SAFI EXPERT SOLUTION - INTENSIVE AMPOULES DAN MILK DROP SERUM DAPAT MENGURANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM DAN GARIS-GARIS KEDUTAN - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNAG

Ahad, 10 Mac 2019

SAFI EXPERT SOLUTION - INTENSIVE AMPOULES DAN MILK DROP SERUM DAPAT MENGURANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM DAN GARIS-GARIS KEDUTAN

Semakin berusia kulit wajah kita tentunya banyak berlaku perubahan seperti kedutan di wajah, bintik-bintik hitam, timbul garis-garis halus kesan penuaan dan semestinya wajah kulit kita semakin kurang anjal tidak seperti masa kita remaja dulu, apatah lagi kalau kita kurang menjaga kulit wajah....termasuklah Seri Wangi.

Dah berusia, perlukah kita menjaga kulit wajah kita? Haaaa....tu yang silapnyakan? ingat orang muda ajer ke yang perlu jaga kulit wajah? Walaupun dah berusia macam Seri Wangi ni...(umur rahsia haaaa..) kita perlu setiap hari membersihkan wajah atau pun berdandan (makeup) walaupun kita seorang suri rumah tangga agar wajah nampak berseri, ayu and awet muda gitu...macam Seri Wangi ni (masuk bakul, angkat sendiri... haaa) sebabnya kadang-kala kita juga akan keluar rumah pergi shopping ke, pergi kenduri kahwin atau bercuti bersama family...jadi itu semua perlu diambil kira agar orang anggap kita ni nampak muda dari usia sebenar.

SAFI EXPERT SOLUTION

Ok....tak tau apa produk terbaik yang sesuai dengan kulit wajah kita? Ni...dia produk terbaru dari SAFI yang sesuai sangat dengan kulit wajah Seri Wangi yang kering, kusam, ada jeragat, bintik-bintik hitam, garis-garis kedutan dan ada sikit kedutan kat mata...banyaknya problemkan? Jadi Seri Wangi dah dapat produk yang sesuai dengan masalah kulit wajah Seri Wangi iaitu SAFI EXPERT SOLUTION yang mana produk SAFI terbaru ni tidak lama lagi akan dilancarkan di pasaran. Terdapat 3 produk SAFI EXPERT SOLUTION iaitu Set Intensive  Ampoules -  Anti Hyper Pigmentation iaitu Renewal Hydra Complex dan Supreme Anti-Spots Complex serta Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin.

 INTENSIVE AMPOULESANTI HYPER PIGMENTATION


1. Renewal Hydra Complex  2.  Supreme Anti-Spots Complex

Intensive  Ampoules -  Anti Hyper Pigmentation  telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dalam masa 2 minggu. 2 kombinasi Multi-Action Ampoule System  diformulakan dengan berkesan bahan aktif menggunakan DN Age Technology dan tiada mengandungi:
  • tiada minyak mineral
  • tiada alkohol
  • tiada mengandungi alkohol
  • tiada paraben
  • tiada ujian ke atas binatang
Intensive  Ampoules -  Anti Hyper Pigmentation mempunyai 2 botol, No. 1 - Renewal Hydra Complex dan No. 2 - Supreme Anti-Spots Complex  yang dapat mengatasi masalah kulit wajah untuk treatment selama 1 bulan dan untuk melihatkan berkesanannya kita perlulah mengulangi memakainya setiap hari iaitu pagi dan malam. 

No. 1 - Renewal Hydra Complex


Renewal Hydra Complex - Campuran Mandelic Asid & Hyaluronic Acid yang sangat berkesan mencerahkan wajah yang kusam dan tidak bermaya serta memperbaru sel kulit wajah.

Cara menggunanya

Titiskan beberapa titisan ampoules tersebut ke tapak tangan kemudian tepuk-tepuk manja gitu...perlahan-lahan ke wajah hingga ianya meresap (abaikan muka tak makeup..)




No. 2 -  Supreme Anti-Spots Complex





Supreme Anti-Spots Complex - Keunikan campuran kuat Antioxidant & exclusive Bio-Complex yang dapat menghidari hyperpigmentation dan kulit wajah lebih sekata dan mengurangkan garis halus kulit wajah.

 Cara menggunanya

Sama juga seperti langkah pertama tadi, titiskan beberapa titisan ampoules tersebut ke tapak tangan kemudian tepuk-tepuk perlahan ke wajah dengan cara naik ke atas kemudian oles ke seluruh wajah dan leher....ok dah fahamkan..?kalau tak faham jugak  tak taulah...Seri Wangi...heeee



Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin



Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin - Mengandungi ekstrak NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid yang dapat melembabkankulit dan berseri. Keistimewaan  Milk Drop Serum difomulasi dengan Hydra-Boost Capsules yang diolah menjadi krim yang pantas meresap dalam kulit wajah. Memperbaiki, mencerahkan kembali kulit yang kusam dan mencantikkan wajah, 72H dengan Ultra-Hydration, menghidrat kulit wajah hingga mendalam, melembab dan menganjal kulit wajah.



Cara menggunanya

Sapukan Milk Drop Serum ke kulit wajah dan leher kemudian urut secara putaran hingga menjadi busaran dan oles keseluuruhan wajah dan leher hingga ianya meresap.



Rumusannya Seri Wangi telah mencubanya selama 2 minggu dan hasilnya kulit wajah semakin cerah, bintik-bintik hitam berkurangan sedikit, garis halus berkurangan. Seri Wangi akan terus menggunanya hingga mendapat hasil yang memuaskan mengikut kulit wajah masing-masing mungkin macam Seri Wangi memakan masa sikit....apa yang paling penting ialah kita sentiasa mengambil berat dalam penjagaan kulit wajah kita tidak kira usia.



Untuk maklumat lanjut berkenaan pelancaran produk tersebut 
boleh layari SAFI:

Facebook Safi:


Instagram:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment