SEMARAK IFTAR DORSETT GRAND SUBANG 2020 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 3 Mac 2020

SEMARAK IFTAR DORSETT GRAND SUBANG 2020



Sekejap jer masa berlalu, pejam pelik pejam pelik ....dah nak tiba bulan Ramadhan dan mula fikir tentang menu-menu nak berbuka nanti....haaaaa....tentu pening kan nak fikir apa yang hendak dimasak untuk berbuka puasa. Hmmm...kalau rasa nanti korang nak tukar selera. Seri Wangi suggest tempat menarik untuk korang menjamu selera bersama family nanti. Kat mana....?


Bertemakan "Semarak Iftar" Dorsett Grand Subang di Terazza Brasserie yang menyediakan 90 jenis menu untuk Buffet Ramadhan yang dihidangkan dan terasa pula seperti berada di Bazar Ramadhan bila kita dapat melihat pelbagai juadah tradinonal yang pastinya menyelerakan dihidangkan sempena Visit Malaysia (VM2020) .

Semarak Iftar akan bermula dari 24 April hingga 25 Mei 2020 dari 7.00 malam hingga 10.30 malam setiap hari.

Harga bermula:
  • RM138 per pax - Dewasa
  • RM89 per pax   - Kanak-kanak (6-12) dan Senior Citizen(60 ke atas)



Buffet Ramadhan di Terazza Brasserie

Bila kaki melangkah masuk ke Terazza Brasserie, Seri Wangi sudah tidak sabar hendak meninjau juadah-juadah yang dihidangkan, dah rasa macam bulan puasalah pulak. Bila tengok semua menu-menu yang terhidang di depan mata adalah favourite Seri Wangi. Jom kita pusing-pusing tengok sebelum semua tu masuk dalam perut....haaaa...belum tentu dapat makan semua tau...

Masakan Melayu


Seri Wangi memang peminat kerabu, tengok jer pelbagai jenis kerabu terhidang, tengok pelbagai jenis, nampak colouring gitu...lagilah buat kita tak sabar nak menjamahnya...tapikan bila tengok banyak-banyak kerabu depan mata, jadi blur pulak yang mana nak makan haaa...



Ada pelbagai aneka sambal yang menambat selera korang untuk cicah dengan keropok pelbagai jenis seperti keropok sotong, keropok ikan, keropok sayur, emping, papadom dan my favourite is keropok Malinja walaupun rasa pahit, ni yang my family paling suka.



Mixed Green Salad


Jika korang suka makan fresh salad yang disediakan dengan Italian dressing, Olive Oil Dressing, French dressing, Thousand Island dressing dan vinaigrette. Sekali-sekala jadi mat salleh makan salad pulak.  




Selain itu di Terazza Brasserie juga menyediakan masakan melayu yang sememangnya dapat menambat selera, kadang-kala masakan Melayu ni sudah lama kita tidak dapat merasanya seperti masakan kampung. Masakan seperti Sup Pindang Ikan Merah, Chiken Yoke Chuk Soup, Sup Ayam Cendawan, Sup Tulang Kambing Berempah, Chi Kut Teh, Chicken Herba Soup, Sup Singgang Ikan dan Sup Ayam Tom Yam. Hhhhh...yum...yum...Seri Wangi memang peminat sup-sup ni, lagipun bagus untuk kesihatan.Dan lagisayur Kai Lan ikan masin, 











Western Section

Jom Seri Wangi bawak round Western Section pulak...sapa-sapa yang suka makan pasta tentu suka tengok macam-macam jenis pasta dan menu-menu western lain and pelbagai jenis roti.









Bread Section






BBQ SECTION

Seri Wangi nak bawak pulak korang round kat luar Terazza Brasserie ni, kat sini korang boleh santai-santai relek tengok pemandangan luar, taman dan kolam renang, yang ni bahagian BBQ segala goreng menggoreng, panggang memanggang yang pastinya korang sukalah sangatkan?


Kalau korang nak tau bahagian luar ni diletakkan stall-stall yang menyediakan pelbagai hidangan dan juadah, gerenti korang tak tau mana satu yang korang nak makan...haaaa....macam biasalah Seri Wangi akan buat satu round dulu nak tengok which one food yang best and sedap. Hmmm....yang Seri Wangi tuju mula-mula kat Kambing Golek haaaa....! Tengok sebelahnya ada kebab and Nasi Arab-Nasi Mandy yang di dalamnnya ada hirisan kambing bakar...fush...sedap giler...!!








Ternampak pulak Stall Sup Tulang Gear Box dan Sup Campur Utara, ada jugak sate my favourite with nasi empit dan kuah kacang.Dan lagi...roti canai, roti telur, murtabak ayam, roti john dan keladi goreng, pisang goreng dan keledek goreng,semuanya menggoda uoll...haaaa...sapalah yang tak suka makan kan?



Orang lalu kat belakang pun tak nampak...haaaa









Hmmm...ada lagi stall Nasi Kukus,Ayam goreng berempah, pajeri nenas,pajeri terung, hati ayam goreng sambal. Stall sebelah pulak ada laksa sarawak, yang ni memang sedap,laksa johor, laksa Kedah,Laksam Kelantan dan Mee  Soto Jawa.












Bubur lambuk, nasi tomato,rendang daging tok,gulai kawah kambing, stir-fried chicken, nasi briyani gam,sambal udang, kari ikan dan banyak lagi.









Deserts



Jom kita tengok desert yang ada, memang menggoda betul bila tengok pelbagai jenis kek yang tersusun, puding yang comel-comel dan juga kuih-kuih melayu untuk korang yang memang sukakan kuih traditisional seperti onde-onde, badak berendam, tapai pulut/ubi, pulut panggang, bubur pulut hitam.Haaaa...cendol pun ada, Ais Kacang dan juga ice cream...ni memang tak tinggal punya....haaaa dan buah-buahan.










Okaylah dah tengok semua meu-menu utuk buffet Ramadhankan, jadi baik korang cepat-cepat booking sebab ada diskaun Early Bird bermula 1 Mac sehingga 22 April 2020, hanya RM98 seorang, sebelum korang datang berbuka jangan lupa booking dulu tau.

Selain itu di Terazza Brasserie juga menyediakan Buffet Sahur cuma RM78 seorang dari jam 4.30pagi hingga 5.30pagi. Jiks korang menginap di hotel pula ada promotion 'IN-room Sahur' bermula jam 4.30am hingga 5.30am dengan harga RM78 seorang yang mana korang kena order sebelum jam 3.00am.


YOUTUBE


Untuk booking dan maklumat 

Terazza Brasserie

Tel No :  +603 5031 6060 EXT 1912 
Email bookfnb.subang@dorsetthotels.com.

INSTAGRAM

FACEBOOK



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment