BBQ LAMB KEMENSAH KL TEMPAT SEKELUARGA BERISTIREHAT - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 1 September 2017

BBQ LAMB KEMENSAH KL TEMPAT SEKELUARGA BERISTIREHAT






Pertama kali mendengar BBQ Lamb KL Kemensah, Seri Wangi sebelum ini tidak pernah mendengarnya, itu kawan Seri Wangi beritahu di Kemensah terdapat banyak Chalet-Chalet dan tempat orang-orang bandar bercuti bersama family kerana kawasan Kemensah yang dikira tidak jauh dari bandar. Kalau nak merasai suasana kampung, melihat kehijauan hutan simpan yang indah, bermandi-mandi di sungai yang mengalir...di sinilah tempatnya untuk merehatkan minda, merasai ketenangan dari hiruk-pikuk kebisingan kota.

Kalau semua readers nak tahu di sinilah terletaknya BBQ Lamb KL Kemensah...tempat kita boleh bersantai di tepi kolam mandi yang airnya adalah dari air bukit, di malam harinya kita bersantap dengan hidangan BBQ yang enak-enak belaka. Untuk maklumat semua tidak susah hendak ke tempat ini, cuma cari Zoo Negara sebab BBQ Lamb ini cuma masuk ke lorong sebelah Zoo Negara di mana kita akan nampak banyak rumah-rumah kampung dan terus naik sedikit ke kaki bukit hingga bertemu Banner BBQ Lamb KL Kemensah yang terbentang luas.







Setibanya Seri Wangi bersama kawan, kami disambut oleh owner BBQ Lamb iaitu En Zainuddin Yatim yang yang ramah orangnya. Beliau sudi membawa kami melihat-lihat di sekeliling kawasan Kolam mandi, Dapur, Tempat-tempat Rehat dan Ruang Makan dan ternyata tempatnya sangat cantik dan sejuk mata memandang. Melihatkan suasana yang nyaman dan menenangkan jiwa, tidak hairanlah ramai pengunjung-pengunjung dari Luar Negara yang ramai bertandang ke Restorannya.


Seri Wangi terpegun melihat Dapur khas tempat memasak pelbagai BBQ yang dibina daripada batu bata, di mana di dapur ini untuk memasak menu-menu BBQ dari daging ayam, itik, lembu,kambing dan kadang-kala kalau bernasib baik dapat merasa daging rusa. cara memasak BBQ di dapur ini ialah cara panggang guna asap. Dan pastinya kita akan merasa kelainan menu-menu yang di masak di BBQ Lamb KL.


Kalau terasa hendak mandi di kolam renang yang disediakan, bolehlah bawa anak-anak ke sini sebelum menikmati BBQ Lamb yang bermula dari pukul 6.30pm. En Zainuddin Yatim sarankan kalau hendak mandi-manda di kolam renangnya datang seawal pukul 4.00pm, siap ada pelampung untuk kanak-kanak, pastinya anak-anak akan teruja dapat mandi di kolam renang ini dengan suasana yang nyaman dan indah...yang kelakarnya kalau anak-anak dah masuk mandi pasti tak mau naik... tak makan pun takpa, 


Minuman Panas

Minuman Sejuk

Dah puas mandi, jom kita minum-minum dulu sebelum menunggu makanan tiba. E. Zainuddin Yatim yang sudi melayan kami dengan ramah menghidangkan air minuman panas dan sejuk, yang paling Seri Wangi suka minuman chocolate shake dan kopi special - Kopi Abah Kaw...memang sedap.


Hhmm..sedapnya


BARBEQUE LAMB MENU




Hmmm.....tengok menu di atas pasti semuanya dah terasa lapar pulak...tak sabar hendak menunggu hidangan utama sampai masakan Berbeque yang kini hangat diperkatakan di media social.





Haaa....licin kami makan

Macam-macam ada di BBQ Lamb KL untuk sekeluarga menjamu selera harganya berpatutan, yang paling best dan viral sekali ialah Smokey Duck..sedap betul, isinya halus tidak sama seperti daging itik yang Seri Wangi makan, Smokey Chicken Breast pun sedap tak puas makan, Creamy Lamb Soup + Bread,  BBQ Lamb Cut, Family Set + nasi sesuai untuk makan 4 orang.  Wah...dah kenyang betul kami malam itu. Terima kasih yang tak terhingga pada En Zainuddin dan isterinya Puan Mi Mie Iberahim yang sudi berbual dan melayan kami semua. Sempena Hari Jadi Puan Mi Mie, Seri Wangi telah menghadiahkan sebuah lukisan yang tidak seberapa kepadanya semasa Seri Wangi melukis di tepi kolam renang di situ.





Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di:
BBQ Lamb KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Opening Hours: 6.00pm – 12.00am
                       Facebook:  BBQ Lamb KL Kemensah

3 ulasan:

  1. great place to dine, wanna go there too. Love the place just see the pics and food.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sherry you can come here just call mr zainuddin, he always invite blogger to come his place

      Padam
  2. Bestnya..steamboat kira per head berapa kak Limah?

    BalasPadam

Thak You For Your Comment