NASI DALAI MASAKAN MELAYU ASLI DI RESTORAN SAJIAN d-HIDANG - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 5 Januari 2018

NASI DALAI MASAKAN MELAYU ASLI DI RESTORAN SAJIAN d-HIDANG



APA TU NASI DALAI

Confius jugak apa dia tu Nasi DALAI? Puas dah fikir dan cari makna dia kat Mr Google dan website Sajian d-Hidang...tak adalah pulak info pasal Nasi DALAI tu. Kononya sebelum nak pergi ke  Restoran Sajian d-Hidang, Seri Wangi traylah cari maklumat pasal Nasi Dalai ni, macam mana rupanya, sedap tak? tapi memang tak ada langsung detailnya. Seri Wangi last dapat maklumat di facebook Sajian d-Hidang Catering tapi bukan tempat yang Seri Wangi nak pergi alamat tak sama...ahh...lantaklah ikut jer alamat yang diberikan.




Pukul 12.00 pm Seri Wangi dengan hubby dah sampai di Restoran Sajian d-Hidang yang terletak di sebelah Bangunan UMNO, Seksyen 11, Shah Alam.  Senang jer nak cari tempatnya dari jauh dah nampak restoran dan banner Nasi DALAI. Bila dah nampak banner dia barulah Seri Wangi tau macam mana rupa Nasi DALAI. Seri Wangi nak bagi taulah apa tu  Nasi DALAI rupa-rupanya makna DALAI tu Daging Salai masak lemak memang kaw..kaw..sedap dengan santan pekatnya dan potongan daging yang empuk...dihidang pula dengan nasi putih panas bersama dengan Kerabu Sayur, Ikan Masin Berlada dan sambal belacan yang memanglah sedap sangat sedap dan percuma pulak Teh 'O' Ais. Haaa...sebab sedap sangat hubby Seri Wangi tambah nasi 2 kali kau...10 kali puji sedap macam masakan orang Negeri Sembilan...dia memang pun suka makan masak lemak daging salai. Jadi menu Set Nasi DALAI ni memang mendapat sambutan ramai sebab dalam set hidangan ni terdapat lauk daging salai masak lemak, kerabu sayur, ikan masin berlada  dan sambal belacan yang cukup menyelerakan untuk kita menjamu selera memandangkan harganya berpatutan, ringkas dan menjimatkan masa bagi orang yang bekerja dan tidak ada masa memasak.





Apa Yang Ada Di Restoran Sajian  d-Hidang?

Macam-macam ada....! Selain menu set Nasi DALAI , Seri Wangi sempat skodeng menu-menu lain di restoran tersebut, memang menyelerakan dan tengok pun sedap-sedap belaka lauk-pauk di restoran Sajian d-Hidang yang dibuka dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 5.30pm.  Lebih ramai yang datang makan tengahari sebab restoran tersebut terletak area pejabat dan kedai.

Menu Lauk-Pauk, Aneka kueh, Aneka Sambal


Laksa Penang, Soto Padang, Mee Jawa

Aneka Sambal dan Nasi Lemak
Kacang Panjang Masak Tumis


The Best Pecal

Paling Digemari Kerabu Magga

Kerabu Sayur

Hari Promosi  Nasi DALAI




Pemilik Restoran Sajian d-Hidang iaitu Encik Muhammad Alif Fikri dan isteri beliau Puan Nasyrah Zainuddin memaklumkan bagi memperkenalkan pada orang ramai tentang St Nasi Dalai tersebut,  Restoran Sajian d-Hidang akan melancarkan Promosi potongan harga sehingga 50% daripada harga asal RM9.90, selama 3 hari bermula dari 08,09,10 Jan 2018. Kalau nak tau harga yang ditawarkan tu adalah serendah RM4.95 sahaja (Harga biasa RM9.90) untuk 1 set hidangan bersama-sama 'Complimentry' 1 gelas air Teh 'O' Ais khas untuk 100 orang yang terawal dan pelanggan juga boleh menikmati makanan percuma setiap minggu dengan wujudnya Kad Sajian yang ditawarkan di kaunter pembayaran setiap hari.


Encik Muhammad Alif Fikri d


Nak Harga Promosi? Wassap laju-laju tau!!



LOKASI

Restoran Sajian d-Hidang
lOT 10, Pusat Dagangan UMNO
Bahagian Shah Alam
Jalan Persiaran Damai
Seksyen 11, 40100 Shah Alam
Selangor

Waktu Operasi :  10.30 pg - 5.30 ptg

No. Tel:  03-55114015


FOTO-FOTO












40 ulasan:

  1. Wow.feveret saya ni daging salai masak lomakni. Memang kalau makan mentua lalu pun tak nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa...samalah dgn kak, hubby pun mmg suka sangat, semua menu kat restoren tu masakan kampung memang sedap

      Padam
  2. Hehe..nasib akk bgtahu nasi dalai tu ape.. Curious jugak baca tajuk. Akk penah dengar nasi korek x? Hehe..ena penah pegi makn dkt shah alam jugak..lupa plak dkt mana kedai tu. Tpi sedap jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak pun confius nila dengar Nasi Dalai pandai owner dia bg org confius jd org pun mesti nk taukan?

      Padam
  3. 1st time dengar pasal nasi Dalai ni.. mula-mula baca tadi confuse dalai ke salai.. huhuhu.. Tapi TB memang terliau rtengok pecal tu.. adoi.. memang kegemaran teman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...shortform from Dalai...daging salai masak lemak..og negeri sembilan sukalah makan nasi dalai ni...sedap.

      Padam
  4. wah banyak nya lauk... kerabu mangga tu my feveret...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lauk dia byk masak kampung termasuklah Nasi Dalai heeee...

      Padam
  5. Banyaknya makanan yg sedap2...semua nampak menyelerakan la kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak kampung memang sedap..makan Nasi Dalai pun dah kenyang sbb dlm set tu semua ada...sayur, ikan kering berlada, daging salai msk lemak dan sambal belacan

      Padam
  6. ya Allah berselera sekali tengok menu2 yang terhidang. Dekat je nie, boleh lah singgah kalau berada di area situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom singgah kalau nak rasa masakan kampung, bkn senang nak makan masakan daging salai masak lemak ni...memang terbaik..

      Padam
  7. Bestnya makan kat sini. Memang berbaloi rasanya. Nak juga rasa nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap esok last promosi Nasi Dalai 50% haranya dari RM9.90

      Padam
  8. ya ampun !! terliur saya kak.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....atie mesti sukanya sbb jarang nak dapat mkn lauk daging salai ini tau...

      Padam
  9. Mula2 confuse jugak pasal nasi dalai ni, ingatkan masakan dari daerah mana..kisahnya nasi daging salai..hehehe. Nampak menarik jugak ya masakan mereka. Boleh lah nanti cuba makan kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa..kak pun mula2 confius jugak, rupanya nasi lauk daging salai...dah makan sedap tu...

      Padam
  10. Sedapnyaa daging salai. Dekat je ni boleh pegi. Hihu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat jer blhlah pg wssap jer no kat atas tu utk dapatkan 50% diskaun sampai Rabu

      Padam
  11. ohh.. singkatan dari perkataan daging salai rupanya hehe. tengok makanan je pun nampak menyelerakan, mesti rasanya sedap ni. kena merasa juga ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer...ringkasan dari nasi daging salai pandai owner buat gempak..mg ramai artis datang tau...

      Padam
  12. sedapnya food di resto ini khas melayu sekali

    BalasPadam
  13. oo igtkn ape td nasi dalai. baru tau dging salai.
    heee

    nampak sedappo ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...tgk jer dah sedapkan?kak dah mkn mmg sedap btl..

      Padam
  14. Oo.. daging salai masak lemak ya kak sedap tu. Dah lama tak makan. Teringnnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis selalu balik kpg dah biasa mkn lauk daging salai msk lemak...bla kat KL ada lglah senang nk terjah klu teringin mkn lauk daging salaini

      Padam
  15. Ramai juga blogger yang terlibat dengan food review ni terbaik semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...ramai yg dtg review sbb semua nak tau dan rasa apa tu Nasai Dalai,,,

      Padam
  16. i dont think i have tried nasi dalai before, but it would be nice to get a taste of it!

    Whats Your New Year Resolution?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Henryyou must come & taste Nasi Dalai (daging salai masak lemak) msk kampung sedap

      Padam
  17. Masakan Nogori... Masakan kampung den.. Osah sodap ni.. Kono la poie cubo ni ngan Abam Otomen tersayang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...org nogori dah tak heran dah....tp kat KL jrg dpt rasa masakan daging salai ni...

      Padam
    2. Yo memang ea la.. Tapi sesekali nak gak ghaso masakan air tgn org.. Hehehehehe...

      Padam
  18. saya suka Kerabu Magga!
    mesti selera makan semua dgn nasi lepas tu !

    BalasPadam
  19. Banyak pilihan...mesti sedap2 semuanya..

    BalasPadam
  20. Awh cheers to the share - the variety of the food here looks so good too.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment