Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan Tahun Ini - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 14 Januari 2024

Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan Tahun Ini

 




Tingkatkan penghayatan Kitab Al Quran dengan kaedah mudah dan terbukti

Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Think Quran melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci tersebut. Menggunakan kaedah pengulangan dengan modul yang berkesan, Think Quran menyasarkan pengguna aplikasinya

dapat mengimarahkan bulan puasa tahun ini dengan lebih berkesan.


Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa membolehkan pembelajaran dan penghayatan Al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisir uang masa ketika bulan Ramadhan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampumengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.




“Bulan Ramadhan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal Al-Quran. Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran






Kempen tersebut dilancarkan oleh Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran bersama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Kumpulan Karangkraf. Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.





Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma Al-Quran Amazing dengan setiap langganan seumur hidup Think Quran pada harga RM 399. Ayuh bersama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dengan penghayatan penuh

Al-Quran.









Untuk keterangan lanjut layari


Website: https://thinkquran.com/my-en?r=denaihati

Youtube: https://www.youtube.com/@thinkquranofficial

Instagram: https://www.instagram.com/thinkq_official

TikTok: https://www.tiktok.com/@thinkquranofficial

Facebook: https://www.facebook.com/ThinkQuranOfficial/



#thinkquran #AplikasiThinkQuran

#FahamKhatamAlQuran

#platformSinarHarian

# KaryaBestari #Karangkraf

#WUIF #QuranTime

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment