10 PETUA DARI DAPUR YANG PEMBACA PERLU TAHU MUJARABNYA JIKA SELALU DIAMALKAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 3 Februari 2021

10 PETUA DARI DAPUR YANG PEMBACA PERLU TAHU MUJARABNYA JIKA SELALU DIAMALKAN


SERI WANGI nak bagi Petua yang seri wangi baca kat majalah majalah, buku-buku dan suratkhabar, seri wangi ni memang membaca majalah-majalah wanita sebab banyak manfaat yang Seri Wangi rasa macam nak kongsi dengan pembaca blog seri wangi ni. Kadang-kala bukannya semua orang suka membeli, tumpang membaca adalah agaknya, sememangnya seri wangi suka membaca dari dulu lagi, apatah lagi kalau majalah tu ada contest, lagilah suka muncubanya. 

Petua yang Seri Wangi nak bagi ini memang bagus untuk dicuba nanti kebanyakannya ada di dapur kita:

1.   Ulam Kekal Rangup  -  Supaya ulam kekal rangup, rendamkan ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampur sedikit cuka dan air limau nipis, biarkan seketika dan ia akan kekal lama dan sedap.




2.    Elak Rasa Pahit Pucuk Betik  -  Untuk menghilangkan rasa pahit pucuk betik, cuci dulu pucuk betik, kemudian direbus. Ketika hamnpir empuk masukkan air asam jawa atau asam keping.


3.    Sup Lebih Pekat  -  Sup akan cair sekiranya terlalu banyak air digunakan, untuk memekatkan kuah sup, masukkan kentang yang telah direbus serta dilecek ke dalam sup tersebut, didih hingga pekat.

4.    Jemput-Jemput Pisang  -  Suka makan jemput-jemput? Kalau nak bagi lebih lembut dan sedap, campur tepung gandum dengan sedikit sodium bikarbonat dan air suam, jemput-jemput akan lembut dan sedap. Kalau yang dah tau tak kisahlah...kan?



5.    Masalah Jerawat -  Mereka yang ada masalah jerawat, ambil daun bunga melur dan tumbuk hingga lumat dan sapukan kat muka tiga kali seminggu. Susah nak cari bunga melur? Kalau nak cantik pandai-pandailah usahakan? Beli aja kat Nursery Bunga tu dan tanam, biasanya rumah India banyak tanam bunga melur ataupun kat India yang jual bunga-bunga.



6.    Menghilangkan Selulit  -  Ini yang orang perempuan suka yang banyak selulit kat peha dan kat lengan. Ambil dua cawan kopi, setengah cawan gula atau garam laut dan dua hingga tiga sudu minyak urut dan campurkan semuanya kemudian sapukan kat bahagian yang banyak selulit tu, lalu urut selama tiga minit. Lakukan tiga kali seminggu, kalau rajin buat, adalah hasilnya. Kalau malas nak buat, call aje seri wangi untuk urut, tanggung beres punya.


7.    Payu Dara Lebih Pejal  -  Hah...yang ni orang perempuan pasti suka, lebih-lebih lagi yang dah beranak-pinak. Senang je ambil dua sudu madu, sebiji telur, ambil kuningnya dan dua sudu susu tepung. Gaul hingga sebati. Kemudian masuk dalam peti sejuk selama 30 minit.  Sapukan di bahagian payudara selama satu jam dan bersihkan dengan air suam. Lepas tu...jangan bagi sisuami usik selama lima hari, lima malam....Acah je...!


8.    Bawang Putih Redakan Sakit Gigi -  Ambil dua ulas bawang putih, pecahkan sedikit kemudian letakkan kat gigi yang sakit hingga sakit beransur hilang. Kalau tak hilang rasa sakit jumpa je doktor gigi..!



9.     Halia Hilangkan Sakit dan Lenguh Badan -  Kalau badan rasa lenguh, minumlah air rebusan halia muda, kalau nak sedap tambah madu atau rebus dengan gula merah dan beberapa batang serai. Air rebusan halia dapat membuang angin dalam badan dan bengkak otot-otot badan.


10.   Mudarat Kasut Tumit Tinggi -  Bagi orang perempuan yang suka pakai kasut tumit tinggi, sandal yang bermuncung kecil merupakan penyebab terbesar masalah penyakit Arthritis pada usia tua. Ia menyebabkan sakit sendi di kaki, lebih-lebih lagi yang mempunyai berat badan berlebihan, jadi kalau tak mahu kena berhati-hatilah.




Okaylah tu dia 10 petua yang Seri Wangi boleh share hasil dari banyak membaca, kadang-kadang kita tak tau apa yang ada di dapur kita tu banyak gunanya jadi kalau rajin bolehlah diamalkan selalu...kalau malas...ada...ada aku kisah...?haaaaa...!!!

28 ulasan:

  1. petua yang bagus..hehe...

    p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

    BalasPadam
  2. sila daftar kat blog ni ye..buat assigment 1 pastu komen bila dah siap.mekasih kerana berminat.
    MYredEYE TEAM

    BalasPadam
  3. wah..wah..wahh..perkongsian yg bagus dr seri wangi nih..yeahhhh..i likeee..:)

    BalasPadam
  4. seri wangi harap faiz dapat ikut petua ni.

    BalasPadam
  5. ye...nanti baca lagi utk tip yang baru pila.

    BalasPadam
  6. Bagus semua petua ni, zira suka lagi2 yang betik. Hari tu husband bawak balik xtau nak masak macam mana

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing these tips, i really like it.

    BalasPadam
  8. aduhhh sedap plak putik betik tu. bae suka makan pahit baru sedap.

    BalasPadam
  9. Bukan main ye Seri Wangi skrng. Ada aku kesah. Hahahha. Kita follow nanti puasa 5 hari 4 malam. Btw bagus semua tips ni. Ada yg Bella tak tau.

    BalasPadam
  10. Bagusnya tips2 ni semua. Ada sesetengah yg saya dah tau. Cuma belum cukup rajin nak amalkan.

    BalasPadam
  11. wah entri 2010 ni, masih relevan ya info-infonya. banyak juga yang saya tak tahu lagi. okay, lepas ni boleh guna petua-petua ni.

    BalasPadam
  12. Banyak khasiat produk di dapur untuk kesihatan dan kecantikan kan. Kalau tak dikongsi petua ini, ramai anak muda yang tak tau petua ini

    BalasPadam
  13. No4 tu oo kesahnyaa, nanti nak buatlah sebab ada pisang tu.. selalu buat lembik-lembik aje susah betul nak nengok gebu ,.. makaseh Kak kongsi..

    BalasPadam
  14. Bagusnya info ni . Ok nnt nak cari la bunga melur nnt tgk jadi ke tak tips tu.

    BalasPadam
  15. Good tips ! ada tips tu yang memang saya dah tahu, ada juga baru tahu melalui artikel ni. Makasih sudah share ilmu tentang perihal dapur-dapur ni hehe

    BalasPadam
  16. Wow! terima kasih kerana share tips tips yang hebat ini kepada semua. saya kena admit saya bukan seorang yang rajin tapi info info ini memang sangat berguna kepada kami,

    BalasPadam
  17. Menarik la tips2 ni... Byk yang i tak tahu lagi.. Especially the bunga melur part... Boleh amalkan few yang sesuai for me.. Hehe

    BalasPadam
  18. Betul betul... Bahan dari dapur banyak khasiat nya. Kita selalu bikin air halia. Minum setiap pagi suam suam. Sedap

    BalasPadam
  19. Saya boomarked artikel akak! Bagus tips ni. Nak amalkan senang je. Nanti dah beli barang dapur bleh rujuk balik artikel ni. Terima kasih akak!

    BalasPadam
  20. i love this article! byk tips yg dpt sy belajar, especially secret ulam ranggup. kene campur sedikit cuka dan air limau nipis rupanya!

    BalasPadam
  21. saya pernah tengok mak saya buat tips letak kentang dalam sup tu. Mungkin yang lain boleh cuba juga. btw terima kasih atas perkongsian tips ini

    followed here #226

    BalasPadam
  22. Yang jemput2 pisang tu ana baru tau beberapa bulan lepas. Boleh lah try lepas ni. Kot jadi gebu gebas kan.

    BalasPadam
  23. Bagus petua yg dikongsikan. Terutama ttg serbuk kopi yg nak buang selulit

    BalasPadam
  24. yang petua last tu iena baca banyak kali..pening kejap petua ke info je yg tu..sebab iena memang suka pakai kasut tinggi..baca baca macam tak de petua, just bagi tau bahaya kasut tumit tinggi

    BalasPadam

Thak You For Your Comment