Wanita Malaysia Di pentas Masakan Antarabangsa:Puan Sri Nisa Bakri sertai Malaysia Culinary World Cup 2023 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 24 Februari 2023

Wanita Malaysia Di pentas Masakan Antarabangsa:Puan Sri Nisa Bakri sertai Malaysia Culinary World Cup 2023

 


Ramai wanita Malaysia berjaya di pentas antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti Sains (Tan Sri Mazlan Osman) Filem (Tan Sri Michele Yeoh, Kewangan (Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ,Sukan (Dato Nicole David ) dan ramai lagi.

Dalam dunia masakan pula Puan Sri Nisa Bakri mula mengukir nama apabila menyertai acara Malaysia Culinary World Cup 2023 yang berlangsung selama 3 hari di World Trade Centre Kuala Lumpur, sebagai salah seorang hakim bagi mengadili acara berprestij ini.

Acara ini menyaksikan seramai 500 chef dari 20 buah negara akan bersaing dalam acara masakan yang bakal memasuki Guinness World Records ini .



Puan Sri Nisa Bakri melalui jenama “nisabakri Gourmet” juga membuka booth jualan bernombor 4126 sepanjang acara ini dengan menampilkan pelbagai produk keluaran “nisabakri Gourmet” termasuk yang terbaru produk tenaga  “Belisimo” .

Bagi Puan Seri Nisa Bakri beliau berasa amat bersyukur kerana terpilih mewakili wanita Malaysia pada acara Malaysia Culinary World Cup 2023 yang diiktiraf dengan kehadiran para chef dari seluruh dunia .Kata beliau “This is so exciting special bagi Ibu yang dijemput as special guest as judge in this prestige Chefs competition and i am so very bersyukur ,a priceless hadiah anugerah dari Allah”

Puan Sri Nisa Bakri cukup yakin melalui penganjuran acara ini nama negara Malaysia akan mula diperhatikan di persada masakan antarabangsa dan beliau teruja memperkenalkan menu masakan tempatan disamping membina jaringan antarabangsa dengan rakan-rakan  dalam dunia masakan dari seluruh dunia .

Beliau juga ingin mengajak lebih ramai lagi kaum wanita untuk bersama-sama meneruskan mempromosi  tradisi masakan tempatan ke peringkat antarabangsa .




Pada pertandingan ini sebanyak 9 kategori utama dipertandingkan dengan   62 sub-kategori termasuk 40 yang menampilkan menu masakan tempatan .Kategori ini termasuklah  Patisserie, Malaysian Gastronomy (21 masakan Malaysia termasuk  Nasi Lemak, Chicken Rice, Laksa, Burger Malaysia, Ulam, Ikan Sungai Malaysia), Indian Cuisine, Chinese Cuisine, Modern Hot Cooking, Plant-Based or Vegetarian Cuisine, Showmanship (seperti Teh Tarik dan Roti Canai), Japanese cuisine, artistic cooking dan Malaysia Heritage Food Black Box Challenge.















#MalaysiaCulinaryWorldCup2023
#MalaysiaCulinaryWorldCup
#PuanSeriNisaBakri
#Patisserie #MalaysianGastronomy
#nisabakriGourmet #Belisimo
#IndianCuisine #ChineseCuisine









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment