Keunikan Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 3 Oktober 2021

Keunikan Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

 

My first dine-in sejak PKP... memang teruja bila diajak keluar makan.. haaa... barulah kakak kau nampak ada senyum. Bertambahlah happy ke main bila dikatakan nak ajak pergi makan kat... sungai... Wow.. wow...Wow...kat mana tu?

Dalam KL ni yang Seri Wangi tau dan terbayang cuma satu tempat ni jer yang kita dapat makan makan dalam sungai... bukan mandi dalam sungai yang kecoh-kecoh ari tu tau!!! Apa lagi kst BBQ Lamb KL Kemensah, sekarang korang dah boleh dine-in tapi mengikut DOP macam biasa, dah vaksin 2 dose, yang belum jangan mimpi nak datang tau. Tak tau jat mana? Senang jer kalau jumpa Zoo Negara dah dekat dah tu.. lepas korang pergi Zoo Negara terus pergi makan di BBQ Lamb KL Kemensah tu. 

Apa yang menarik makan di BBQ Lamb KL Kemensah ni? 



Kalau Seri Wangi, suasana alam semula jadi  dan suasana kampung yang tenang dan nyaman nembuatkan hati berasa tenang dan damai. Melihat air sungai mengalir tenang menambat hati kita, rasa nak mandi manda dan bermain air. Tapi di BBQ Lamb KL Kemensah kita dapat menjamu selera sambil kaki berendam dalam air.



Sejak di buka semula selepas PKP, tempat semakin sibuk dan mendapat banyak tempahan, jadi kalau nak walk-in makan di sini, nasib nasiblah kalau ada kosong. Seri Wangi ingatkan kena buat tempahan seawal 2 minggu kalau tidak kempunan nanti nsk makan dalam sungai. Macam biasa kalau ke BBQ Lamb memang kena ikut SOP, bilangan pelanggan pun terhad, apatah lagi kalau hari Sabtu dan Ahad memang penuh tempahannya. 


Bukan saja kita boleh nakan dalam sungai, ada juga tempat makan yang korang boleh pilih sama ada di ruang depan, di tepi sungai ataupun di pondok tepi kolam sambil makan sambil menikmati keindahan alam fauna dan flora. 




Sementara korang menunggu hidangan sampai, bolehlah berselfie tempat-tempat menarik, terutamanya di sungai dengan latar belakang hutan rimba yang menghijau, duduk santai di tepi kolam renang, kalau ada anak-anak tentu happy sakan dapat mandi di kolam ataupun di sungai sambil nikmati hidangan yang memang sedap-sedap belaka. Bila melihat kerusi tersusun cantik dalam sungai tentu hati tidak sabar untuk menjamu selera, tapi jika waktu lepas hujan lebat, tentulah tak dapat makan dalam sungai, no problem korang ada pilihan lain boleh makan di tepi sungai yang telah disediakan. Kalau nak adakan majlis hari jadi ataupun meraikan apa-apa majlis pun disediakan, tapi kenalah booking awal-awal yer.. supaya tidak ada yang kecewa. 













Hmmm... apa menu-nenu yang menarik di BBQ Lamb ni? Kalau korang nak tau menu-menu di sini tidak akan dapat korang rasai di tempat lain. Keunikan cara masakan di BBQ Lamb adalah resepi tersendiri oleh owner BBQ Lamb iaitu en. Zainuddin dan isterinya Puan Mimie, di mana bahan-bahan mentahnya di masak di dalam dapur asap yang direka sendiri, sudah pastinya keenakannya sangat sedap dan berkhasiat bertaraf hotel 5 bintang.



Bahan-bahan mentahnya diasapkan di dapur khas rumah asap kemudian dimasak untuk tempahan menu-menu yang dipesan pelanggan. Paling Seri Wangi suka ada daging itiknya yang halus isinya dengan saucenya yang sedap. 




Nak tau apa menu yang Seri Wangi order? Seri Wangi order Meat Set dan Tomahawk, set ni dihidangkan dengan nasi berempah yang sangat sedap bersama air minuman yang disediakan dalam balang dan boleh ditambah ikut suka. Meat Set disediakan terdiri dari daging lembu, daging kambing, ayam dan itik bersama saucenya yang sedap belaka. Set Tomohawk dihidangkan seketul memang puas hati korang makan, set hidang adalah untuk 4 orang makan tapi nak makan 6 orang pun cukup, Selain itu ada menu-menu lain yang korang boleh pesan seperti Bird Set, Fish Set memang tidak mengecewakan sebab sedap sangat dengan sauce istimewanya, Seafood Set ni paling sedap sebab ada Lobster dan breakfast set. Korang kena datang rasai pengalaman makan dalam sungai. 








Hmmm... apa macam terliurkan? Jom tempah dari sekarang, bawak family and anak-anak, rasai pengalaman makan dalam sungai. Don't worry tak ada buaya tau!!! haaaa... ikan pun korang tak nampak lalu lalang, macam-macamlah readers kat manalah dorang dengar ni, katanya sungai di BBQ Lamb KL Kemensah tu ada buaya... or buaya darat tu adalah.. mybe dorang nampak biawak tak..haaaa. 



Okaylah Seri Wangi dah rasai pengalaman makan dalam sungai, korang bila lagi? Nak tau lebih lanjut dan nak buat tempahan layari: 

Facebook

 https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/

Instagram

https://instagram.com/bbqlambklkemensah

Tik Tok

https://vt.tiktok.com/ZSeRrT5nv/


Contact No

Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan sila wasap.my/60122114100.


#bbqlambklkemensah #makandlmsungai #dineinthejungle #jln2carimakan #malaysiafoodie #malaysiablogger #foodieblogger #malaysiatravel #wonderfulmalaysia #tourismmalaysia









7 ulasan:

  1. Wahh makan besar nampaknye.

    Semoga negara kita bebas Covid19 tak lama lagi.

    BalasPadam
  2. Ramai dah kawan-kawan blogger review makan kat sini. Nampak syok pulak kaki kita dalam air. Syok main2 air ye?. Bila tengok kambing tu nampak sedap la kak....

    BalasPadam
  3. Rawlins masih belum menjejakkan kaki lagi ke sini. Teringin gak suatu hari kelak makan dengan kengkawan sambil celup kaki kan

    BalasPadam
  4. Bestnya boleh makan dalam sungai! Sedapnya menu dekat bbq lamb kl kemensah ni kak. Pernah g makan sebelum covid-19. Memang sedap!

    BalasPadam
  5. memang puas hati makan kat sini.. daging dia bukan sahaja lembut bahkan sedap juga :-)

    BalasPadam
  6. Kita Kak dah dua kali plan nak ke sini, asyiklah tak menjadi.. nanti dah okay semua memang nak juga ke sini.. geramm nengok menu dia..

    BalasPadam
  7. Ramai yang review makan kat sini. Macam best je tempat ni. Tengok BBQ Lamb dia pun nampak menyelerakan la kak. Iza kalau boleh rentas negeri nak jugak ajak husband dtg sini.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment