KLIA 2 Mempunyai Banyak Tempat Menarik Yang Perlu Anda Ketahui Semasa Menanti Penerbangan - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Khamis, 14 Mac 2019

KLIA 2 Mempunyai Banyak Tempat Menarik Yang Perlu Anda Ketahui Semasa Menanti Penerbangan

KLIA 2 - Kuala Lumpur International Airport (KUL) sememang sentiasa sibuk dengan orang ramai yang masing-masing mempunyai tujuan ke sini, sama ada dalam urusan perniagaan, bercuti bersama family, travel ke luar negara atau pun just window shopping and ataupun lepak-lepak bersantai bersama-sama teman dan family sementara menunggu penerbangan masing-masing yang pastinya memakan masa beberapa jam sebelum berlepas ke destinasi yang hendak dituju.

So....uoll mungkin ada yang dah tahu ataupun yang belum tahu dan ada yang pertama kali tahu (ps: macam Seri Wangi first time ke KLIA 2) di KLIA 2 ni macam-macam ada, cuma siapkan duit jer...haaa. Uoll nak makan, nak bersantai, nak relax ataupun mencari tempat berehat seketika di KLIA 2 kan ada...? Haaa...jom Seri Wangi story kat uoll apa yang menarik hati (happy), mata (tengok) and mulut (nak makan) uoll di KLIA 2.  

DISCOVER KLIA 2


KOFI KRAZE2




KOFI KRAZE 2 -  Firstly kalau uoll dah berada di KLIA 2 lebih-lebih lagi kena standy flight pagi-pagi buta ataupun hendak bersarapan sudah tentu uoll akan mencari tempat hendak bersarapan, macam Seri Wangi lagi suka bersaarapan yang ringan-ringan saja untuk alas perut, lebih-lebih lagi Seri Wangi kalau bersarapan pagi memang suka pekena kopi secawan..barulah kooowww!! Jadi kat mana yer..tempat yang best untuk kita bersarapan dan yang pastinya sedap...!




Di KLIA 2 tempat bersarapan yang best sangat hendak Seri Wangi ialah di Kofi Kraze 2 - Malaysia Premium Cold Brew Coffee yang terletak di Level 3, Gateway@klia2 . Sero Wangi memang peminat kopi, suka minum kopi tanpa gula kalau boleh yang pekat dan pahit....barulah kooow! Di sini terdapat pelbagai viasari Premium Cold Brew Coffee yang dapat Seri Wangi nikmati keharuman dan kesegarannya, pasti uoll yang peminat kopi tentu gemarkannya. 

Kopi Satu
Untuk maklumat uoll minuman kopi di Kofi Kraze2 adalah dari biji-biji kopi yang didatangkan dari Sumatera, Indonesia yang sememangnya harum dan aroma biji kopi yang asli. Seri Wangi dapat merasa pelbagai rasa jenis kopi seperti Kopi Taro-Taro, Kopi Durian memang sedap, Kopi Pandan i like...! Kopi Macha, Match Joe, Kolonel Burst. Herba Splash, Thai Kafea dan Chili Choko yang ni pedasnya terasa ditekak..tak suka haaa...selain it di Kofi Kraze2 uoll beleh juga beli sandwich, kek dan juga patries.
Info lanjut Kofi Kraze : Kofi Kraze2




AGROBAZAAR MALAYSIA KLIA2


AGROBAZAAR MALAYSIA  -  Kalau uoll jenis suka makan makanan ringan, biskut-biskut dan menjamu selera dengan kuih-muih serta snek buatan tempatan, Seri Wangi sarankan uoll singgah ke premis AgroBazaar Malaysia yang terletak di Level 3, KLIA2. Pastinya uoll rasa tergoda hendak membeli-belah di situ. Mananya tidak di AgroBazaar macam-macam ada dijual khasnya yang suka travel, uoll boleh dapatkan pek sejuk beku yang telah siap dimasak dan uoll cuma panaskan jer bila hendak makan, mudahkan?


Dan satu lagi di AgraBrazaar juga ada tempat uoll nak relax, minum dan makan serta membawang haaaaaa...! KOPIESATU...mai kopi secawan!! kat sini uoll sambil membeli produk-produk tempatan, uoll boleh order apa yang uoll nak makan dan minum untuk bersaran pagi ataupun makan tengahari sementara menunggu flight. Di AgroBazaar Malaysia KLIA2 terdapat 500 praduk keluaran tempatan yang uoll boleh beli dan setiap bulan mereka akan adakan promosi barangan tempatan, yang pastinya semua produk keluaran tempatan di AgroBazaar memang sedap dan menarik. Jadi...janganlah lupa singgah di AnroBazaar sebelum uoll terbang ke awan.
Info Lanjut : AgroBazaarMalaysia


AgroBazaar  KLIA 2 merupakan salah satu hub untuk mempromosikan produk-produk keluaran Malaysia di peringkat antarabangsa yang mana terdapat bermacam-macam produk dan buah-buahan yang terbaik daripada Malaysia seperti makanan, minuman, produk hasil tani yang diusahakan oleh usahawan seluruh Malaysia.


I love Shopping here

AEROTEL  KUALA LUMPUR 




AEROTEL KUALA LUMPUR  -  Waktu menunggu untuk terbang ke destinasi masing-masing pasti memenatkan dan juga membosankan, bukan saja orang yang hendak terbang, orang yang menghantarkan pun sama...letihkan mennggukan? Jadi kalau uoll rasa nak berehat, nak mandi atau nak tidur seketika buat beberapa jam, jangan risau Seri Wangi cadangkan uoll menginap saja di Aerotel Kuala Lumpur yang terletak di Level 2M yang dekat dengan area pelepasan antarabangsa KLIA.


Aerotel Kuala Lumpur menawarkan 5 jenis bilik penginapan yang boleh memuatkan 10 orang atau lebih seperti Solo Plus Room Double Room Twin, Double Plus Room Queen, Double Quared Room. Sememangnya Aerotel Kuala Lumpur sangat eksklusif dan selesa untuk sekeluarga dan pengunjung KLIA2 menginap di sini.





PLAZA PREMIUM LOUNGE



PLAZA PREMIUM LOUNGE  -  Suasana nyaman, tenang dan santai sangat Seri Wangi suka. Plaza Premium Lounge bukan saja untuk uoll bersantai, ianya juga menyediakan kemudahan penginapan, makan dan minum sebelum uoll berlepas. Ianya juga sesuai mengikut bujet dan kemampuan uoll sama ada bersama teman, family, solo dan juga untuk kaki travel. Plaza Premium Lounge yang terletak berdekatan dengan Aerotal Kuala Lumpur.


Sememqngnya Plaza Premium Lounge KLIA2 ni juga mempunyai bilik penginapan yang sangat sesuai untuk semua mengikut jam dan bujet buat uoll menginap, mandi manda dan berehat seketika sebelum berlepas ke destinasi masing-masing, almaklumlah setiap penerbangan mungkin mengambil masa berjam-jam jadi bila kita dapat menyegarkan badan, tidaklah terasa letih untuk memulakan perjalanan.



CAPSULE TRANSIT HOTEL KLIA 2



CAPSULE TRANSIT HOTEL KLIA 2  -  Selain dari tempat-tempat penginapan yang ada di KLIA 2, uoll juga ada pilihan lain yang Seri Wangi rasa sangat sesuai untuk kaki travel dan backpackers ataupun family mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Di Capsule Transit Hotel KLIA2 amat sesuai bagi yang solo, teman-teman yang inginkan kemudahan tempat tidur, berehat dan mandi mengikut jam sebelum menaiki flight. 


Capsule Transit Hotel KLIA 2 yang terletak di Level 1 yang mempunyai 4 jenis bilik kapsul seperti Mix Single Capsule, Female Single Capsule, Queen Capsule dan Private Capsule Suite. Pilihlah yang mana rasa sesuai mengikut bajet dan masa untuk menginap adalah 6 jam, 9 jam dan 12 jam....oklah tu untuk uoll yang mahukan keselesaan dan menyegarkan badan, berehat dan sambil membaca  dan semestinya nak tukar baju sebelum berlepas. Buat Seri Wangi Capsule Transit Hotel ni amatlah sesuai untuk orang muda dan juga family yang tidak kisah dengan bilik-bilik yang terdapat di sini. Konsep Capsule Transit hotel ruang tempat tidur berbentuk cabin dan bilik air pula jenis kongsi ramai-ramai tapi berasingan bilik air lelaki dan perempuan...jangan risau selamat haaaa...



FEMALE SINGLE CAPSULE

MIXED SINGLE CAPSULE
QUEEN CAPSULE

PRIVATE CAPSULE SUITE


REST N GO  EXCLUSIVE LOUNGE


GINTELL REST N GO  EXCLUSIVE LOUNGE -  'Menikmati urutan sebelum perjalanan anda' itu adalah pesanan dari Gintell. Betul tu sebelum uoll meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, apa kata uoll menikmati urutan yang pastinya dapat menghilangkan stress uoll? Relax, tenangkan fikiran, nikmati musik yang didengarkan dan biarkan kerusi urutan Gintell yang mewah dan eksklusif menjalankan kerja urut mengurut seluruh tubuh uoll hingga dibuai mimpi indah (jangan pulak sampai lupa nak terbang yerr...haaa)


GINTELL REST N GO  Exclusive Louge yang terletak di Level 2 menyediakan banyak kemudahan untuk uoll semasa uoll menikmati urutan dari kerusi Gintell Butterfly Massage ataupun kerusi Queen Massage Sofa yang sememangnya dapat menenangkan fikiran, tubuh berasa kembali segar, leguh-lenguh badan hilang dan yang pastinya uoll happy dengan menikmati minuman percuma serta aromatherapy. 


GINTELL REST N GO  Exclusive Louge juga menyediakan kemudahan seperti Luggage Storage, Wifi, Charging Station, Disposable Socks, Blanket, Relaxing Music, Complimentary Drinks dan Aromatheraphy...semuanya ada.

Harga Promosi:
  • 1 hours  = RM28/pax            2 hours  = RM48/pax
  • 4 hours  = RM68/pax            6 hours  = RM88/pax
Info Lanjut:  GINTELL REST N GO



THE GREEN MARKET KLIA 2




THE GREEN MARKET  KLIA 2 -  Rasanya uoll tentu dah penat berjalan-jalan sekitar KLIA 2, window shopping, menunggu flight yang makan masa berjam atau menghantar orang tersayang, rakan-rakan dan travel bersama family, apa kata uoll kalau lapar dan makan sambil membawang bolehlah singgah di The Green Market yang menyediakan menu-menu hidangan masakan Jepun dan Korea yang segar lagi lazat.



The Green Market  KLIA 2 terletak di Level 3 yang menyediakan hidangan Jepun dan Korea menghidangan bahan-bahan segar dan sayur-sayuran yang fresh dari Cameron Highlands. First time Seri Wangi dapat merasa hidangan dari Jepun dan Korea iaitu Bento Salmon dan juga Bento Ayam serta minuman yang fresh dan sedap iaitu Green Tea dan Guava Juice. Seri Wangi telah memilih hidangan Bento Ikan Salmon sebab belum pernah rasa lagi hidangan tersebut...hmmmm...sedapnya dah kenyang dah..heee!

Info Lanjut:  The Green Market




Half Day Media FAM Trip to KLIA 2 memang banyak pengalaman dan kenangan yang dapat Seri Wangi pelajari sepanjang lawatan tersebut di KLIA 2 bersama Tourism Malaysia dan rakan-rakan Media/Blogger dan ucapan ribuan terima kasih di atas layanan dan kemesraan dari pihak penganjur juga. Harap dapat jumpa lagi di lain masa. Wassalam from me to all Media Friends and Tourism Malaysia.

8 ulasan:

  1. TB tak perasan pulak dengan tempat-tempat lain yang ada dalam KLIA2 tu.. hahaha.. kalau nak travel mana2 memang tak singgah2.. terus ke tempat menunggu atau duk makan-makan kat MCD kat bawah tu je.. baru tahu ada agroo bazar semua.. thank you atas entri ni

    BalasPadam
  2. Rawlins tak pernah lagi try the lounge atau capsule tu sebab selalu dapat flight tengah hari atau petang. Lagi best kalau depa buat pawagam kat sini hahahaha

    BalasPadam
  3. Banyak rupanya tempat yg nak di explore kat klia ni ek.. kte biasa gi makan kat foodcourt je hahahha

    BalasPadam
  4. Cantik pulak capsule hotel tu. Sesuai utk mereka yg dalam transit yg lama kan selain dari tempat2 makan utk di cuba.

    BalasPadam
  5. Macam-macam boleh dilakukan di KLiA2 nie kan Kak Halimah. Mmg tak bosan lah kalau datang awal. Banyak tempat boleh pergi sambil tunggu flight. Lama dh tak datang sana. Bilalah nak travel nie

    BalasPadam
  6. Liez xsmp lg KLIA2 tu.. tapi mmg byk fasilities erk dgn hotel transit lagi.. bab shopping tu liez suka la tambah lagi agrobazaar tu.. boleh cari brgan tempatan jugak.. mmg bagus la

    BalasPadam
  7. Aah sebenarnya ada banyak je tempat2 yg best kat klia2 ni. Tapi selalunya sebab penat, sementara menunggu flight tu biasanya emi take a nap je.

    BalasPadam
  8. Banyak betul rupanya benda menarik kat KlIA2 ni kan. Selamani fok lalu lalang je x smpat nak explore more.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment