PULAU LINGGA, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA - BUNDA TANAH MELAYU TEMPAT MENARIK UNTUK DITEROKAI - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 25 Julai 2019

PULAU LINGGA, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA - BUNDA TANAH MELAYU TEMPAT MENARIK UNTUK DITEROKAI


Perjalanan bermula dari sini menerokai bumi Kepulauan Riau iaitu Kabupaten Lingga, Indonesia yang berkait rapat dengan temadun Melayu dan dikenali sebagai Bunda Tanah Melayu (The Motherland Of Malay). Majoritinya penduduk Lingga berasal dari Suku Melayu, baik dari segi percakapan yang kebanyakannya dalam Bahasa Melayu, Kebudayaan dan adat pun sama seperti kita di Malaysia. Jadi jangan hairan kalau menonton tarian mereka sama saja di Malaysia dengan tarian Inang, Nyonya Baba, Dondang Sayang dan juga joget Lambak. Begitu juga dengan makanan di sini sama ajer di Malaysia...nak makan apa? Nasi Lemak, Lontong atau Nasi Kerabu? Semuanya ada kebanyakkannya mengikut cara orang melayu di Malaysia.



Sejarah Lingga mempunyai sejarahnya tersendiri yang mana menjadi sebahagian  sejarah Negara Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Linga. Sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di Lingga, Kepulauan Riau ini yang sememangnya memukau mata memandang akan keindahan pulau-pulau yang terdapat di sini. Jom ikut Seri Wangi melihat tempat-tempat menarik dan keindahan Lingga, Kepulauan Riau ini dengan penuh cabaran dan adventure. Perjalanan  bermula di sini iaitu setelah menaiki ferry dari Stulang laut, Johor Bharu ke Terminal Ferry Batam dan perjalanan diteruskan ke Pelabuhan Domestik Telaga Punggur.  




Kalau uoll nak tau sekali lagi perjalanan menaiki ferry dari Pelabuhan Domestik Telaga Punggur  ke Jagoh, Dabo Singkep yang memakan masa dalam 4 jam...haaa...sepanjang perjalanan kejap tidur...kejap bangun..kejap tidur balik sampailah tiba ke Pulau Lingga, The Motherland Of Malay (Bunda Tanah Melayu) di Dabo, Singkep...tak sahlah kalau tak selfie...heee. Jom jalan-jalan cuci mata and cuci tekak....


           SINGKEP HOTSPRING DABO SINGKEP




Happy sangat bila dah sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat, ketibaan kami disambut dengan mesra dan uoll nak tau tak sepanjang perjalanan kami di Lingga kenderaan kami tu adalah bas sekolah (old school) dan van sekolah...jangan gelak tau...tapi best jugak sebab bila dah ramai-ramai dalam bas tu...faham-faham ajerlah...kami duk dalam bas tu asyik membawang dan ketawa jer... 



Awek from Khazaztan


Lawatan pertama kami setibanya di pelabuhan Lingga ialah ke tempat bermandi-manda di Singkep Hotspring (permandian air panas) Dabo Singkep iaitu kabupaten Lingga yang tidak asing lagi di kepulauan Riau ini selain dari tempat-tempat menarik seperti pantai, air terjun dan gunung yang wajib uoll lawati sekiranya berada di Pulau Lingga ini  Jarak dari Kota Dabo kira-kira 3km. Untuk maklumat uoll air panas ini adalah dari sumber mata air belerang asli dan ianya dipercayai dapat mengubat pelbagai jenis penyakit kulit dan ramai yang datang berkunjung di sini hujung minggu ataupun time cuti sekolah, jadi...rugilah kalau tak berendam. 



Di permandian air panas Dabo Singkep ini terdapat 3 kolam air panas dengan setiap kolamnya mempunyai suhu yang berbeza, yang mana mempunyai suhu rendah, suhu sedang dan suhu tinggi. Selain itu uoll jangan risau kalau lapar kat situ ada kantin, Coffee Break, pondok untuk berehat/makan dan tempat pakir kereta yang luas. Oh ye lupa pulak, bayaran masuk hanya Rp3.000.

ONE HOTEL DABO SINGKEP




Malam ini we all bermalam di ONE HOTEL Dabo Singkep, Riau, Indonesia terletak dalam pekan Dabo Singkep. bilik hotelnya sangat selesa, sederhana, kelengkapan cukup dan layanan terbaik. Kalau uoll nak tau di One Hotel berhampiran dengan Pelabuhan Dabo Singkep yang cantik pemandangannya, sempatlah kami selfie bagai selepas bersarapan pagi, memang cantik view dia tambah lagi dengan tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.


Majlis makan malam untuk meraikan kedatangan kami dengan hidangan bufet lauk pauk masakan kampung macam masakan kita kat malaysia sambil makan sambil dihiburkan dengan tarian tradisional dan musik asli. Alhamdulillah...kenyang dah malam tu join sama joget lambak haaaa...

PAGODA DABO SINGKEP DAN  MUSEUM TIMAH SINGKEP


Destinasi kami diteruskam ke Pagoda Dabo Sinkep - Dekranasda Lingga dan Museum Timah Singkep, Dabo Singkep, Kepulauan Riau.  



Pagoda Dabo Sinkep - Dekranasda Lingga ini lebih kurang macam taman rekreasi dan tempat bersantai oleh orang-orang tempatan di situ. Bentuk bangunan dia memang unik dan menarik berbentuk segi delapan dengan bahagian atasnya berbentuk runcing dan dikelilingi kolam serta dihubungi dengan jambatan kayu berwarna kuning dan biru muda. Ianya juga dijadikan tempat pameran, kegiatan kesenian, pameran lukisan dan jualan barangan kraftangan, batik dan songket.  



Museum Timah Singkep, Dabo Singkep, Kepulauan Riau yang terletak berdekatan dengan bangunan Pagoda Dabo Singkep di jalan Pagoda Dabo Sinkep merupakan tempat untuk berjual pakaian kemudian dialih fungsikan menjadi bangunan pendukung untuk Pagoda yang dibangunkan pada tahun 1980 hingga kini digunakan sebagai Museum Timah sementara.

Museum Timah Dabo Singkep
Kini museum tersebut mempunyai 600 koleksi atas sumbangan masyarakat dan eks karyawan Timah yang mana museum ini adalah untuk mengenang sejarah kejayaan masa lalu untuk tujuan memberi ilmu pengetahuan, kebudayaan dan teknologi.


PANTAI MARQUEZ


Pantai Marquez satu nama yang unik bagi Seri Wangi, pantai ni sangat cantik dan indah sekali dan terletak di Tanjung Sawang, Desa Lanjut-Singkep Pesisir, Dabo Lama, Singkep, Kebupaten Lingga, Kepulauan Riau. Kami dibawa ke sini untuk tujuan pelepasan anak-anak penyu (Tukik).


DAIK, PULAU LINGGA


Perjalanan diteruskan dengan menaiki speedboat pulak, satu pengalaman yang menarik kerana sepanjang perjalanan menerokai pulau Lingga pengangkutan antara pulau-pulau kebanyakkannya adalah dengan ferry dan khas untuk kami menaiki speedboat untuk ke Daik yang terkenal dengan Gunung Daik bercabang tiga, kalau tengok gambar-gambar Seri Wangi di atas tu adalah di belakangnya adalah Gunung Daik Bercabang Tiga kalau tak nampak juga kena teropong cari cabang dia haaaaa....




Dah sampai pun di dermaga Buton, kalau uoll nak tau dari setiap dermaga yang kami turun untuk ke darat jauhlah jugak kami kena menapak, kat situ siap ada motor sapu lagi jadi sapa yang malas nak jalan tu, boleh naik motor sapu membonceng, bagi Seri Wangi lebih suka jalan jer sebab nak tengok pemandangan gunung daik yang sayup jauh mata memandang, bila dah sampai ke darat dari situ kami semua naik Bus Sekolah (Old School) haaaa...dah lama tak naik bas sekolah, bila dah ramai-ramai seronoklah pulak,,,membawang jerlah kerjanya...yelah nak hilangkan rasa boring sebab perjalanan jauh lagi. Jom ikut Seri Wangi menerokai tempat-tempat menarik di Daik, Kecamatan Lingga, Kabupaten Lingga, Kepulauan Riau




ISTANA DAMNAH


Rombongan geng Kak Limah...haaaaa...jangan marah dibawa menjamu selera di tempat istimewa di Daik iaitu Istana Damnah, yang terletak di Kampung Damnah. Serba sedikit tentang sejarah Kerajaan Melayu Lingga di mana bekas Istana Damnah dibangunkan oleh Sultan Raja Muhammad Yusuf AlAhmad, Yang Dipertuan Muda Riau X pada tahun 1857-1899M dan tahun 1860M diperuntukan sebagai kediaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada masa pemerintahan Kerajaan Melayu Riau-Lingga, Indonesia. Walaupun dah lama masih nampak untuh dan cantik seni rekaannya dan unik, merasalah jugak duduk di Istana dan Balairung (pendopo) siap bersantap mengadap tempat Sultan bertahta, bayangkanlah...uoll mengadap Sultan...sapa agaknya yer....


 RUMAH TEKAT TUDUNG MANTO - HALIMAH


This is my second house at Daik, Lingga....haaaaa...jangan nak perasan cik non yer...terasa bangga pulak bila bertandang ke Rumah Halimah - Rumah Tekat Tudung Manto di Lingga, bagi masyarakat Kabupaten Lingga Tudung Manto sudah tidak asing lagi kerana ianya sudah dibuat sejak tahun 1755 lamanya. Kalau nak tau Tudung Manto adalah kraftangan membuat sulaman tudung dengan menggunakan benang emas atau perak yang dibeli dari India, jarum perak/tembaga dan kain sari. Sulaman setiap tudung dibuat sangat teliti dan halus serta memerlukan kesabaran dan kemahiran menyulamnya, bukan calang-calang orang yang boleh menyulamnya. Corak sulaman Tudung Manto bermotifkan awan larat  dengan variasi bunga tabur, tampok manggis, bunga cengkih dan paruh rebung. 




Maksud Manto ialah tutup kepala bagi kaum wanita yang sudah bersuami, pemakaian Tudung Manto biasanya dipakai semasa majlis keramaian, adat serta budaya, kebudayaan oleh penari-penari kebudayaan, perkahwinan dan juga untuk menutup keranda dan juga cenderamata, harga sehelai selendang tudung manto  berharga Rp600.000 - Rp1,200.00 semuanya terpulang pada kerumitan pembuatan satu-satu tudung tersebut. Sehelai Tudung Manto mengambil masa 1 bulan tapi jika dikerjakan berkumpulan boleh disiapkan dalam 7 hari. 


MASJID JAMI SULTAN LINGGA


Masjid Jami Sultan Lingga terletak di Desa Daik, Kecamatan Lingga, Kabupaten Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Masjid ni merupakan peninggalan Kesultanan Melayu Riau-Lingga, dibangunkan pada 1800-an di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah III.


Masjid Jami Sultan Lingga berada satu komplek dengan Makam Sultan Mahmud Syah III, yang berada di belakang atau disisi barat masjid. Masjid dan beserta Makam tersebut telah ditetapkan oleh pemerintah Indonesia sebagai cagar budaya pada tahun 2007.




MUSEUM LINGGAM CAHAYA


Museum Linggam Cahaya sebuah museum tersimpannya khazanah dan koleksi-koleksi sejarah peninggalan Kerajaan Lingga sesuai penyebutannya nama kabupatennya. Peninggalan sejarah alat-alat purba, barang-barang klasik, kuno dan sejarah orang melayu, bahasa melayu. Museum ini terletak di Jalan Raja Muhammad Yusuf, Daik, Lingga. Museum ini didirikan pada tahun 2003. 



Nama Museum Linggan Cahaya mempunyai nama tersendiri dan mempunyai makna iaitu Linggam Cahaya yang mana makna Linggam ialah Batu Berwarna Merah dan Cahaya bermakna Bersinar. Kebanyakan koleksi di museum ini berupa koleksi arkeologika zaman Kerajaan Melayu di Lingga, koleksi berupa keramik Cina, fosil flora dan fauna serta koleksi etnoggrafika peninggalan budaya etnis Melayu, Bugis dan China. Banyak lagi koleksi yang menarik dan yang paling best ada magic pulak tu...dapat buat trick bila pegang duit kertas lama di tapak tangan, nanti duit tu tiba-tiba boleh melengkung dan bergelung sendiri tapi kena tunggu lama-lamalah dan sabar...




AIR TERJUN RESUN


Seharian kami semua berjalan penat betul...dah tiba time untuk relek-relek, cuci mata dan lapangkan minda serta berlibur...kat mana? Destinasi Travel Trip Lingga kali ini kita bermandi-manda and bersuka ria haaaaa....bayangkan...yang cool....


Wisata Air Terjun Resun Daik Lingga yang terletak di Desa Resun , Kacamatan Lingga Utara, Lingga, Kepulauan Riau. Air terjun Resun mempunyai  5 tingkat, yang kami mandi-manda baru satu tingkat pun tak boleh nak naik and terjun, cuma orang yang berani jer yang berani terjun. Seronok bermain air dah jadi macam budak-budak sebab dah lama tak mandi kat air terjun teringatlah pulak kat Hulu Langat tempat mandi manda. Tempatnya memang cantik, alam semulajadi, sejuk, segar, nyaman dan menenangkan fikiran. Kalau nak salin baju jangan risau di sekitar Air Terjun Resun ada bilik untuk salin baju, ada pondok-pondok untuk berehat dan makan minum.

MAJLIS PARADE TARI DAERAH


Setelah menjamu selera makan malam kami ke Majlis Parade Tari Daerah, Kabupaten Lingga - Bunda Tanah Melayu. Majlis kebudayaan Lingga sama seperti kebudayaan kita baik dari segi percakapan, makanan dan juga kebudayaannya. Majlis tersebut diadakan sempena pertandingan tarian daerah Lingga. Seri Wangi sangat tertarik dengan busana penari-penari mereka yang sangat cantik dan menawan. Terhibur dengan gelagat lucu penari yang serba boleh bernama Robi yang menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir terutamanya semasa tarian dondang sayang dan joget lambak. Enjoylah jugak berjoget lambak teringatlah pulak joget lambak orang melaka. Malam ni malam last kami berada di bumi Lingga, Bunda Tanah Melayu yang banyak kenangan dan penuh adventure, rekod hari ini dalam sejarah naik ferry and old school bus.....haaaaa



LINGGA PESONA HOTEL



Sepanjang berada di Daik, Lingga kami semua menginap di Lingga Pesona Hotel yang Seri Wangi anggap terbaik walaupun bukanlah hotel berbintang, kiranya hotel bujet kalau di tempat kita, tapi semua kelengkapan cukup belaka dan juga layanan mesra pekerja-pekerja hotel di situ. Paling Seri Wangi suka kebanyakan hiasan dalamannya dibuat dari bahan-bahan terbuang yang dijadikan lampu-lampu hiasan, gubahan bunga dan juga hiasan dekorasi dalamannya. Hari terakhir baru sempat berselfie haaaa.....


Hari terakhir berada di Daik, Lingga tibanya kami berangkat balik naik ferry lagi....haaaaa....sementara menunggu ferry ke Lingga - Batam - Johor sempatlah lagi berselfie bagai sebab pemandangan di Daik memang cantik berlatar belakang Gunung Daik Bercabang Tiga.


Oklah dari sini selesai my story about discover Lingga, kalau boleh nak datang lagi kalau ada rezeki sebab apa yang Seri Wangi tau di Lingga banyak tempat-tempat menarik untuk diterokai dan menjadi tarikan pelancong-pelancong asing akan adat budaya, sejarah dan kehidupan masyarakat Bunda Tanah Melayu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada KEPRI, Tuan Edi Sustrino dan bapak Kepala Disparpora Kabupaten Lingga, Tuan Raja Fahrurrazi and semua yang terlibat dengan Travel Fam Trip Lingga Media and Travel Agents. "LOVE YOU ALL"

JOM LAYAN YOUTUBE LINGGA





17 ulasan:

  1. cantik cantik betul la semua tempat ni... best tengok!! weh kalau dapat pergi memang awesome ni... bertuah kak limah tau... happy happy ye =D

    BalasPadam
  2. Hacking sangat mudah kerana ia dilakukan dalam filem yang kita tonton, Hacker benar-benar dapat melakukan semua perkara yang kita lihat, seperti melanggar ke dalam rangkaian untuk mendapatkan akses ke fail tertentu, mencuri fail tersebut, memantau pengguna aktif, memadam fail dan banyak lagi.

                  BAGAIMANA HACKING REALLY WORKS
         Hacking mudah dilakukan dengan menggunakan program tertentu (Virus komputer, Spywares, Trojans, Malwares) untuk mendapatkan akses dan kawalan ke atas 💻 dan Cell 📲. Program-program ini direka untuk memecahkan pertahanan komputer tanpa pengguna walaupun mengetahui.

                         PERKHIDMATAN TECH COPE
        COPE TECHS adalah sebuah organisasi yang boleh dipercayai dan dihubungi jika anda memerlukan perkhidmatan Hacking. Matlamat kami adalah untuk tidak membantu individu yang mempunyai masalah teknologi dan bukan untuk tujuan Pencurian. Kami menjamin anda sebagai jaminan kerja kami dan tanpa sebab, kerja kami untuk anda terdedah kepada orang lain. Buktikan kerja kami pada masa lalu akan ditunjukkan kepada anda tetapi sila perhatikan bahawa individu yang kami lakukan untuknya tidak akan didedahkan kepada anda.

        PERKHIDMATAN HACKING KAMI BOLEH MENAWARKAN ANDA
    Tidak ada batasan apa yang boleh kami lakukan untuk anda tetapi kami mempunyai sekatan dalam perkara yang boleh kami lakukan. Kerana tidak ada sebab kami akan membantu anda dalam Perompak atau Mencuri sekiranya ada barang dan harta benda lain, sila letakkan dalam fikiran.
        Berikut ialah senarai perkhidmatan yang Diluluskan:
    * Pemantauan Telefon 📱 atau Komputer 💻 untuk tujuan pemantauan E-mel, Mesej teks, Panggilan telefon, Social Media Chats, jika disangka pasangan anda menipu atau melakukan sesuatu yang tidak baik dengan anda.
    * Pembayaran balik hutang kepada Bank dan Syarikat Pinjaman lain, Ya dengan bantuan pertambangan Bitcoin we kami telah membantu banyak orang membayar hutang.
    * Menukar Gred University untuk pelajar-pelajar, kita boleh membantu dengan ini kerana kita tahu bagaimana belajar keras boleh dan kita semua tahu bahawa tanpa gred individu yang baik adalah terhad kepada jenis pekerjaan yang mereka dapat menjamin. dan banyak lagi.
         Sekiranya anda tidak mencari Perkhidmatan yang anda perlukan untuk bertanya kepada kami dan jika ia tidak melanggar peraturan kami, kami akan membantu anda. Kenalan dibuat hanya melalui e-mel ini membantu kami kekal selamat dan tidak boleh dipercayai.
    Hubungi-:
    copetechs@gmail.com

    BalasPadam
  3. This place looks fun!! Can share this with my friends!!
    Can can be travel iternary for then too

    BalasPadam
  4. Bestnya jalan-jalan ramai-ramai. Mesti banyak aktiviti yang korang boleh buat dan sertai. Part shopping tu paling best

    BalasPadam
  5. waaa— beat nya Lingga !! doakan rezeki atie murah kak.. nanti nak singgah jugak mengenali tradisi mereka dengan lebih dekat 😊

    BalasPadam
  6. Banyaknya lokasi menarik, bersejarah dan penuh budaya yang ada kat situ ye. Kalau Rawlins ikut, mesti Rawlins dah join parade tu sekali hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rawlin we all join joget lambak semua sporting tp no foto here heeeee

      Padam
  7. bestnya akak dapat ke sini..banyak lokasi menarik..akk kalau besarkan gamabr mesti lag best tengoknya..

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat gi holiday macam ni. Nak nak dapat pergi dengan geng sekepala. Best dapat tengok lifestyle di negara orang.

    BalasPadam
  9. Banyak juga tempat menarik di Riau kan, kalau tak silap nak travel ke Riau from Johor dekat jer. Kalau dari negeri saya memang jauh sangat hehee

    BalasPadam
  10. Tak sangka banyak tarikan yg ada di pulau lingga nie ya. Sangat kaya dengan local attraction. Nak pergilah nanti bercuti kt sini. Macam menarik ja

    BalasPadam
  11. Wow bestnya Pulau Lingga ni.Belum ada kesempatan nak kesana.Macam banyak tempat bersejarah.Boleh masukkn dalam wishlist country to visit ni.Thanks kak limah for share.hehehe

    BalasPadam
  12. Wow banyaknya tempat dapat pergi ye. Banyak juga tarikan yang ada. Kat tepi pantai, waterfall, tengok budaya dia dan sejarah tempat tu, makanan tempatan.. Memang menarik :)

    BalasPadam
  13. Cantik juga pulau Lingga in. Tak pernah dengar dan tak pernah sampai pun ke Riau.. tapi memang cantik tempat ni. Harap 1 hari nanti dapat pergi ke sini

    BalasPadam
  14. Seronoknya akak dapat ke Lingga.

    Saya hari tu (7 - 9 Disember 2019) ke Riau juga. Cuma bersinggahan di Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat.

    Terima kasih perkongsian tulisan. Akan datang saya hendak ke Lingga juga. 👍

    BalasPadam

Thak You For Your Comment