Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 22 September 2023

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna

 

L

Seri Wangi berkesempatan hadir menyaksikan tanyangan Perdana Filem Fanna yang penuh dengan adengan babak aksi dan romantik. Gandingan antara pelakon lama dan pelakon baru yang Seri Wangi baru kenali.




Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan.


Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.


Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL ( KKD ) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA ( FINAS ) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL ( DKD ) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.


PELAKON

Filem Fanna ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.











SINOPSIS


Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula

berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.






Pihak penerbit filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media

cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023.


Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/





#FANNA #FilmFanna #JaguarLimFilms

#MalamGala #Tayangan Perdana

#SyafieNaswip #FifyAzmi

#ColleenRosannaAugustin

#Rashid Salleh #AndyBlackTan

10 ulasan:

  1. Filem aksi macam ni kalau Fify Azmi berlakon memang best. Sejak menonton WIRA, tinggi harapan Ruby utk Fify pilih filem aksi. Sesuai dengan dia. Definitely rekemen filem FANNA.

    BalasPadam
  2. Rawlins kagum dengan lakonan lasak the ladies characters dalam Fanna nie. Sinematografik pun cantik gak

    BalasPadam
  3. I tengok fify ni macam not bad lakonan dia kan.. dia iras caca maembong sikit... nanti lah tengok bila ada masa cam menarik gak filem ni

    BalasPadam
  4. Macam best je cerita Fanna ni. Barisan pelakon pun tak kurang hebatnya. Yaya memang suka semua lakonan Syafie Naswip dari dulu

    BalasPadam
  5. Some of the actors in this movie are new to me. But this film sounds interesting. I shall check it out. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  6. sukala shafiq dalam cerita ni.. part dia berlawan tu mmg padu

    BalasPadam
  7. must go watch at the cinema this weekend. nice movie and support local

    BalasPadam
  8. Ada Nell nampak trailer ni masa g movie last weekend! Menarik juga kan boleh la masukkan dalam watching list nanti

    BalasPadam
  9. Ohh wow....so good the trailer of this movie, gonna watch in cinema this weekend la. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
  10. Wah meriah nyer malam gala tanyangan filem ni, nanti sis nak watch also

    BalasPadam

Thak You For Your Comment