MALAM GALA ANNUAL AWARD DINNER KARISMA COSMETIC 2018 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 2 Februari 2018

MALAM GALA ANNUAL AWARD DINNER KARISMA COSMETIC 2018




PASTI CANTIK SANGAT!!

Teruja pertama kali Seri Wangi hadir di Majlis Gala Annual Award Dinner  Karisma Cosmetic 2018 di Palace Of The Golden Horses pada 26 Jan 2018.  Majlis berprestig malam yang penuh gilang gemilang dan bergemerlapan bertemakan Gold and Black adalah untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan stokis-stokis Karisma Cosmetic yang telah bekerja keras menjayakan perniagaan masing-masing. Dengan penghargaan itu Karisma Cosmetic pertama mengadakan secara besar-besaran penyampaiam anugerah kepada stokis-stokis dan agen-agennya di selurruh negeri termasuk Singapore dan Brunei. 




Karisma Cosmetic adalah syarikat kosmetik tempatan yang beribu pejabat di Kelantan mempunyai 16 produk dan 800 stokis yang sangat aktif di seluruh negeri selain Kelantan, Brunei dan Singapura. Karisma Cosmetic diasaskan oleh Puan Kartini atau Kak Bi yang berasal dari Kelantan. Karisma Cosmetic dengan Taglinenya #PastiCantikSangat dan "Kerana Diriku Begitu Berharga". Di malam gilang-gemilang tersebut Puan Kartina merasmikan pelancaran produk terbarunya iaitu Green Coffee dan MPB Madu Tongkat Ali Kurma Plus (Man Power Booster).



Green Coffee dan MPB Madu Tongkat Ali Kurma Plus 

Ketika sesi Press Conference bersama media, Puan Kartini menerangkan serba sedikit perjalanan hidupnya dan juga perniagaannya sebagai Founder Karisma Cosmetic yang semakin berkembang pesat walaupun Karisma Cosmetic baru bertapak dalam tahun 2014 dan telah mencapai jualan permulaan 6 juta, 14 juta hingga 25 juta dengan hanya melantik stokis-stokis dan agent-agentnya menjalankan jualan produk Karisma Cosmetic semakin dikenali ramai dan juga Karisma Cosmetic tidak mempunyai duta produk untuk meningkatkan jualan produknya kerana Puan Kartini (Kak Bi) sangat yakin dengan pencapaian semua stokis dan agentnya di seluruh negeri dan luar seperti Brunei dan Singapura.



Puan Kartini, Suami dan Para Media dan Blogger

Produk Karisma Cosmetic dikilangkan di Shah Alam dan bertaraf GMP.  Semua produk Karisma Cosmetic adalah selamat dan tidak mempunyai bahan kimia, kesan dari penggunaan produknya boleh dilihat dalam 7 hari selepas memakainya, patutlah Seri Wangi lihat stokis-stokis dan agent-agentnya di malam anugerah tersebut sangat cantik-cantik belaka, teringin juga nak cuba menggunakan produk Karisma Cosmetik. Dan...kalau tak percaya Puan Kartini menyatakan nama Karisma adalah ilham dari mimpinya...!

MALAM ANUGERAH KARISMA COSMETIC






ARTIS JEMPUTAN

Malam yang penuh ceria bagaikan kehadiran seorang Puteri Diraja yang berjalan masuk ke Istana sangat mengujakan. Kehadiran Puan Kartini bersama suami disambut dengan meriah sekali, apatah lagi dengan kehadiran artis Ifa Raziah sebagai Pengacara yang sangat becok mulutnya dan menggamatkan suasana di malam gala yang cukup mewah dan meriah dimandikan cahaya terang benderang dan berwarna-warni. Majlis berlansung dengan Anugerah Pencapaian cemerlang kepada setiap stokis yang mencapai jualan tertinggi setiap bulan dan bertaraf Gold yang mencapai target jualan melebihi RM1 Juta dan mereka menerima hadiah berupa emas, pakej umrah dan dll mengikut pencapaian jualan setiap stokis termasuk stokis dari Brunei dan Singapura.


Di sepanjang majlis tersebut para jemputan dihiburkan oleh artis-artis terkenal seperti Ramlah Ram, Lan Kristal (Lan Solo) dan Hael Husaini yang terkenal dengan lagunya 'Jampi'. Lagi meriah apabila Ifa Raziah menyanyikan lagu-lagu dangdut. Majlis bertambah meriah lagi apabila diadakan pertandingan  'Best Dress' untuk final iaitu 3 calon wanita dan 3 calon lelaki, bertambah gemuruh dengan usikan Ifa Raziah yang nakal mengusik calon-calon tersebut. Seterusnya persembahan nyanyian dari Lan Kristal, Hael Husaini dan Ramlah Ram yang mempunyai ramai peminat dan akhir sekali nyanyian dari Ifa Raziah semestinnya kita berdangdut. Kalau nak tau sedar tak sedar dah pukul 12 malam Seri Wangi berada di majlis yang penuh meriah dan happening dan kami sempat lagi bergambar dengan Puan Kartini bersama suami.










Untuk Keterangan Lanjut:



Alamat


Lot 8640(A) Kampung Lubok Jong
Mukim Apam,17000 Pasir Mas
 Kota Bharu, Kelantan

25 ulasan:

  1. Mmg meriah dan eksklusif... beruntung stokis dan kakitangan Karisma cosmetic mempunyai platform perniagaan yg sgt bagus dan prihatin.. makin bersemangat lepas ni nak terus melakar kejayaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes..betul tu,ksk pun tak sangka stokis mereka blh capai target hingga juta2 bkn senang nak capai kejayaan tanpa bekerja keras.

      Padam
  2. Hebatnya majlis anugerah karisma cosmetic... Bukan sebarangan orang dgn kejayaan yg dicapai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaya dia lebih kurang dgn Dato Vida cuma dia jenis xbrpa suka publisiti dan tak ada duta produk tp jualan tetap juta2

      Padam
  3. Tu dia , kemain meriah betul malam gala ni. Cantik- cantik nya la baju yang melaram pada malam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Yanty ada...tgk semua melaram habis kalah artis lip lap-lip lap...baju dia org..jualan pun juta2 tau

      Padam
  4. Balasan
    1. Hmmm..meriah kalah anugerah utk artis...hadiah pun bukan sikit2 tau founder mmg kaya dan baik hati

      Padam
  5. Whoa! founder dia memang grand giler. Seronok tengok org berjaya camni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang grand tau..bisness dia berjuya2 tapi dia org yg low profile

      Padam
  6. All of them are so beautiful
    and they are really talented
    Not easy to hit all the targets

    BalasPadam
  7. What a glam gala event this was. It is a privilege to be invited. I am so envious of you to be part of the evening!

    BalasPadam
  8. Kalau dinner memang best tengok semua orang dress up cantik-cantik. Padat juga pengisian dinner ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best giler dinner dia, enjoylah jugak dgn artis jemputan yg femos

      Padam
  9. Such a glamorous event. Wish I get to attend it as well. Looks like you had a really interesting night

    BalasPadam
  10. Wow... Wa glamorous event over there and everyone look so beautiful....

    Racheal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Every one looks very beautiful that night and sparkling

      Padam
  11. Didn't know about this company until I read your post, thanks for the info sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. The Karisma is only at Kelantan mean office, the products all sell from their egent and stokist

      Padam
  12. This event launch is so happening and all of you look like princesses. Congrats to Karisma cosmetics! Will it be available in other Asian countries?

    BalasPadam

Thak You For Your Comment