PAMERAN NEW COMERS 2 - MEMPERKENALKAN 6 PELUKIS MUDA YANG BERBAKAT - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Ahad, 31 Disember 2017

PAMERAN NEW COMERS 2 - MEMPERKENALKAN 6 PELUKIS MUDA YANG BERBAKAT



Kali ini Seri Wangi nak menulis cerita lain pula, kalau tidak selalu Seri Wangi menulis pasal kecantikan, review makan-makan, wayang, travel...tapi entri kali ni nak cerita pasal Art....! Lagipun Seri Wangi memang suka dan minat dalam bidang ni...melukis dari sejak bangku sekolah lagi...kalau boring-boring tangan ni akan ambil pensil dan melukis...jadi bila Seri Wangi dijemput untuk ke Pameran Lukisan memanglah Seri Wangi suka..tapi kalau nak jadi pelukis terkenal tu takdalah nampaknya...

4 dari 6 Pelukis Muda Yang Hadir

Pelancaran Pameran New Comer 2 yang diadakan di Creative Space 2, Artiseri Seri Pacifik Hotel Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara dari 19 Dis 2017 hingga 4 Jan 2018. Pameran ini adalah kesinambungan Pameran New Comers yang sebelum ini diadakan di Creative Space 1, Balai Seni Negara. Majlis perasmian Pameran tersebut disempurnakan oleh YBrs. Encik Phillip Wong Hon Keong - Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. 





Best dapat tengok karya pelukis-pelukis muda yang berbakat, Seri Wangi rasa macam nak letak ajer lukisan Seri Wangi kat situ.  Pameran New Comers 2 mempamerkan 20 buah karya dari 6 orang pelukis muda dengan semangat dan jiwa seni yang sangat menarik dan kreatif. Mereka adalah Azizi Saad, Azizul Nasir, Haziq Syawal, Mohamad Faiz, Mohamad Farhan dan Fatah Ali (hmmm..bukan Fatah Amin tauu!!) yang digabungkan bersama untuk kali pertama kalinya dalam Pameran New Comers di Artiseri, Creative Space kolaborasi Balai Seni Negara dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya berada di tahap ini untuk terus maju ke hadapan.





Pameran ini memperlihatkan kepelbagaian idea dan genre yang ingin dikongsi dan disampaikan oleh pelukis muda yang berbakat. di mana seni visual ini dapat menarik minat umum mendekati seni, secara tidak langsung dapat meluaskan potensi seni mereka agar lebih dikenali dan dapat dimanfaatkan dalam industri seni. Balai Seni Negara berusaha membantu artis-artis muda dentgan menyediakan platform di Creative Space 2, Artiseri Galeri dengan menonjolkan bakat-bakat baru untuk terus bersaing dalam industri seni, semoga ini dapat membuka peluang kepada artis muda terus berkarya ke arah yang lebih profesional.





  
Untuk maklumat lanjut




42 ulasan:

  1. Cantiknya lukisan.Kadang2 ada je lukisan yang hanya pencinta seni je yang faham macam lukisan abstrak. Pelukis mengekspresikan diri melalui lukisan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pameran ini dapat menggalakkan anak-anak muda terus berkarya dan ada pihak yang dapat menolong mereka utk kembangkan bakat dan seni mereka.

      Padam
  2. Cantik cantik art dieorang ni. Bagus lah bila diaorang buat exhibition macam ni. Bukan je takat boleh expose bakat anak-anak muda tapi boleh attract anak muda yang lain untuk express diri sendiri juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sebenarnya pihak balai seni semakin menghargai karya seni anak-anak muda, klu berminat blhlah berkunjung ke balai seni melihat kerya mereka.

      Padam
  3. seronok tgk hasil seni org berbakat..semua cantik2..semoga mereka semua terus maju dalam bidang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..kak pun harap mereka terus berjaya sbb dalam bidang seni lukis susah sikit nak tgk hasil karya mereka disiarkan kepada umum.

      Padam
  4. wow cantiknya lukisan lukisan mereka, memang bagus ada platform serlahkan bakat macam ni !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik-cantik kalau pg ke balai seni lg byk lukisan yg cantik-cantik dpt kita tgk...peminat seni tentu sukakan?

      Padam
  5. wah... memang nampak berseni lukisan-lukisan mereka. muda-muda pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang budak-budak muda pandai dalam bidang deni cuma dgn cara ini dpt kembangkan lg bakat dia org.

      Padam
  6. Bagus anak-anak muda sebegini ada platform untuk mereka menampilkan bakat memasing. Rawlins rasa perlu ada peluang sebegini di setiap negeri dan daerah untuk menggalakkan anak-anak muda berkongsi bakat mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...dgn cara ini anak-anak muda rasa dihargai dengan bakat seni mereka.

      Padam
  7. the artist are so talented utk lukisan !

    BalasPadam
  8. Cantik lukisan. Anak Hanny pun suka melukis..tak hantar gi mana2 tapi tangan tu asyik nak melukis je, cuma dia suka lukis muka org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak anak Hanny pandai melukis, ari tu nampak lukisan dia..blh geng dgn kak suka lukis muka org..

      Padam
  9. Suka tengok lukisan abstract macam nI. Tinggi nilai seni dan mendalam maksudnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lukisan abstract mmg byk maknanya cuma org seni jer yg tau..

      Padam
  10. their painting looks artistic! and that guy's hair really.. gaya!

    Which Income Group Do You Belong To?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....you mean YBrs. Encik Phillip Wong Hon Keong - Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

      Padam
  11. SA sangat meminati seni lukis..cantiknya lukisan- lukisan tu semua rasa kagum plak dengan bakat- bakat anugerah tuhan kepada insan- insan terpilih ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak pun suka tgk lukisan dia orang klu pg balai seni negara lg kagum sbb byk lukisan yg cantik-cantik

      Padam
  12. Good that they gave the opportunity to the new-comers. Their arts look great.

    BalasPadam
  13. Such a great exhibition... lukisan semua classy dan cantik belaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak lg lukisan dia org semua cantik-cantik

      Padam
  14. Such talent.. always envious of theae super talented people who can create such masterpieces

    BalasPadam
  15. Memang minat tengok art" orang seni ni. Terasa curious nak tahu apa sebenarnya cerita di sebalik lukisan atau karya tersebut

    BalasPadam
  16. Bangga bila dpt tengok anak muda ada bakat seni lukis.. at least dpt menggalakkan belia aktif kpd perkara yg berfaedah. Kita patut beri sokongan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus dgn cara ini dapat mengasah bakat2 anak muda

      Padam
  17. Lukisan yang memiliki maksud disebaliknya. Bagus anak muda. Semoga anak muda lain dapat melakukan sesuatu yg bermanfaat dengan tidak mensia-siakan masa mereka.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banggakan kerana bakat seni mereka diiktirafkan

      Padam
  18. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    BalasPadam
  19. bestnya dorang berpeluang buat pameran dalam usia muda mcm nie. kena kerja keras lagi bila nampak mcm nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..rezeki dia org bakat seni dihargai

      Padam
  20. Kita pun suka tengok lukisan-lukisan yang dipamerkan tu. Kagum sangat dengan setiap karya yang dihasilkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pg tgk kat galeri Balai senia dan pameran dari dekat lg cantik

      Padam
  21. LeYa pun memang minat dengan seni.. Tak kira lah seni lukis, seni digital, seni sulaman, seni nyanyian... Memang best.. Sebab boleh membuatkan kita fikir di luar kotak

    BalasPadam
  22. Wahhh.. Bestnyaaa.. Nurul paling minat lukisan2 ni.. Kalau tengok orang melukis tu sampai boleh leka.. Tak ingat apa daa.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak mmg blh melukis, bla time melukis hilang semua stress...

      Padam

Thak You For Your Comment