik dan cendawan GKB diusahakan oleh 145 saintis R&D, dan bioteknologi inovatif digunakan dalam memupuk bakteria yang sangat tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat, yang meningkatkan fungsi fisiologi, membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan, serta meningkatkan bio flora usus untuk menggalakkan  metabolisme, meningkatkan imuniti, melegakan sembelit dan cirit-birit, dan memperbaiki tabiat usus secara keseluruhan.

Baru-baru ini, GKB telah mencapai kemuncak jualan baharu, menjual lebih daripada 1 juta kotak produk Antrodia, 1 juta kotak produk Cicadae, dan 1 juta paket produk Probiotik.  Best seller kami ialah GKB Lactobacillus Plantarum GKM3, kini terjual lebih daripada 2 botol sejam.  Ini menunjukkan bahawa produk kami sangat dipercayai oleh pelanggan.

GKB telah melancarkan 5 PRODUK sasaran yang beririentasikan untuk membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus mereka Dan seterusnya dapat membantu mengubah mereka lebih cantik dari dalam dan luar.


5 PRODUK GKB


Kelebihan terbesar probiotik GKB ialah ianya dihasilkan dengan teknologi pengkapsulan berbilang lapisan antioksidan dan dalam bentuk berbutir.

GKB adalah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan 4 salutan berbilang lapisan untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik masuk ke dalam usus dan utuh pada kadar kelangsungan hidup yang tinggi. 

5 produk probiotik GKB "penting" untuk membantu pengguna meningkatkan kesihatan perut dan usus:

1. GKB Probio+

 2.GKB Probizymes

 3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

 4.GKB G-Pro Gold

 5.GKB Lactobacillus Plantarum GKM


GKB Probio+



Alhamdulillah...senang hati Seri Wangi bila suami kata masalah senak perut, sembelit dan kadang-kala cirit birit jika tersalah makan yang selalu dialaminya semakin pulih dan sihat. Sebelum ini suami Seri Wangi asyik mengadu sakit perut dan susah nak membuang air besar. Seri Wangi dah mencuba pelbagai produk namun masih tidak berkurangan. Kakak ipar Seri Wangi sarankan mencuba produk GKB Probio+ yang mengandungi 5 jenis bakteria probiotik dan 4 jenis prebiotik yang dapat membantu pencernaan dan penyerapan nutrein. 

Seri Wangi dapati dengan mengambil GKB Probio+ ini sangat bagus untuk penjagaan usus dan kesihatan perut sebab setiap sachet tersebut mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik dan dapat mengekalkan kesimbangan mikroflora usus dan dapat meningkatkan imuniti kita. Ianya juga baik untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut.

Kini masalah sembelit suami Seri Wangi sudah dapat diatasi dan tiada lagi masalah susah hendak membuang air besar sejak amalkan GKB Probio+ sememangnya ianya bagus untuk kita sekeluarga amalkannya.




GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus



Seri Wangi memang ada masalah kulit kering dan kusanm, bukan saja pada wajah tapi jugak pada kulit tubuh pun memang kering mungkin Seri Wangi selalu melakukan aktiviti di luar dan kurang penjagaan dari segi pemakanan. Seri Wangi rajin juga guna pelbagai  skincare namun wajah masih tiada perubahan seperti jerawat, jeragat dan juga garis-garis halus kedutan di wajah. 



Jadi untuk mengatasi masalah kulit ni, Seri Wangi telah pun mencari produk-praduk yang sesuai untuk Seri Wangi amalkan dan akhirnya terjumpa di website GKB. Apalagi bila dah tau dan baca akan khasiatnya, Seri Wangi pun order GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus dan amalkannya setiap hari. Ianya sangat bagus untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan sensitiviti kulit dan mempertingkatkan kesihatan kulit. Selain itu dapat mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Sejak amalkan setiap hari kulit wajah semakin lembab, tidak kusam dan kering, rasanya pun sedap dan halal. Cara mpengambilan sana ada makan terus 1 sachet ataupun bancuh dalam 1 gelas Dan minum 2 kali sehari.


GKB Lactobacillus Plantarum GKM3


Satu lagi masalah berat badan, siapalah yang tidak runsing bila berat badan semakin bertambah, kadang-kala kita tidak dapat sekat nafsu makan, lebih-lebih lagi bila terhidangnya makanan yang sedap di depan mata. Biasalah makanan Malaysia kita ni banyak yang berlemak, berminyak dan pedas serta manis-manis, juga kuih-muih yang pelbagai rupa dan rasa. Bila berat badan semakin meningkat, paling ditakuti ialah tentang kesihatan tubuh kita yang mana kemungkinan akan mendapat pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.


Begitulah yang dihadapi oleh menantu Seri Wangi yang mempunyai masalah berat badan dan kegemukan. Apabila cara pemakanan tidak dijaga dan tidak seimbang. Seri Wangi telah menasihati menantu agar menjaga pemakanannya dan juga dia telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dengan cara diet dan juga mengurangkan makan makanan berlemak dan berminyak serta telah pun mencuba macan-macam produk namun begitu kurang berkesan.



Kawan Seri Wangi telah memberikan satu botol produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 untuk menantu Seri Wangi mencubanya kerana anaknya juga mempunyai berat badan yang sama seperti menantu Seri Wangi dan berat badannya menunjukkan ada perubahan dengan mengamalkannya setiap hari. 

Untuk makluman anda GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah bakteria yang boleh menyerap minyak dan ianya juga mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah(kolesterol trigliserida), membantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing.

Dengan mengamalkan pengambilan 1 biji kapsul setiap hari juga dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet. Nampaknya sejak menantu rajin amalkannya setiap hari di samping mengambil makanan sihat serta melakukan senaman ringan, berat badan ada sedikit menurun.


GKB PROBIZYMES


Suami Seri Wangi selain selalu mengalami sembelit  dan senak perut sebelum ini, dia juga selalu mengalami  kembung perut yang berpanjangan dan gastrik. Untuk mengatasi masalah ini Seri Wangi ada terbaca di social media tentang kebaikan produk GKB PROBIZYMES untuk hilangkan sakit kembung perut dan gastrik.


Untuk makluman anda semua GKB PROBIZYMES ini diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzin protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan  mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.


Dengan mengamalkan GKB PROBIZYMES ini setiap hari, sakit kembung perut dan gastrik semakin pulih dan berkurangan.


GKB G-Pro Gold



Kesibukan Seri Wangi setiap hari sebagai suri rumah dan juga kadang-kala keluar berurusan tentang kerja membuatkan kurang mengambil berat penjagaan makanan pemakanan dan juga gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja mudah menyebabkan sembelit dan juga cirit-birit.

Sememangnya Seri Wangi mudah terkena cirit-birit yang teruk dan juga sembelit. Sudah beberapa kali mencuba produk-praduk yang sesuai untuk hilangkan sakit yang dialami dan Seri Wangi mendapat tau bahawa ianya berkaitan dengan kesihatan usus.




GKB G-Pro Gold direka khusus untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk semua yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk atau sembelit yang teruk.

Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen,  dengan itu dapat mengurangkan kejadian keradangan usus. Oleh itu Seri Wangi mula amalkan mengambil 1 biji kapsul setiap hari sebelum tidur malam. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Setiap kapsul vegetarian  mengandungi 80 billion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus.



Oleh itu untuk memperolehi gaya hidup sihat, mempunyai fizikal dan minda yang cergas, ceria dan semestinya kesihatan tubuh sentiasa berada ditahap yang memuaskan, kita hendaklah mengambil langkah untuk mengamalkan makanan tambahan selain makanan seimbang yang kita makan setiap hari.

Produk GKB Probiotik boleh dibeli dari semua farmasi utama di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy.


Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


YOUTUBE GKB PROBIOTIK




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk GKB Probiotik layari:

WEBSITE

INSTAGRAM

FACEBOOK

TIK TOK

YouTube





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment