Bob Rock Clothing (BRC) Meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 11 April 2023

Bob Rock Clothing (BRC) Meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

 


Assalamualaikum Selamat Berpuasa

Tanpa kita sedari masa begitu cepat berlaku dan kini kita sedang menjalani ibadah berpuasa di Bulan Ramadan. Ketika inilah kita perbanyakkan beramal dan bersedekah kepada orang-orang miskin, ibu-ibu tunggal asnaf dan juga anak-anak yatim.

Bila menyebut anak-anak yatim ini, memanglah besarnya pahala kita bersedekah kepada mereka, di bulan Ramadan mulia ni, pastinya mereka rasa bersyukur mendapat perhatian dan sumbangan dari mana-mana pihak tertentu.



Seri Wangi sangat kagum dengan inisiatif Bob Rock Clothing (BRC) yang terus mengimarahkan bulan mulia ini dengan menggerakkan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di mana program meraikan dan majlis berbuka puasa bersama Jagaan Rumah Amal Al-Firdaus anjuran bersama Plaza Shah Alam & Bob Rock Clothing(BRC).




Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa bersama meraikan anak-anak yatim Rumah Jagaan Amal Al Firdaus seramai 45 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun. Juadah berbuka puasa disediakan oleh Restoren Famous Thai, Plaza Shah Alam 







Kali ini menerusi usaha sama Bob Rock Clothing dengan Plaza Shah Alam dan beberapa lagi Pertubuhan NGO yang terlibat, satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus berlangsung bertempat di Plaza Shah Alam yang lepas.


Program ini dijalankan untuk meraikan anak-anak yatim Rumah Jagaan Amal Al Firdaus seramai 45 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun.



Program ini diteruskan dengan majlis penyerahan bahan keperluan dan diakhiri dengan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak dari Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus. Sumbangan ini terbuka pada mana-mana pihak atau individu yang berminat untuk menyumbang barang keperluan kepada Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus. 








Menurut En. Syafiq Azizan, Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, program seumpama ini merupakan aktiviti rutin BRC setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya.

Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan bersempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.








Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang: https://www.bobrock.com.my/csr@brc


WEBSITE

https://www.bobrock.com.my/

FACEBOOK

https://www.facebook.com/bobrockclothing

INSTAGRAMhttps://instagram.com/plussizebobrock



#BobRockClothing

#PakaianSaizBesarLelaki

#PlusSizeFashion

#Ramadhan2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment