Sebanyak 76,920 Topeng Perlindungan Pernafasan dan Bekalan Perubatan Didermakan Kepada Mangsa COVID-19 Di China - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 29 Februari 2020

Sebanyak 76,920 Topeng Perlindungan Pernafasan dan Bekalan Perubatan Didermakan Kepada Mangsa COVID-19 Di China


Sebanyak 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan telah didermakan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID-19 di China oleh Dato' Seri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong. Tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.


Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China yang mana ianya telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. 



Dato' Seri Liow Soon Hee dan pasukannya telah menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan. Beliau mengakui sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya Bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempuh sedekat yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberi impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutamanya Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam industri, termasuk platform e-Commerce, platform internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara. 

Youtube Berita Dari Xinyi City, China


Program CSR


Sejak Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Seri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan, Komuniti Malaysia.






Sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya (OKU) & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM90,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.





#yayasanwinneremperorsedunia   #pertubuhanintegritinickyliowmalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment