MAJLIS PELANCARAN APPLIKASI BIDAN2U - KHIDMAT URUT SATU MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 26 Mac 2018

MAJLIS PELANCARAN APPLIKASI BIDAN2U - KHIDMAT URUT SATU MALAYSIA




"Ibu Sihat, Kelurga Bahagia"

Majlis Pelancaran App BIDAN2U diadakan baru-baru ni pada 17 Mac 2018 di Balik Pulau, Pulau Pinang oleh YBhg Dato' Seri Dr. Helmi bin Hj Yahya - Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Satu usaha murni kepada semua pengamal-pengamal urut dan bidan selepas bersalin dan juga memudahkan para ibu-ibu yang mencari tukang urut di kawasan negeri masing-masing dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidan2u adalah satu aplikasi yang memudahkan dan mensistematikkan perkhidmatan perbidanan selaras dengan arus kemodenan yang mana perkhidmatan semuanya berada di hujung jari sahaja seperti uber,grab, panda food dan sebagainya serta memudahkan perkhidmatan ini kepada masyarakat di mana selain perkhidmatan urut selepas bersalin, ada juga urutan terapi kesihatan. Bidan2u menyediakan platform untuk pengamal urut agar mereka mendapat mendapatan sampingan.



Dengan pelancaran Aplikasi BIDAN2U berkonsepkan Uber dan Grab apps. akan memudahkan ibu-ibu yang memerlukan Tukang Urut di semua negeri, satu Malaysia. Jadi sekiranya ibu-ibu yang berada di mana-mana negeri bolehlah download Aplikasi BIDAN2U di Google Playstore dan Apps Store secara percuma. Bidan2u juga memberi peluang perniagaan kepada pengamal-pengamal urut yang mahu berkerjasama dan mendaftar di Bidan2U tanpa mengambil sebarang bayaran dari mereka yang telah mendaftar di App Bidan2u di mana setiap pembayaran pelanggan yang menempah akan diberi terus kepada tukang-tukang urut tersebut.

App Bidan2U

Bidan2U Seluruh Negeri

Nama Tukang Urut Kawasan Selangor

Pakej-Pakej Yang Disediakan
Aplikasi Bidan2U ini memberi perkhidmatan kepada golongan wanita seperti Urut, penjagaan selepas bersalin dan mobile Spa serta membuka pendaftaran secara percuma di Bidan2U bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan dan mendapatkan perkhidmatan dari pengamal urut di kawasan masing-masing dengan mudah dan taklah lagi pening-pening kepala hendak mencari tukang urut/urutan terapi kesihatan. Sila download aplikasi dan link ni: Bidan2U, jadi jangan tunggu lagi cepatlah download App Bidan2u agar memudahkan anda semua mencari Tukang Urut hanya di hujung jari, kepala pun tak pening lagi memikirkan di mana nak cari Tukang Urut selepas bersalin.




 



39 ulasan:

  1. waa menarik eh sekarang. siap ada apps untuk org datang mengurut. senang la nanti. semua pengurut berdaftar, so bagus lah. salam kenal http://cakapsinilah.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye memang bagus bagi ibu-ibu selepas bersalin cuma kena download app bidan2u barulah kita boleh cari mana-mana tukang urut di negeri masing2, mereka semua berdaftar di bawah kementerian kesihatan

      Padam
  2. Bagusnya ada app macam ni...

    Sesuai sangat untuk ibu yang sedang berpantang...

    BalasPadam
  3. Wah . Aplikasi baru dan memudahkan. Nanti bolehlah akak install dan cari bidanku di Sabah. Ada ke tidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...cubalah download cari jer...ada atau tidak dan kalau kita yg pandai urut pun boleh joint sekali

      Padam
  4. Senang dah ada apps camni kan..bidan yang disediakn pon berpengalaman..boleh lah download apps ni nnt mana tau ada rezeki no 4 pulak kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...tak payah panggil kak yg kat sg buloh ni, fiera cari jer area mana yg ada kat area syafiera

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian kak. Bagusnya ada aplikasi macam ni. Senang nak cari tukang urut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak pun dah joint di Bidan2U jadi member area selangor ini adalah di bawah kementerian kesihatan

      Padam
  6. tu dia , sekrang ni semua pun dah di hujung jari. mudah dah , nak cari apa ada. cool giler.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa..bukan jer nak bershopping, sekarang dah senang nak berurut tekan jer area mana nak kan?

      Padam
  7. Template baru ke Kak Limah? Senang la dah ada apps. Nampak macam Grab apps pula. Btw, ramai juga bidan yang ada, nampak nama Kak Limah tu ada. So, nanti saya cuba pakej yang ada ye. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...memang pun kak dah joint sbb tulah kak post kat sini utk senangkan semua pembaca

      Padam
  8. Sekarang ni dah macam- macam app ada la..ni bidan2u plak..SA nampak apps ni bagus sebab tukang urut tu adalah yang berdaftar dan diiktiraf. At least kita rasa selamat la kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye...app Bidan2U bukan saja khidmat tukang urut, lain2 perkhidmatan pun ada

      Padam
  9. Kenapa awie jadi artis jemputan untuk bidan2u ni heheheh ramai lagi artis wanita yang baru lepas beranak yang sesuai jadi duta kot wakakaka apa pun sekarang dah makin mudah semua online jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...yg tu kak kurang tau...tp maha jgn lupa download utk wife tau!!

      Padam
  10. Wahhh bidan pun dah ada apps sekarang! Memanglah mudah ya zaman sekarang. Semuanya betul-betul di hujung jari. Yang penting tukang urutnya pun bertauliah. 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...zaman dah byk berubah skrg dah tak sibuk2 nak tanya orang sana sini nak ari tukang urut, tekan jer kat Bidan2U cari area mana tinggal..calling2 jer

      Padam
  11. Bagus ada app ni. Dulu ruby masa pantang punya la susah nak cari tukang urut perempuan, pastu rate harga asyik berubah2. App ni sangat membantu untuk ibu muda sekarang. Highly recommend.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul Ruby, susahkan nak cari bila ada App Bidan2U senanglah sikit

      Padam
  12. Haritu urut, sekarnag bidan. Bagus usaha kerajaan nak tolong orang-orang dalam kawasan tertentu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye...kementerian kesihatan nak bagi galakan kepada usahawan2 yg berkaitan bidang ni utk tambah pendapatan, bukan saja khidmat urut, perkhidmatan lain pun kalau nak tau bolehlah download app ni

      Padam
  13. Bagusnya apps ni berguna untuk wanita
    Airah pun macam terfikir nanti lepas bersalin mana nak cari orang urut semua lepasni tak payah risau dah la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkan? Kak pun suka dan dah daftar utk khidmat urut area selangor

      Padam
  14. Bestnya. Sekarang mmg mudahkan macam2 platform yang memudahkan pengguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...idea yang baguskan?utk ibu-ibu yg susah nak cari tukang urut padahal ada jer...cuma kita tak tau nak cari kat mana

      Padam
  15. wah baguslah dah ada macam ni, macam mahai juga servis 3hari rm450 tu, heee memang beranak ni kena fikir panjang kena banyak duit, sebab kalau tak de duit tak boleh nak berurut kan pening bila jadi macam tu, tapi mudahlah people nowadays nak cari bidan hanya di hujung jari sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...yg tu dah termasuk transport, kena kira area mana kita tinggal dan service yg kita buat, lagipun banyak pilihan tekan jer sapa yang syafiera nak and tanya service dia

      Padam
  16. Wah bagusnya ada aplikasi nih. Kalau nak memgurut senabg dah..guna aplikasi ni saja kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sekarang dah semakin mudah dan senang bila guna app ni

      Padam
  17. Wah, menarik aje apps nie kak.. Kalau saya masuk list boleh jugak ke? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ajer kalau nak daftar free jer...ikut step yang diberikan

      Padam
  18. Now this is a good way to find a bidan, and I love how it comes in a app form now too-makes everything so much more seamless and easier as well.

    BalasPadam
  19. Wow! Terbaiklah. Apa yang onie nampak sekarang ni. Penggunaan aplikasi ini sebenarnya memudahkan kepada pengguna sebenarnya. InshaAllah, satu perkongsian yang terbaik kak halimah. Mudah la nak cari tukang urut nanti,hehe..apapun, onie minta maaf sangat sebab lambat beri kunjungan balas di entri akak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Onie nak tau kak pun dah daftar sebagai tukang urut area selangor, ada perkhidmatan lain selain cari mak bidan

      Padam
  20. wah menariknya! siap ada apps lagi. Area penang ada tak? boleh Ika nak try. banyak angin dalam badan ni

    BalasPadam

Thak You For Your Comment