Pelancaran Produk Pastri AEON La Boheme Bersama Nestle KITKAT - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 20 Jun 2022

Pelancaran Produk Pastri AEON La Boheme Bersama Nestle KITKAT

 


“Nikmati KITKT cara baru”


AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama Nestle KITKAT untuk memberi variasi kepada pilihan produk pastri AEON La Boheme. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya.

Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.



Menurut Sunny Setiawan, 

“Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami,”

“AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti.” sambung beliau.





Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG. 


Yit Woon Lai pula mengulas “Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.”



La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa









Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan aktiviti bersama pengunjung. Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.



Oleh itu pengunjung bolehlah mencuba produk pastri AEON La Boheme ni, memang sedap. 


Untuk keterangan lanjut layari:

WEBSITE

www.aeongroupmalaysia.com

FACEBOOK

https://www.facebook.com/aeonretail.my/

INSTAGRAM

https://instagram.com/aeonretail.my


1 ulasan:

  1. dulu hampir hari pergi aeon...macam gi kedai runcit je sebab dekat dengan rumah dan pejabat

    BalasPadam

Thak You For Your Comment