DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR MENAWARKAN DESTINASI PERCUTIAN MENARIK SEKITAR KUALA SELANGOR - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

A DS NUFFNANG

Selasa, 31 Oktober 2017

DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR MENAWARKAN DESTINASI PERCUTIAN MENARIK SEKITAR KUALA SELANGOR

.



KUALA SELANGOR sudah senonim dengan namanya, sebut saja Kuala Selangor sudah tentu orang akan terbayangkan sebuah pekan kecil yang tidak begitu diketahui bahawa Kuala Selangor mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Biasanya pasti orang akan terbayangkan Bukit Malawati yang banyak monyet/lotong. Seri Wangi sendiri rasakan bahawa Kuala Selangor sebuah pekan yang biasa-biasa saja dan hanya tahu tempat menariknya yang pelancong selalu pergi adalah di Bukit Malawati.

Tahukah anda bahawa Kuala Selangor mempunyai tempat-tempat menarik yang Seri Wangi sendiri tidak berapa tahu hinggalah Seri Wangi menjenjak kaki menginap di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sememangnya De Palma Eco Resort Kuala Selangor berkonsepkan Alam Semulajadi yang dapat  memberi ketenangan jiwa dan minda, jauh dari kesibukan kota dan membuatkan kita akan melupakan masalah-masalah yang dihadapi seketika. Kalau tidak percaya datanglah sendiri melihat keindahan alam di Kuala Selangor.

 De Palma Eco Resort Kuala Selangor 

De Palma Eco Resort Kuala Selangor mempunyai 48 chalets dan 12 Villa yang dapat menarik hati anda untuk menginapnya kerana anda akan terasa seperti berada dalam suasana kampung yang sangat indah dan cantik pemandangannya. Terdapat beberapa Chalet dan Villa yang menjadi pilihan pengunjung dengan harga berpatutan seperti:


a.   Superior Room (Queen/Twin)
      -  Villa Superior (Queen/Twin)
      -  Junior Suite

b.  Deluxe(Queen/Twin)
     -  Anjung Suite
     -  Dara Suite

c.  Villa Superior (Queen/Twin)
     -  Melawati Room (2 Queen)
     - Desa Room (2 Queen)

Kemudahan dan Service De Palma Eco 
Resort Kuala Selangor 

-  Surau berjemaah dengan imam
-  Kolam Renang
-  Peti Simpanan Keselamatan
-  Kemudahan Dobi
-  Internet (WiFi)
-  Shuttle Service
-  City Tour(atas permintaan)
-  Penerimaan Penggunaan Kad Kredit

Aktiviti-Aktiviti Riadah 

-  Horse Riding                        -  Zumba
-  Berbasikal(Cycling)             -  Team Building
-  Badminton                            -  Jungle Tracking
-  Volley Ball                            -  Tele-match


Aktiviti-Aktiviti Riadah

Restoran De Palma Eco Resorts Kuala Selangor

Rumbia Restoran - De Palma Eco Resort Kuala Selangor  boleh menerima seramai 150 orang pada satu-satu masa dan dibuka setiap hari dari pukul 7am hingga 10pm yang menyajikan masakan Barat dan Tempatan. Hidangan yang enak pastinya membuatkan anda tidak sabar-sabar hendak menikmatinya, apatah dengan suasana yang indah dan cantik hiasan dalamannya.



Destinasi Menarik di Kuala Selangor

Wahhhh...bestkan banyak  kemudahan yang ada di De Palma Eco Resort Kuala Selangor tentu seronok dapat mengikuti segala aktiviti-aktiviti tersebut yang mereka anjurkan.  Seri Wangi juga ikut serta mengikuti bermacam-macam aktiviti-aktiviti dan lawatan  yang menarik sekitar Kuala Selangor yang dijalankan oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor.

Keindahan Bukit Malawati 

Berkunjung ke Bukit Malawati melihat kerenah Lotong 
Untuk menikmati keindahan Bukit Malawati, ada disediakan tren untuk  ke Bukit Malawati dari De Palma Eco Resorts Kuala Selangor. Seri Wangi dapat berjalan-jalan dan berkenalan dengan adik-adik manja si Lotong  di Bukit Malawati, terasa terhibur melayan kerenah mereka walaupun berasa takut bila mendekati mereka walaupun kelihatan jinak apa lagi kalau diberi pisang ataupun kacang, kalau diberi air kotak lagi seronok dan berebut-rebut lagi. Banyaklah juga gambar-gambar yang sempat Seri Wangi abadikan.

Perbezaan Lotong dan Kera - Kalau nak tahu ada perbezaan fakta antara Lotong dan Kera iaitu Lotong Kelabu yang ada di Bukit Melawati tersebut adalah satu haiwan yang terdapat di Malaysia dan Sumatera, Indonesia dan Borneo. Lotong mempunyai kumpulan tertentu yang mempunyai ketuanya sendiri dipanggil "King". Kera pula (Long-tailed Maxaque) salah satu haiwan yang terdapat di seluruh  Malaysia termasuk di hutan bakau. Kera berwarna perang dan pandai berenang, hidup berkelompok dalam lingkungan 40 ekor sekumpulan. 

Selain itu kita dapat melihat Makam Anak Dara, Perigi Beracun, Meriam Penggawa, Muzium Diraja, Batu Hampar, Tangga Seratus dan banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang menarik di Bukit Malawati.

Kelip-Kelip (Fireflies) Kg Kuantan

Kelip-Kelip (Fireflies) Kg Kuantan -  Pertama kali Seri Wangi menjejak kaki ke Kg Kuantan untuk melihat Kelip-Kelip dengan mata sendiri, sudah lama Seri Wangi berangan-angan hendak melihat sendiri kelip-kelip di waktu malam di Kg Kuantan, akhirnya termakbul jugak, happy jangan nak ceritalah....!Harga untuk melihat kelip-kelip dengan menyewa sebuah bot ialah RM35 untuk 4 orang satu bot dari pukul 8pm - 10pm. Keselamatan paling utama dan dimestikan memakai Jaket Keselamatan dan juga tidak dibenarkan menggunakan lampu/flash semasa mengambil gambar. Nampaknya Seri Wangi bernasib baik sebab dapat melihat banyak kelip-kelip yang hinggap dipokok-pokok bakau. Kalau nak tau kelip-kelip yang kita lihat di kampung-kampung adalah sejenis kunang-kunang dan bentuknya besar sedikit dari kelip-kelip di hutan bakau dan kelajuan dan keterangan cahayanya lebih dari kunang-kunang yang terdapat di kampung-kampung.


Kunang-Kunang Mempunyai Saiz Besar
Kelip-Kelip lebih kecil dan cahayanya lebih terang

Jungle Theme Night Buffet Dinner - Seri Wangi dah puas hati dapat melihat Kelip-Kelip, habis lihat kelip-kelip balik ke hotel untuk dinner pulak....perut pun dah berbunyi you...! Dinner malam tu bertemakan Jungle Buffet Dinner oleh De Palma Eco Resorts Kuala Selangor di Hall 3&4 siap dengan Karoake sekali. Malam tu happy sakan dapat makan sedap-sedap dengan hiburan karoake dari kalangan blogger-blogger yang sporting habis.




Sky Mirror -  haa...yang ni paling ditunggu-tunggu kami semua, masing-masing bersemangat ingin menyaksikan keindahan dan keajaiban ciptaan Allah swt. Seri Wangi apa lagi tak sabar nak tunggu untuk melihat misteri daratan di tengah-tengah laut. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Sky Mirror juga dikenali dengan nama Salar de Uyuni of Malaysia (Mirror-reflection of the sky-Sand Bank) iaitu imej yang kita dari pantulan seakan cermin. yang sama seperti di Bolivia di mana berlaku setiap awal 3 hari dan 5 hari di hujung kalender Lunar Cina. Untuk menuju ke Sky Mirror kita kena menaiki bot, punyalah ramai orang beratur hendak membeli tiket. Untuk makluman semua untuk ke tempat tersebut mengambil masa dalam 45min dan satu hari sekali perjalanan iaitu di sebelah pagi sahaja, tambang pula rm80pax.



Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park) - Seri Wangi sebenarnya tidak tahupun di sekitar Kuala Selangor ni ada Taman Alam Kuala Selangor, keindahan hutan simpan dan kayu bakau alam semulajadi. Terpegun seketika apabila menjejak kaki meredah hutan simpan ini. Aktiviti kami petang itu iaitu Jungle Tracking, paling menarik dapat melihat kehijauan pokok-pokok Bakau yang tinggi-tinggi belaka. Selain itu juga iaitu menjadi aktiviti perkhemahan ketika cuti sekolah. Seri Wangi terasa penat tetapi puas hati dapat berjalan sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sepanjang perjalanan kami di situ.

Taman Alam Kuala Selangor
Percutian Seri Wangir di De Palma Eco Resort banyak meninggalkan kenangan, apalagi dapat mengeratkan sailatulrahim dengan kawan-kawan yang sama-sama satu kepala dengan Seri Wangi, paling yang Seri Wangi tidak dapat lupakan ialah aktiviti Night Walk di mana kita kena berjalan di dalam hutan di waktu malam dengan mata tertutup tanpa lampu suluh meredah kegelapan malam dan berpandukan suara dari kawan-kawan dan ketua guide kami. First time dapat menunggang kuda walaupun kuda padi. Memang best giler...jadi apa lagi jomlah bawa keluarga bercuti di Kuala Selangor dan bermalam di De Palma Eco Resorts Kuala Selangor yang menawarkan harga menarik dan berpatutan.



Untuk maklumat Lanjut 
De Palma Eco Resort Kuala Selangor




For Reservation:  03-32897070


24 ulasan:

  1. Bestnya dapat melawat semua tempat nie. Rawlins teringin sangat nak pergi Sky Mirror dan buat photoshoot. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. jomlah...pg best tau...kat sana nanti ada jurugambar tp kenalah byr

      Padam
  2. Ada plan juga nak ke sini, nak bawa anak-anak ronda. Banyak tempat boleh terokai kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...byk tempat blh kita pergi, pihak hotel blh uruskan pengangkutan

      Padam
  3. macam relax je dekat sana~~~ i think i pernah pi during university time but not sure tu de palma or not. but ada pi tengok firefly jugak!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg tempat dia dah cantik, ada byk aktiviti pihak de palma buat...you pasti suka

      Padam
  4. Pernah sekali jejak kai di De Palma Resort ni . Memang tempat ni best . Tenangkan jiwa . First pergi rasa macam tak nak balik aje . Tapi apakan daya ini resort bukan rumah nk tinggal lama-lama kena siap duit lebih . Btw De Palma Resort ni memang tak membosankan sebabcm2 aktiviti yang ada kt sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa..memang bestkan...nti kak pun nak pergi lagi tp dgn hubby

      Padam
  5. I never go to this Resort before. It looks interesting and I'm sure my children will love this place too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. This De Palma Resort very beautiful, like stay at Kampung..and got so many activities here

      Padam
  6. Jane l rasa anak you mesti suka, firstly pg kat Taman Alam...best

    BalasPadam
  7. Menarik tempat ni. Tenang dan cantik !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik, bolehlah pergi dgn family

      Padam
  8. Memang teringin nak ke sana, hari tu dah nak pergi tapi sakit pulak. Harap2 lps ni ada peluang kesana bersama keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa...kalau hanny adakan best...seronok tau...penuh aktiviti kita org

      Padam
  9. What a wonderful trip, I've not been to Kuala Selangor yet, shall organize a cuti cuti Malaysia trip with my family.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jia shin lee you better come Kuala Selangor for shcool holiday, very beautiful place

      Padam
  10. De Palma ni cantik rupanya kat dalam tu hari tu ada peluang lalu kat luar jer.. Saya selalu juga pergi Kuala Selangor ni sebab kampung belah ayah kat sini tempat menarik ni ada yang dah pernah pergi ada yang tak tahu hehehehe thanks share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....biasalah org yg tinggal dekat pun tak pergi...heee

      Padam
  11. Seronoknya dapat tengok kelip-kelip. Mesti cantik kan. First time tahu pasal sky mirror tu. Cantiknya gambar kat situ. Nak pergi satu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok dpt tgk sendiri kelip-kelip, tp sayang xblh amik gbr, lg pulak xblh pasang flash..nasih kami baik sbb tak hujan. Seri Wangi pun first time tau pasal Sky Mirror ni..memang misteri ada daratan di tengah-tengah lautan.

      Padam
  12. menarik tempat ni, tapi tak sampai2x lagi..harap nanti boleh pegi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Andy better you datang sini, sis dulu pun fikir cuma pergi kat Bukit Malawati jer...sekarang baru tau byk tempat menarik di Kuala Selangor

      Padam
  13. Kalau la ada masa n bajet teringin juga nak jejalan kat Kuala Selangor.. Terutama kat sky mirror tuu.. Macam best je hihi

    BalasPadam

Thak You For Your Comment