KNOWLEDGE GARDEN@KAMPUNG BUKU LANGKAWI 2018 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 11 Mei 2018

KNOWLEDGE GARDEN@KAMPUNG BUKU LANGKAWI 2018



Discover Langkawi Arts and Culture

Knowledge Garden@Kampung Buku di Langkawi...Seri Wangi rasa masih ramai lagi yang tidak tahu akan kewujudannya di Langkawi melainkan anak-anak tempatan yang tinggal di Langkawi, Kedah. Seri Wangi sendiri pun tidak tahu apa itu Kampung Buku Malaysia@Knowledge Garden dan tempat apakah itu? Pertama kali Seri Wangi sampai di tempat ini terpegun seketika bila melihat keindahan alam semula jadi yang menghijau dan sejuk mata memandangnya. Jauh dari kebisingan dan kesibukan kota dan sangat sesuai membawa keluarga untuk beriadah dan mempelajari tentang alam sekitar dengan udara yang nyaman dan segar. Seri Wangi rasa tenang dan damai seketika berada di sini. Kali ini Seri Wangi dijemput oleh Balai Seni Negara untuk bersama-sama menyertai program dan aktiviti yang diadakan di Knowledge Garden@Kampung Buku  Malaysia di Langkawi, Kedah pada 28 Apr 2018. Apa yang Seri Wangi tahu bahawa program ini diadakan pada setiap bulan, Sabtu Minggu Pertama dan mula dibuat pada bulan Feb, Mac dan April 2018.







Nak tahu apa dia Kampung Buku Malaysia@Knowledge Garden ni?Jom Seri Wangi terangkan serba sedikit mengenainya dan apakah aktiviti yang ada di sini.  




Seri Wangi difahamkan bahawa Kampung Buku Malaysia@Knowledge Garden pertama yang terletak di Lubuk Semilang,Langkawi, Kedah dibuka pada 03 Dis 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan ianya diilhamkan penubuhannya oleh Menteri Besar Kedah ketika itu ialah Tan Sri Sanusi Junid. Penubuhan Kampung Buku Malaysia@Knowledge Garden tersebut sebagai produk pelancongan bagi peminat bahan bacaan seluruh dunia berkumpul, pusat Ilmu dan pemangkin penulisan buku. Kini terdapat beberapa Program yang dijalankan di sini oleh Balai Seni Negara dan Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC) serta dengan kerjasama agensi kerajaan sektor pelancongan dan agensi kerajaan negeri.


Program di Knowledge Garden@Kampung Buku



Sepanjang program dan aktiviti yang diadakan di Knowledge Garden@Kampung Buku, Seri Wangi lihat terdapat beberapa bengkel, Demonstrasi Seni,  Demonstrasi Kueh Tradisional dan jualan Barangan Kraf dan banyak lagi yang akan Seri Wangi terangkan di sini. Program dan bengkel-bengkel yang diadakan adalah untuk memberi kemahiran, mendidik dan memberi ilmu untuk masa depan anak-anak dan penduduk tempatan Langkawi semasa sesi pembelajaran luar sekolah/cuti sekolah juga dalam produk seni agar mereka dapat menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual kelak di masa akan datang, tidak secara langsung dapat menaikkan kembali taraf produk pelancongan di  Knowledge Garden@Kampung Buku. Seri Wangi sendiri kagum dengan kegigihan anak-anak tempatan Langkawi yang gigih ingin mempelajari sesuatu di sini dengan suasana persekitaran yang nyaman dan adventure.


Bengkel Eksplorasi Epoksi Resin

First time Seri Wangi lihat bengkel Eksplorasi Epoksi Resin dengan bimbingan dari Prof. Zulkifli Yusoff. Bengkel tersebut mengajar dan memberi kemahiran kepada peserta cara membuat beberapa produk cenderamata yang dapat menambahkan pendapatan kepada mereka setelah mempelajari dari bengkel tersebut menghasilkan pendapatan.







BENGKEL "FAUX CAKE"

 Sesi pembelajaran luar sekolah seterusnya yang Seri Wangi paling suka dan kreatif ialah "Faux Cake" (kek/cookies tiruan untuk hiasan dan cenramata). Kalai dilihat dari jauh pastinya kita akan ingat ianya real cake, cantik dan menarik hiasannya. Tapinya adalah satu seni kemahiran yang memerlukan ketelitian, sabar dan fokus sebab bukan senang hendak membuatnya kerana banyak bahan-bahan yang perlu digunakan dan berseni. Sesi pembelajaran ini bagi memberi peserta-peserta kemahiran dan memberi mrtrks prlusng menambah pendapatan melalui jualan dan tempahan dari pelanggan dan pelancong. Tenaga pengajar ialah Puan Zuraidah Yusoff - Pakar Kek Tiruan. Sekiranya ada yang berminat berkenaan "Faux Cake bolehlah layari facebook beliau: Faux Cake

  




BENGKEL PEMBUATAN UKIRAN
KUIH PUTU KACANG



Bengkel Pembuatan Ukiran Acuan Putu Kacang oleh Norhaiza sangat memerlukan kemahiran ukiran yang tinggi, seni ukiran pembuatan putu kacang ini adalah seni ketukangan halus, ialah acuan kueh tradisional nenek moyang turun temurun. Seri Wangi pun seorang yang sukakan kueh putu kacang dan rasanya orang-orang muda sekarang mungkin jarang dapat melihat cara membuat acuan dan adunan kueh putu kacang di mana dibuat dengan resepi beras pulut dan kacang hijau.








.BENGKEL PEMBUATAN PENANDA BUKU
DARI TUMBUHAN

Bengkel Pembuatan Penanda Buku dari tumbuh-tumbuahan, Seri Wangi rasa enjoy bila mencuba sendiri membuat produk seni begini, teringat masa zaman sekolah rendah dulu, yang mana Seri Wangi suka kutip bunga-bunga halus dan bunga-bunga yang berwarna-warni kemudian letak kat dalam buku teks sampai bunga tu kering. Jadi bengkel Pembuatan Penanda Buku ini juga adalah sama cara membuatnya cuma sekarang kita boleh mengguna alat-alat tambahan seperti alat laminate setelah bunga-bunga kering tersebut disusun mengikut kretifiviti masing-masing di atas kertas menanda buku. Seri Wangi pun apa lagi tak ketinggalan mencubanya.






BENGKEL INTERAKTIF BATIK
DAN PENSEL WARNA

Terdapat lagi beberapa aktiviti seni dan bengkel yang Seri Wangi kunjungi untuk melihat sendiri anak tempatan Langkawi terutama rombongan dari sekolah-sekolah di Langkawi yang mengambil bahagian di bengkel-bengkel tersebut, memang seronok kerana ianya memberi peluang kepada mereka dan juga keluarga serta pelancong-pelancong melihat aktiviti yang diadakan di Kampung Buku tersebut. Seri Wangi singgah pula di Bengkel mewarna Batik dan mengambil peluang melukis batik bersama dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Selain itu melihat sendiri bengkel Pensil Warna oleh Uneh yang sememangnya mempunyai bakat melukis menggunakan pensil warna dan menunjukajar kepada peserta tip-tip dan teknik cara mewarna dengan pensil warna.





PAMERAN DAN BENGKEL LAKARAN 

Selain aktiviti bengkel mewarna batik dan pensel warna, kita dapat melihat pameran lakaran Langkawi dan bengkel Lakaran Alam Semulajadi Apresiasi dan Pemerhatian oleh peserta-peserta yang sangat berbakat dalam lukisan lakaran (sketches).







PAMERAN DAN JUALAN KRAFTANGAN
DEMONSTRASI DAN JUALAN KUIH TRADISIONAL


Pameran dan jualan Kraftangan





Demonstrasi dan jualan kuih Tradisional Langkawi

Seri Wangi begitu gembira dapat menerokai semua kawasan dan aktiviti yang dijalankan di Knowledge Garden@Kampung Buku dan melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang sangat cantik dan nyaman serta melihat pelbagai tanaman-tanaman herba yang ditanam di situ. Selain itu bagi anak-anak yang suka membaca dan mempelajari tulisan jawi boleh singgah di Bengkel Seronok Jawi, Exchange book & street book. Peminat seni kebudayaan juga boleh melihat persembahan Kebudayaan Kedah, Bengkel Pementasan 'Jikey' dan juga persembahan keroncong dan gamelan. Demonstrasi kraf daun kelapa, warna seramik, hias wau mini dan anyaman surat khabar. Banyak betul manfaat yang boleh kita alami, pengalaman dan pelajaran yang kita dapat semasa mengunjungi Knowledge Garden@Kampung Buku.





Cik Suraya - Timbalan Ketuausaha Pelancongan dan Kebudayaan

Petugas-Petugas Balai Seni Negara




19 ulasan:

  1. Menarik... LeYa pun belum pernah pegi lagi Kg Buku di Langkawi ni. Tapi kalau di Melaka punya pernah lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye memang di Melaka pun ada Kg Buku, nti boleh pegi kat Langkawi pula sbb tempatnya sangat menarik

      Padam
  2. banyak aktiviti ! kalau ada dekat langkawi tp tk join rasenya rugi kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu ayuni, kak pegi situ pun joint sekali aktiviti dorang, banyak betul program tu jadi tak boring

      Padam
  3. I have been to Langkawi a few times but how come I was not informed about Kampung Buku Malaysia@Knowledge Garden? I love reading and this is one place I would definitely enjoy myself. Thanks for sharing about this place.

    BalasPadam
    Balasan
    1. This is the best place for you to learning something and also can enjoy the beautyful view of the rainforest, after Hari Raya l will inform you the next event

      Padam
  4. Bestnya kak limah..macam- macam aktiviti ada ni ha..bagus program ni..sorry tak dapat ikut kak limah masa ni sebab sibuk dengan mak sakit dan urusan lain...suka tgok kak limah enjoy the aktiviti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul Hanny banyak program di situ dan kita juga boleh sama-sama ikut serta tapi penatlah sikit sebab round satu Kpg Buku heeee..

      Padam
  5. Wow. Alangkah best kalau diadakan di Selangor juga kan - Rawlins jadi salah seorang yang akan mengunjunginya sebab nak belajar buat faux cake dan penanda buku. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang punkan Rawlin?Kat Melaka pun ada Kampung Buku tp program dan aktiviti setiap bulan tak sama..kak suka joint penanda buku

      Padam
  6. wahh baru qeela tau pasal knowledge garden ni, before ni tak pernah dengar or jejak sana lagi. Nampak menarik betul adanya pelbagai bengkel dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk pengunjung tu kan, so creative and fun nampaknya! nanti kalau pergi ke Langkawi nak pergi lah ke kampung buku ni 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung Buku diadakan setiap bulan boleh rujuk dalam blog...lepas raya aktiviti bengkel akan diadakan semula, merujuk kepada jadual yang akan diberitahu kelak.

      Padam
  7. Terima kasih share pasal Knowledge@Garden nih kak..Memang tak tahu pun tentang kewujudan tempat nih kat Langkawi. Bila baca entry akak baru tahu. Nampak menatik juga Knowledge@Garden nih kena pergi kalau datang Langkawi lepas nih

    BalasPadam
  8. I never knew of this place in Langkawi. This is great for kids - looks like there are many activities to keep them busy while educating them.

    BalasPadam
  9. Those are cool activities! I wish to visit Langkawi soon after reading many blogs about it.

    BalasPadam
  10. wahhh baguslaaa program sebegini diadakan..bukan sahaja memupuk semangat menimba ilmu..tetapi juga dalam masa yang sama memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan menyiapkan tugasan yang diberikan

    BalasPadam
  11. wow@@ so man workshop can attend there. I wanna to be there as well!!! oh my.. can we go together?

    BalasPadam
  12. There's so many activities you have join there! The place looks very chilling and nice place to have a short vacation, as I have not been to Langkawi before T_T

    BalasPadam

Thak You For Your Comment