RESEPI LAUK UNTUK ORANG BERPANTANG - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 1 Ogos 2019

RESEPI LAUK UNTUK ORANG BERPANTANG


Seri Wangi tau bukannya semua orang tahu makanan untuk orang dalam pantang. Lebih-lebih lagi untuk orang muda yangh baru pertama kali dapat anak sulung ataupun baru nak belajar berdirikari  semasa dalam pantang. Kadangkala Seri Wangi faham bukannya semua orang bernasib baik emak kita dapat menjaga kita semasa dalam pantang, begitu juga emak mertua, mau tak mau kenalah jaga sendiri. Hah....masa inilah para-para suami kena tunjuk kasih sayang dia kat isterinya untuk menjaga mereka dalam pantang. Seri Wangi sendiri pun dijaga oleh suami dari lahir anak kedua hingga anak keenam sebab tinggal jauh dari keluarga di perantauan.


Sebenarnya bukanlah susah sangat nak masak lauk orang dalam pantang ni, lauk untuk orang pantanglah yang paling senang dimasak cuma itulah menu hari-hari yang kita masak untuk mereka selama 44 hari. Sedap tak sedap kenalah makan, itu semua untuk kebaikan mereka juga. Jamu semestinya kena makan untuk kesihatan dalaman dan dengar nasihat emak/emak mertua pantang larang orang lepas pantang. Jangan pula semua benda makanan hendak disapu, makan ikut selera, nanti bila bentan siapa juga yang susah? Kita dan keluarga kita juga yang susah...lebih-lebih lagi suami yang jaga kita, nanti kelam kabut dibuatnya nak cari mak bidan. Semua benda-benda makanan sejuk tak boleh dimakan, ais lagilah tak boleh, pulut, cili api,buah-buah sejuk buah tempatan tak boleh, kalau nak makan buah orange, apple, anggur bolehlah dan elakkan makan pisang, tembikai, dan buah mangga.



 Sayur bayam, kangkung dan sayur yang sejuk elakkan. Seri Wangi suka cara orang Cina berpantang mereka tidak minum air mati, takut kena angin, mereka cuma minum air kurma merah, makan sup ayam hitam yang direbus dgn herba dan mereka banyak makan halia tua import dari Taiwan. selama berjam lama-lamanya. Mereka tidak bolih mandi selama sebulan/dua bulan cuma mandi dgn air rebusan herba. Sayur makan juga tapi dimasak dgn minyak bijan kerana minyak bijan bagus untuk badan tapi bubuh sikit je nanti kalau banyak sakit tekak kerana minyak bijan panas.


kredit to nuhababy.com

Alright...Seri Wangi bagi tahu resepi untuk orang pantang....senang je....para suami pun boleh buat sendiri untuk isteri key...!Oh ya jika bayi korang kena kuning, dinasihatkan menu-menu untuk masakan pantang elakkan letak halia, kunyit hidup, lada hitam sebab panas takut menambahkan lagi kuning baby serta elakkan makan jamu, bila baby dah ok barulah boleh masak gunakan bahan-bahan tersebut,

RESEPI 1

SINGGANG IKAN  


Bahan


2/3 keping ikan tenggiri (blh makan ikan selar, ikan parang, ikan merah asalkan tidak gatal)
halia muda 1 ketul (dimayang halus)
kunyit muda 2 ketul (dimayang halus)
2 sudu lada hitam
1 keping asam keping
Air secukupunya
garam secukupnya

Caranya


1.    Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Rebus hingga masak. Bila sudah masak bolihlah makan panas-panas. Senang bukan?



RESEPI 2

SAYUR CAMPUR

Bahan

100 gram kobis (dipotong halus)
100 gram bunga bakoli (potong halus)
1 batang karot (dipotong nipis)
2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu lada hitam (dtumbuk halus)
garam secukupnya
air secukupnya
2 sudu minyak bijan utk menumis

Caranya

1.     Panaskan minyak bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau kemudian masukkan air dan garam secukupnya.

2.     Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi jangan dimasak terlalu lama.

3.     Bolihlah dihidang dan makan.




RESEPI 3

IKAN BAKAR

Bahan
2 ekor ikan selar  (dibersihkan)
4 sudu lada hitam (diblend ataupun  ditumbuk halus)
daun pisang/daun kunyit secukupnya utk membalut ikan
garam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya

Caranya

1.  Bersihkan ikan yg hendak dibakar. Campurkan kesemua bahan hingga sebati kemudian dibalut setiap ekor ikan itu dgn daun pisang/daun kunyit..

2.      Bakarlah ikan tersebut hingga masak.


 PAKEJ BERPANTANG DAN  SELEPAS BERSALIN

FACEBOOK PAGE: PAKEJ URUT BERSALIN

TEL: 0163747052 (UNTUK  TEMPAHAN)

38 ulasan:

  1. salam, boleh tak cuba edit shoutbox supaya boleh nampak text box untuk ditulis.. saya tak boleh nak tinggal jejak haha

    BalasPadam
  2. masa dlm pantang dulu pekena nasik kosong panas panas dgn ikan goreng je pun laju jer.. time tu sentiasa kelaparan hehe

    BalasPadam
  3. Dalam pantang tu untuk istilah yang baru lepas bersalin ke atau untuk general dan universal ye? Macam baru lepas operate sebab accident ke..

    Kalau dekat rumah saya, time pantang tu makan ikan haruan ..

    Lepas tu makan jeli gamat untuk luka cepat kering

    by the way, terima kasih sebab baru-baru ni singgah ke blog saya dan tinggalkan komen :-)

    BalasPadam
  4. saya masa pantang ari tue makan nasi panas ngan ikan bilis goreng je...tue yg best tue...

    thanks coz singgah blog tinggalkan jejak...

    BalasPadam
  5. kalau letak gambar ni lagi besh..
    ;D

    BalasPadam
  6. boleh try ni.. kepada sapa2 yg tgah pantang la

    BalasPadam
  7. masa i duk dlm pantang dlu, mkn ikan kembong bakar, xpun ikan haruan kering jek..dah masuk 20hr baru mkn daging or ayam kampung..klau ikan cencaru tu my mum xkasi sebab kata org tua2 ikan yg oerut dia hitam xbley mkn..ikan bilis pun sama gak, takut gatal kat tempat jahit tu..sayur langsung xmakan..senang..hehe..takut sejuk nnt..pastu gaul nasik gn lada hitam yg ditumbuk halus, xpun bawang putih n halia yg digoreng..xsedap pun telan la jugak..

    BalasPadam
  8. haritu terbaca kt hmetro...mengatakan ikan cencaru tu xboleh mkn...sbb gatal...ikan selar comfirm ke boleh??

    BalasPadam
  9. Memang betul xblh makan, ikan bawal hitam pun sama, tapi ikan bawal putih boleh dimakan. Kalau ada apa-apa masalah tanya di facebook saya.

    BalasPadam
  10. sayur kobis n brokoli bukn ker angin???

    BalasPadam
  11. sayur barkoli ada khasiat kalau blh guna minyak bijan ketika menumis.

    BalasPadam
  12. ikan bakar paling best..makan panas2 dgn nasi

    BalasPadam
  13. sedpanya lauk orang berpantang pun !! hee~

    BalasPadam
  14. definitely will recommend this for my colleague. she's going to give birth soon an i think this is going o be useful for her. Thank you for sharing and i love your article.

    BalasPadam
  15. Wahhh terima kasih atas perkongsian ni kak. Kebetulan sangat ada kawan baru je menimang cahaya mata pertama. Bolehlah nanti nak share artikel ni dengan dia sebagai memudahkan kan. Tapi kita tengok pun rasa sedap je semua lauk tu. XD

    BalasPadam
  16. wahh kalau cara sy berpantang pula memang lansung xdibenarkan makan makanan yang berkuah selama pantang. Lauk singgang tu makan bertabah lagi adalah hihi (kalau saya slalu makan ngn budu)

    BalasPadam
  17. Sedapnya lauk-pauk berpantang!
    My feveret. Sihat pun sihat kan :)

    BalasPadam
  18. lauk simple dan berkhasiat camni tak yah tunggu pantang pun suka masak jugak ....esok nak masak camnilah, mesti makan bertambah ehehehe

    BalasPadam
  19. walaupun simple jer resepi orang berpantang tetapi tetap nampak sedpa dan menyelerakan..kita suka masakan orang pantang sebab nutrisi dia still dikekalkan hehehe

    BalasPadam
  20. Teringat kat wife bila habis pantang 2 bulan lepas...selalu temankan masak juadah berpantang coz tak reti nak masak untuk orang yg tengah pantang ni.. kalau tak, memang masak je la kerja...kesian kat wife...

    BalasPadam
  21. Lauk org berpantang ada yg kata x sedap tapi bagi hanny..fuhhh sedap.. maklumlah kita ni jenis suka makan singgang dn jenis2 bersup ni.

    BalasPadam
  22. Biasa org x suka lauk pantang tapi sy suka sgt sbb tu mmg mcm makanan harian sy juga dulu2.. hehehe

    BalasPadam
  23. Teringat lagi masa dalam pantang, terpaksa berpantang sendiri kat rumah sebab jauh. Semua kena buat sendiri termasuk la madak sendiri. Bila tengok makanan dalam pantang ni, teringin jugak nak berpantang sekali lagi hihu😝😝😝

    BalasPadam
  24. Lauk orang berpantang ni memang sedap.. org tak berpantang pun layan makan sama. Liez kadang2 layan juga masak lauk2 macam ni dekat rumah.. sesekali tukar selera.. asyik mkn berminyak kan

    BalasPadam
  25. betul, mudah je nak amsak makanan ornag berpantang ni sebenranya..sedap taks edp makan..tapi nad suka makan lauk ebrpantang ni..sedap je..hehee..jarang makan singgang..mak nad tak eprnah buat pun..hehee

    BalasPadam
  26. menu simple tapi penuh khasiat terutama bagi ibu baru lepas bersalin. bagus untuk kesihatan.. nampak je tak sedap tapi kalu perut dah lapar memang sedap. entri yang sesuai tuk bakal-bakal ibu simpan, nanti boleh mintak suami masak kan

    BalasPadam
  27. Ikan singgang tu menu semua orang suka x kisah berpantang atau tak berpantang. lagipun healty kan sebab bersup tak berminyak. Orang dalam pantang memang kena jaga makan betul2 kan.

    BalasPadam
  28. Okey baru tahu! Prepare siap2 nnti nak ada bini bersalin kan. Thanks kak limah for share.hehehe

    BalasPadam
  29. Sedapnya singgang tu.. Kalau makan dengan sambal belacan.. Kahkah.. Tpi dlm pantang mak xbg mkn sambal belacan😝😝😝

    BalasPadam
  30. Bagus perkongsian tentang resepi untuk orang berpantang ni. Biasa kita dengar kalau orang berpantang tak boleh makan itu ini, tapi sbenarnya boleh je kalau kena cara masakannya. Nampak sedap. Orang yang tak berpantang pun boleh makan ni.. Hehe

    BalasPadam
  31. sedap sedap lauk berpantang ni sebenarnya.. lgi2 yg sbb awa ni pantang cara moden ikut pola makanan sihat... ada plak pihak yg buat servis utk pakej pantang n bersalin.. lagi bagus...

    BalasPadam
  32. Masa kita dalam pantang dulu, geng yamg jaga masakkan. Suka menu pantang. Ikan bakar, sayur makan segar gitu, ikan masak singgang, asam rebus. Semua menu ala eat clean gitu. Berat pin cepat turun. Ikan lak minggu pertama maka ikan haruan bakar jer, pastu baru tukar ikan lain. Sayur kita suka peria, lobak putih. Milk booster!

    BalasPadam
  33. Good info ! so, lepas ni tak perlu nak susahkan parent sangat tolong sediakan menu untuk berpantangkan, sang suami pun boleh prepare utk isteri berpantang hehe

    BalasPadam
  34. Sayur campur tu sedap..
    sha masa pantang dulu buat sup sayur sawi bunga je.. hari-hari makan sayur sawi bunga ini.. senang lawas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah mcm tu tp kadang2 ada yg merungut jemu katanya sbb itu kak tkr2 menu masa jaga dorang dlm pantang.

      Padam
  35. Haha mcm just nice sempat baca ni. Nmpk pun sedap, senang pun nmpk senang nk masak untuk ibu berpantang. Boleh suruh suami masak nnti. Hehe. Thank you kak Halimah sudi kongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aliza sebenarnya lauk singgang tu kena letak kunyit hidup yg muda bkn yg tua tp dlm gbr tu kak letak sebab jika ibu yg menyusu anak dan ada demam kuning, elakkan mkn lada hitam, halia, jamu sementara hingga anak dah baik dari kuning dan elakkan anak memakai pakaian warna kuning, juga selimut, tilam bewarna kuning, elok beri baby susu bdn lebih kerap.

      Padam

Thak You For Your Comment