Edisi ke empat Miss & Mrs. Plus World Malaysia 2023–24 kini telah dibuka untuk pendaftaran - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 21 Oktober 2023

Edisi ke empat Miss & Mrs. Plus World Malaysia 2023–24 kini telah dibuka untuk pendaftaran

 


Setiap orang tentu membayangkan bahawa setiap peserta ratu cantik itu mestilah yang memiliki wajah cantik, anggun, body yang langsing dan tinggi lampai.

Tapi kali ini Seri Wangi berpeluang menghadiri majlis Miss & Mrs. Plus World Malaysia 2023–24 (MPWM) di mana juga diadakan Forum Pemerkasaan Wanita.





Miss & Mrs. Plus World Malaysia 2023–24 (MPWM) kini telah dibuka untuk pendaftaran. Sesi ujibakat peringkat kebangsaan dijadualkan  diadakan mulai  September hingga Oktober di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah, dan  Sarawak. 40 calon akan disenarai pendek:  20 untuk Miss Plus World Malaysia dan 20 lagi untuk Mrs. Plus World Malaysia.


Calon yang disenarai pendek akan bersaing untuk pelbagai gelaran  dan  acara kemuncak peringkat akhir akan berlangsung dalam bulan pertama tahun 2024 nanti.Ini merupakan acara ke empat  MPWM  di Malaysia.


Bersempena dengan acara ini juga telah diadakan Forum Pemerkasaan Wanita bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya pemerkasaan wanita dari seluruh aspek seperti kesihatan mental,perniagaan, kekeluargaan dan sebagainya. Forum Pemerkasaan Wanita ini juga ingin mendidik peserta tentang menghormati, kepelbagaian, bersifat inklusif dan memiliki semangat kerjasama bagi  memastikan dunia yang lebih baik dan aman sejahtera.



Menurut Megan Tan,penganjur bersama acara Miss & Mrs Plus World Malaysia ini beliau berharap para wanita bersaiz besar tidak berasa dipinggirkan dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri.


"Melalui penganjuran acara ini juga diharap dapat mengikis pandangan negatif terhadap wanita yang bersaiz besar" kata Megan Tan.

MPWM merupakan acara rasmi untuk salah satu acara ratu cantik antarabangsa terkenal, Miss Plus World .



Ia menawarkan peluang keemasan kepada wanita yang bersaiz besar untuk mempamerkan kecantikan  dalaman dan luaran mereka.


Acara ratu cantik ini bertujuan untuk memilih wanita yang berkualiti bukan sahaja sekadar dalam aspek kecantikan tetapi juga dari aspek kebijaksanaan,keyakinan diri,dan kemampuan untuk berkhidmat sebagai duta kepada negara Malaysia. 


Acara ratu cantik ini juga akan menjadi saluran untuk menyampaikan mesej positif dan kisah-kisah misi kemanusiaan ,kesihatan,pendidikan,keamanan dan penghormatan terhadap kepelbagaian.


Semua wanita pelbagai kaum- bujang atau telah berkahwin sangat dialu-alukan untuk menyertai acara ini  - dengan syarat  merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap di  Malaysia.



Calon-calon boleh menyertai acara ini dibawah dua kategori: Miss Malaysia Plus World untuk wanita berusia   18 hingga 34 tahun, atau Mrs. Malaysia Plus World untuk wanita berusia 18 hingga 45 tahun. 

Gelaran ratu cantik MPWM pernah dimenangi oleh Lam Man Tang dan Sherlyn Chan (2022–23), Elena Tong dan Anna Liza Del Castillo (2021–22), dan Melissa Mohan Tyndall dan Shakti Chhabra (2020–21).


Monkii Global Holdings dan I Creative Event Sdn. Bhd., diketuai oleh Nicklaus Chia, Junn Chow, dan Megan Tan, telah dilantik oleh  Miss Plus World Malaysia Organisation sebagai penganjur utama acara dan kumpulan pengurusan yang baru untuk acara  Miss Plus World Malaysia 2023-2024 ini.



Monkii Global Holdings dan I Creative Event Sdn. Bhd. berpengalaman luas dalam pengurusan acara ,penerbitan, perniagaan dan pemasaran.


Penganjur acara menawarkan beberapa pilihan pemasaran untuk syarikat dan jenama-jenama yang ingin menaja acara ini sebagai ruang pendedahan dan platform  publisiti.


Atelier Group sebagai penaja utama acara ini diwakili oleh  Dr. Sam Kuan,seorang pakar dalam rawatan kesihatan diri dan pakar stem cell .

Manakala Phytoscience merupakan jenama antarabangsa supliment kesihatan terkenal diwakili oleh Datuk Willy Toh ,CEO Phytoscience.




Maklumat penuh berkaitan pendaftaran, tentatif,pakej penajaan dan lain-lain  boleh didapati melalui l website: www.missplusworldmalaysia.com atau dengan menghubungi  Vinna (012 566 9603) atau Calven (012 917 8388).





#MissPlusWorldMalaysia

#MrsPlusWorldMalaysia

#Miss&MrsPlusWorldMalaysia

#Edisikeempat #MPWM

#ForumPemerkasaanWanita

1 ulasan:

Thak You For Your Comment