ZIARAH MENZIARAHI DI HARI RAYA AIDILFITRI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Khamis, 21 Jun 2018

ZIARAH MENZIARAHI DI HARI RAYA AIDILFITRI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM



Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Setelah sebulan kita berpuasa, tibanya Syawal untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sememangnya tentulah masing-masing sibuk membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya yang setahun sekali. Paling seronok dan teruja adalah anak-anak kita yang tidak sabar-sabar nak balik kampung beraya jumpa datuk nenek, kemeriahan yang tidak dapat digambarkan apabila adik-beradik, sanak saudara berkumpul. Seri Wangi pun begitu setiap tahun pasti balik beraya di Melaka, kampung suami....Seri Wangi ni orang KL jadi takda masalah nak bergaduh ikut giliran haaaa...!!

 Walapun mertua Seri Wangi dah tak ada dan cuma ada kakak ipar, kami tetap jugak balik beraya di kampung sebab anak-anak Seri Wangi memang suka balik kampung beraya kerana suasana beraya di kampung terasa lebih meriah, lagipun keua ibubapa Seri Wangi juga sudah tiada. Tahun ni Seri Wangi lebih happy sikit sebab semua anak-anak Seri Wangi ada ikut balik balik kampung kecuali anak no 2 yang beraya di rumah mertuanya. Kami dah awal=awal plan mesti amik gambar keluarga tetapi.....baju raya jer tak sedondon....warna-warni baju raya kami sekeluarga.


Routine di pagi raya...macam biasalah sibukkan..?selepas habis sembahyang raya ramailah yang datang bertandang, lebih-lebih lagi rumah kami sebelah masjid jer...dh habis bersarapan anak-anak Seri Wangi dah berkumpul untuk bersalam-salaman mohon maaf, hiba rasa hati ini bila melihat 6 anak-anak Seri Wangi yang dah besar panjang dan dua darinya sudah pun berkahwin dan Seri Wangi dah ada 3 orang cucu. Menantu Seri Wangi yang tinggal di KL pun happy ikut kami balik beraya di kampung kecuali menantu kedua Seri Wangi yang keluarganya berada di Seremban.


Hmmm...tahun ni happy sangat dapat melaram dengan 2 pasang baju raya dari Butik Haqqi Shah Alam, Hub Kelengkapan Haji dan Umrah serta Fasyen Islamik yang menyediakan pelbagai koleksi terbaru dari jenama terkemuka dan Baju Melayu Suami Seri Wangi dari Jakel Shah Alam iaitu Baju Kurta Awal Ashari dan juga anak bujang Seri Wangi Baju Melayu Aaron Aziz dari Jakel Shah Alam.


Fesyen Muslimah dari Butik Haqqi Shah Alam

Baju Melayu (Kurta) dari Koleksi  Awal Ashari

Baju Melayu + Sampin dari Koleksi Aaron Aziz

 JOM KITA BERAYA

Raya tahun ni Seri Wang duduk beraya di kampung lama sikit....rekodlah sebab duk 4 hari ikut suami beraya ke rumah kawan-kawan dia dan juga ada majlis kahwin tapi anak-anak Seri Wangi macam biasa Hari Raya kedua dah cabut lari balik KL, orang bujanglah katakan mana boleh duk kampung lama-lama sebab takda geng.  Pada raya pertama dan kedua tu sakan beraya ke rumah adik beradik suami di Melaka...yelah kalau nak jumpa ramai-ramai dan berkumpul pun masa hari rayalah.



MAJLIS JALINAN MESRA
ANAK-ANAK POLIS SINGAPORE (A2PS)


3 Syawal -  Hari Raya Ketiga, kami ke Sungai Rambai, Melaka untuk hadir Majlis Hari Raya iaitu Jalinan Mesra Anak-Anak Polis Singapore (A2PS) yang diadakan rumah Puan Saadiah di Kuala Sungai Baru, Melaka. Seri Wangi sangat suka melihat landskap rumah Puan Saadiah yang cantik, nyaman dan banyak dihiasai dengan tanaman bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni, bentuk rumah Melaka yang sangat teguh dan menawan.  Kalau nak tau arwah bapa Mertua Seri Wangi adalah anggota Polis Singapore, jadi anak-anak bekas polis Singapore telah menubuhkan  kumpulan tersebut unuk memperingati jasa-jasa orang tua mereka. Ini adalah perjumpaan kali kedua sebelum itu diadakan perjumpaan kali pertama pada tahun lepas.

Jalinan Mesra A2PS

Seri Wang tak sangka pula di majlis tersebut dapat bertemu dengan bekas juruhebah RTM iaitu Puan Rukiah Ramlan, penyanyi legend Dato Yusni Hamid dan isteri kepada Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Abdullah Hussain,  Datin Siti  Saroja Basri. Last sekali ambil ganbar-gambar kenangan.


Dato Yusni Hamid

Datin Siti  Saroja Basri

Puan Rukiah Ramlan

Juadah Hari Raya

4 Syawal - Hari Raya keempat, hari Isnin Seri Wangi masih bercuti lagi dan masih nak raya haaa....kalau tak ada majlis kahwin dah lama Seri Wangi balik KL, ikut jerlah kr mana cik suami nak bawak beraya...memang raya sakan pun, tapi kat KL belum lagi raya...nanti balik KL barulah nak raya. Destinasi beraya seterusnya ke majlis kahwin anak Puan Karima, kawan sekolah cik suami di Sungai Rambai, Melaka. Seri Wangi suka tengok pelamin dia, tulah yang selfie terus heeee






Menu Yang Paling Viral Cucur Lembayung

Dah settle beraya di majlis kawin, teruskan perjalanan menziarahi rumah kawan-kawan sekolah cik suami, yang bestnya rumah masing-masing ada pokok durian yang dah berbuah cuma tunggu dia gugur jer nanti dalam bulan Ogos kata mereka.

Haaa..duk sibuk kira buah durian


Hmmm...dah puas round beraya sakan, Seri Wangi dan cik suami bergerak balik ke KL, letih yang amat, nasib baik esok tak kerja jadi bolehlah rehat dan kemas rumah. Hari Rabu bila gi kerja mesti suyi sepi sebab orang KL ramai lagi yang beraya di kampung halaman, memanglah seronok beraya di kampungkan? walaupun kita ni orang KL, tumpang gembira raya di kampung orang macam menantu Seri Wangi orang KL, happy ikut balik kampung sebab lebih meriah kerana family cik suami ramai.


*ps:  Tahun ni kita buat rumah tertutup





17 ulasan:

  1. Meriahnya raya. Cantik baju raya dari Haqqi ngan Jakel. Next year boleh repeat. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Mak Lin sekeluarga - www.ceritamak.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...tahun depan kita repeat lagi, Selamat Hari Raya utk Mak Lin jugak

      Padam
  2. Meriahnya best akak beraya ramai ahli keluarga hehehe... Selamat Hari Raya akak and keluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa..biasalah Maha..kat Melaka hubby ramai kaum kerabat, kita ikut jer...Maha bila nak buat open house?

      Padam
  3. Selamat Hari Raya Puan. Memang happening bila menziarahi ahli keluarga kan? Lebih-lebih yang sudah lama tidak berjumpa. Bertuahnya dapat bertemu dengan orang, orang famous dan beraya bersama-sama. Memang letih kan kena travel tapi berbaloi dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tekkaus...memang seronok dapat bertemu dgn sanak saudara dan kenalan yang baru kita kenali, jgn nak ceritalah betapa letih berayakan?

      Padam
  4. What a lovely family photo! More blessings for your whole family!

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. So lovely that you get to enjoy so many open houses and visiting family and friend. I enjoy this aspect of the festivities as well, until the questions start coming. LOL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, biasalah Hari Raya mesti round pergi open house selagi blm cukup beraya 1 bulan...haaaa!

      Padam
  6. Wahhh... meriahnya raya akak.... menantu bekas polis singapore, hebatnya.... Salam aidilfitri akak.... buah durian tu tunggu msak la nk msuk mulut.... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...first time attend open house singapore family, sebab arwah ayah mertua Polis Singapore. Betul tu nanti pegi setiap rumah kwn2 kat kpg kuip durian haaaa

      Padam
  7. Selamat hari raya kak..wah meriah ye..Kita nak cerita pasal raya tak sempat lagi..thun ni pun baju raya dari jakel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm..tahun ini meriah sikit kak beraya byk rumah nak round nanti, byk masa lagi blh cite...

      Padam
  8. Selamat Hari Raya dear!! Looks like your Raya looks really happening, suka your Day 1 outfit! So feminine and nice color.

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya Kak. Looks like you well spent you Raya with your family and it's really happening. Also I like this Raya outfit very much. Looking forward to read more of this article from you soon.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment