Amway Melancarkan Program Pengurusan Berat Badan di Seluruh Negara Memberi tumpuan kepada Kesihatan Usus untuk Menangani Penyakit Tidak Berjangkit(NCD) - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 4 Mac 2023

Amway Melancarkan Program Pengurusan Berat Badan di Seluruh Negara Memberi tumpuan kepada Kesihatan Usus untuk Menangani Penyakit Tidak Berjangkit(NCD)


 
Siapa yang tidak risau bila berat badan semakin bertambah dan susah untuk mengawalnya. Sekiranya kita tidak menjaga cara pemakanan harian kita, maka risiko pelbagai penyakit tanpa kita sedari akan kita hadapi. Pemasalahan kesihatan kini tidak kira usia, baik yang muda maupun yang dewasa dan paling kita takuti usia macam Seri Wangi, warga emas. Sememangnya dalam usia 40an ke atas pelbagai penyakit senang kita  hadapi sekiranya kita tidak menjaga cara pemakanan sihat dari sekarang.


Oleh itu AMWAY (Malaysia) Holdings Berhad ("AMWAY Malaysia") komited untuk memperkukuhkan lagi usahanya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease) termasuk tumpuan utamanya pada pengurusan berat badan dengan melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran “Gut Reset-Weight Management” di seluruh negara. Ini adalah selaras dengan usaha AMWAY Malaysia demi menyokong penekanan Malaysia ke arah penjagaan kesihatan pencegahan kerana NCD yang semakin meluas ini mengakibatkan peningkatan tekanan ke atas sistem kesihatan negara dengan kos penjagaan kesihatan yang melebihi RM9.65 bilion.



Nampaknya kena diet makan,.banyak merah mak ngah


Untuk makluman anda, bahawa Diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan obesiti merupakan masalah kesihatan yang semakin meningkat bagi kebanyakan rakyat Malaysia sebagaimana ditunjukkan oleh statistik yang membimbangkan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2019, dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai tiga faktor risiko utama penyakit kardiovaskular, manakala 3.4 juta rakyat Malaysia mempunyai dua faktor risiko utama. Selain itu, NHMS mendapati bahawa lebih kurang satu daripada lima orang dewasa Malaysia menghidap diabetes, satu daripada tiga menghidap hipertensi, dua daripada lima menghidap kolesterol tinggi dan hampir separuh mengalami sama ada berlebihan berat badan atau obes.




Encik Michael Jonathan Duong, Pengarah Urusan AMWAY Malaysia  berkata, "Sebagai respons kepada strategi kerajaan bagi menyokong usaha memerangi penyakit tidak berjangkit,  AMWAY, sebagai syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, mengiktiraf peranan kritikal sektor swasta dalam menangani kebimbangan kesihatan negara kita. Berasaskannya, AMWAY Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menyediakan produk dan penyelesaian gaya hidup yang lebih sihat melalui kempen pendidikan dan kesedaran “Gut Reset-Weight Management” yang bermatlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari risiko penyakit tidak berjangkit "






Sebagai jenama terunggul AMWAY, Nutrilite™ menawarkan rangkaian suplemen nutrisi dan dietari yang membantu menambahbaik kesejahteraan keseluruhan. Kempen “Gut Reset-Weight Management” menumpukan terutamanya pada usus yang sihat kerana ia merupakan petanda kritikal terhadap berat badan yang sihat dalam jangka panjang. Kempen tersebut meliputi program pengurusan berat badan diperibadikan dan keperluan nutrisi termasuk diet yang seimbang, suplemen, senaman dan perubahan gaya hidup yang menyeluruh. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan nutrien harian yang penting dan serat yang diperlukan oleh seseorang untuk kawalan berat badan keseluruhan. Selain itu, program tersebut menawarkan saringan kesihatan individu melalui usahasama eksklusif bersama Innoquest Pathology, syarikat diagnostik terkemuka di Malaysia selama lebih 30 tahun. Pelancaran kempen “Gut Reset-Weight Management” merupakan inisiatif penting bagi AMWAY Malaysia pada tahun ini, mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Nutrilite™ di seluruh dunia selama hampir 90 tahun.





Menangani NCD merupakan salah satu daripada teras utama AMWAY Malaysia dalam Tunjang Fokus untuk 2023, dirujuk sebagai inisiatif "BIG HEALTH". AMWAY Malaysia akan terus menawarkan penyelesaian produk yang menerapkan teknologi serta bergantung pada penyelidikan yang kukuh bagi menyokong gaya hidup lebih sihat untuk rakyat Malaysia dengan peningkatan tumpuan pengguna pada kesihatan dan kesejahteraan.

Untuk 2023, tumpuan kedua AMWAY Malaysia ialah membangunkan model keusahawanan yang lebih mampan bagi menyokong Pemilik Perniagaan Amway (Amway Business Owner) demi memacu pertumbuhan perniagaan Kumpulan. “Salah satu daripada aspek penting perniagaan kita ialah mengekalkan dan membangunkan usahawan AMWAY. Kita berusaha untuk menyokong Pemilik Perniagaan Amway dalam perjalanan keusahawanan ke arah menjana pendapatan mampan serta mewujudkan nilai melalui perkongsian yang saling menguntungkan dengan membantu mereka menemui potensi sepenuhnya serta mencapai matlamat mereka. Dengan lebih 400,000 ABO dalam rangkaian, kita terus menumpukan pada program dan insentif yang mementingkan ABO sambil bergerak ke arah visi ulang tahun ke-50 AMWAY Malaysia agar menjadi salah satu syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka di Malaysia menjelang 2026," Duong berkata.




Kini AMWAY Malaysia mencatatkan rekod hasil baharu sebanyak RM1,514.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), meningkat 1.9% daripada RM1,485.9 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. Peningkatan dalam jualan didorong terutamanya oleh permintaan yang kukuh untuk produk kesihatan dan kesejahteraan serta penjagaan peribadi di bawah inisiatif Terajui dengan Nutrisi atau “Lead with Nutrition”. Sementara itu, keuntungan bersihnya mencatatkan pertumbuhan cemerlang sebanyak 109% kepada RM76.88 juta berbanding RM36.78 juta yang dicatatkan pada FY2021.

"AMWAY Malaysia sentiasa kukuh dan kami komited untuk membina masa depan yang menguntungkan dan mampan." Duong merumuskan. 



Ko



Untuk maklumat lanjut layari

WEBSITE

FACEBOOK


#amway #amwaymalaysia 
#GutResetWeightManagement
#LeadwithNutrition
#NonCommunicableDisease
#suplemennutrisi #dietari
#Diabetes #kolesterol #tekanandarahtinggi
#obesiti #healthyproducts


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment