A.C.A.B Bangun Showcase 2023 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 28 November 2023

A.C.A.B Bangun Showcase 2023


Sempena menuju ulang tahun ke-30 mereka pada tahun 2024, A.C.A.B selaku perintis Eastern Oi! mempersembahkanBangun Showcase 2023 untuk meraikan satu-satunya album penuh Bahasa Melayu mereka.


Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions dengan kerjasama Timeless Studio ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. 


A.C.A.B akan memainkan set penuh daripada album Bangun yang majoritinya tidak pernah dipersembahkan secara langsung. Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal bermelodik yang digaul pekat dengan stail agresif Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk 

scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung 

belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live! ”


Sementara itu, Pengasas dan Pemilik Timeless Studio, Datuk Sulaiman Dahlan berkata, A.C.A.B adalah band pertama di Malaysia yang akan menggunakan sistem bunyi terbaru dari Jerman, Linear 5 MK308 LTA pada showcase itu nanti.




Katanya, Timeless Studio juga antara syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai sistem bunyi terbaru itu yang baru dilancarkan bulan lalu di seluruh dunia. 


“Sistem bunyi ini cukup sempurna untuk persembahan ‘live’. Ia menjanjikan kepuasan buat penonton kerana dapat mendengar semua ‘sound’ yang keluar dari A.C.A.B nanti,” katanya.   Sulaiman berkata, beliau turut berbesar hati dan berbangga dapat bekerjasama dengan A.C.A.B yang juga perintis muzik eastern oi! di Malaysia.


“Mereka band skinhead, oi! terawal di Malaysia yang ditubuhkan pada 1994. A.C.A.B mencipta jenama, gaya dan genre tersendiri iaitu eastern oi! Dalam kalangan penggemar muzik oi! di sini, A.C.A.B adalah fenomena dengan memiliki peminat yang ramai sekali gus menjadikan setiap persembahan mereka tidak pernah tidak menarik,” katanya.



Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99. 


Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ .

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp. 


Tentang A.C.A.B 


Sejarah unit Oi!/Street Rock Kuala Lumpur bertaraf legenda ini bermula pada 1994 oleh Max Mohammad dan Edy J. Herwan. Bermula daripada demo ‘95 yang keluar melalui Bovver Brigade Records pada 1995, A.C.A.B tidak menoleh ke belakang lagi dengan keluaran-keluaran seperti Eastern Oi! dan Skinhead 4 Life yang mengubah landskap muzik Oi!/Punk tempatan selain mempengaruhi selera muzik ribuan anak-anak muda. 


Muzik A.C.A.B bermula dengan Oi!/Street Rock/Ska kemudian menyelitkan pengaruh Heavy Metal menjelang era Orang Timur dan Bangun serta menerima pengaruh Indie Rock pada album terakhir mereka (dikenali sebagai The A.C.A.B). 

A.C.A.B adalah Vokal/Gitar: Max Mohammad | Gitar: Edy J. Herwan | Dram: Zeezul Fitri | Bass: Anas Md Noor



Untuk keterangan lanjut

Instagram: https://www.instagram.com/acabmalaysia/ 

Tik Tok:

https://www.tiktok.com/@acabproductions


Facebook:

Max Hafiz


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment