EID Korean Muslim Restoren Menyediakan Hidangan Korea Yang Halal - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 16 Februari 2020

EID Korean Muslim Restoren Menyediakan Hidangan Korea Yang Halal

 


EID Authentic Korean Cuisine the best Korean Halal Food yang pernah Seri Wangi makan buat pertama kalinya di Malaysia. Last makan korean food masa travel trip ke Korea bulan Mac tahun lepas....you see...dah setahun dah...rindu jugaklah kat makanan korea ni. Jujurnya korean food masa Seri Wangi gi Korea tahun lepas ada yang boleh telan dan ada yang tak boleh telan....haaa...jangan marah yer...kita nikan tekak orang Melayu asli. Tapi........


Tapi......sambung balik....kat EID Authentic Korean Cuisine nikan menu-menu Korean Food dia punyalah sedap...rasa macam tak puas makanlah pulak. Kalau boleh nak cuba semua menu-menu yang ada sebab banyak menu-menu dia yang Seri Wangi tertarik jadi Seri Wangi ni jenis blurr...sikit nak memilih mana yang sedap..heeee

Bila Seri Wangi dapat tau ada restoran Korean Food di Damansara Perdana, terus Seri Wangi ajak geng kaki makan korean food dinner di EID Authentic Korean Cuisine yang kiranya dekat dengan rumah, yang pastinya hidangan korean food di sini adalah Halal. Dorang ni memang peminat korean food, pantang diajak ok jer...tak tolaknya...haaaa!!


EID Authentic Korean Cuisine kalau korang nak tau ownernya adalah Korean Muslim iaitu Yu Hyunwon nama Islamnya Saad dan isterinya Han Narae dan nama Islamya Nadia. Restoran pertama dibuka kat Itaewon, Seoul. TOP "Must Eat Restaurant" memang femous di kalangan pelancong muslim yang travel ke Korea...Seri Wangi jer yang tak tau...heee

The only Korean Muslim yang membuka restoren korean food di Malaysia dan mempunyai Sijil Halal dari Korean Muslim Federation (KMF) di Korea. Juga mendapat Sijil Halal central kitchen dari JAKIM. Jadi...korang jangan risau nak makan di restoren ni yer....



EID Authentic Korean Cuisine - Damansara adalah merupakan cawangan ketiga di Malaysia yang dibuka pada 5 September 2019. Dan juga cawangan lain di Bangi Sentral (1st Branch) dan Seremban Gateway. Central Kitchen di Bangi juga mendapat Sijil Halal dari JAKIM di mana merupakan pembekal bahan-bahan dan bekalan kepada restoren mereka.


EID DAMANSARA


Jom Seri Wangi bawak korang tengok restorennya yang cantik, bersih dan tenang. Staf-staf dia pun memberi layanan yang mesra. Seri Wangi datang pun time dinner orang ketika tu dah tak ramai jadi lebih santai dan tenang menikmati hidangan makan malam.









Menu-Menu Di EID Damansara


Delicious....yum...yum...hingga tak terkata bila dapat merasa hidangan korean food ni. Korang tengok jerlah..haaaa...jomlah datang makan kat EID Authentic Korean Cuisine - Damansara ataupun yang berdekatan dengan korang di Bangi ataupun Seremban. Itupun Seri Wangi rasa tak cukup jer...haaaa...Jom tengok apa menu-menu yang Seri Wangi order.


Menu-menu yang kami order untuk makan empat orang, tupun tak larat nak habiskan, nasib baik ada kaki makan yang tolong habiskan...memang sedap ikut tekak masing-masing nak order apa and sharing makan ramai-ramai.

First Time Makan Bibimbap Sorang Makan Memang tak habis
Bibimbap portion besar boleh makan 2 orang tapi kami makan 4 orang haaa....first time Seri Wangi makan selalu tengok kat Drama Korea dorang makan bibimbap, dapat jugak rasa akhirnya haaaa....kiranya macam nasi campur gaul macam-macam bahan yang korang nak dalam nasi tu.

Bibimbap

Original Bulgogi pula ni paling Seri Wangi suka sebab pedas-pedas manis - Made of thin Slices of beef marinated with sauce. Laju jer kami orang makan sebab sedap.

Original Bulgogi
Yangnyeom Fried Chicken - Crunchy piece of fried chicken mixed with original Korean sweet and spice red sauce. Tu dia....nipun my favourite..memang sedap pedas-pedas manis gitu..

Yangnyeom Fried Chicken
Cheese Tokpokki - Cheese stir with fried rice cake, vegeatable and fishcake mixed with sweet and spicy red pepper sauce. Sedap gak tokpokki ni tapi pada Seri Wangi cepat rasa muak sebab banyak cheese, orang lain tak taulah pulak...tapi on jer haaaa...!!

Cheese Tokpokki
Kimchi Stew - A hearty, spicy, savory, delicious thck based kimchi stew mixed with chicken. Sedap masam-masam manis lebih kurang macam tomyamlah gitu...adalah kuah nak hirup-hirup....memanglah sedap.

Kimchi Stew


Minuman pula Seri Wangi paling suka Aloe Juice, rasanya memang sedap dan menyejukkan tekak. Kalau nak order minuman panas pun ada dan juga minuman sejuk yang lain....order jer jangan tak order.

Aloe Juice
Setiap hidangan korean food memang ada set-set hidangan dorang siap dengan nasi dalam mangkok, kalau korang yang pandai makan guna chopstick tu memang no problem punya tapi....Seri Wangi dari sejak zaman azali memang tak reti-reti guna chopstick...haaaaaa....bersepah jadinya makan nasi dalam mangkuk, last ambik pinggan baru puas hati....heee


Next time nak datang lagi kat sini nak tray menu-menu lain pulak seperti Jimdak and Ginseng Chicjen Soup, Eid Cheesy Corn Sausage and Korean Ramyeon with Dumpling. Harga pun tidaklah mahal manapun korang mampu punya kalau nak dibandingkan dengan korang gi Korea tu....sekarang dah dekat di mata bolehlah menjamu selera makan Korean Food di malaysia nikan!!

Jom Layan Youtube EID


LOCATIONS
EID Authentic Korean Cuisine

DAMANSARA
17, Jalan PJU 8/5d
Damansara Perdana
47820 PJ, Selangor

Time: 11.00am - 10.30pm


SEREMBAN
3-Level 1, Seremban Gateway

Time:  11.00am - 11.30pm


BANGI
8-19-01, Jalan Medan Pusat Bandar
7A Bangi Sentral

Time:  11am - 11.30pm

Untuk maklumat lanjut:

FACEBOOK

INSTGRAM

1 ulasan:

  1. Ya Allah sedap2 nya tgk makanan korea kedai Eid ni... Boleh la kita pergi nnt utk cuba pula.. Damansara dah dekat dgn rumah... Ada port baru la nak makan bulgogi dgn ginseng chicken nnt...

    BalasPadam

Thak You For Your Comment