PEMBUKAAN DR KO DERMACEUTICAL YANG KELIMA DI MID VALLEY MEGAMALL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 29 Disember 2021

PEMBUKAAN DR KO DERMACEUTICAL YANG KELIMA DI MID VALLEY MEGAMALL

 


Seri Wangi rasa bangga berpeluang dapat bertemu buat pertama kalinya dan bergambar dengan Dr KO di majlis pelancaran pembukaan Dr KO Dermaceutical yang kelima di Mid Valley Megamall, dalam usaha untuk menjadikan rangkaian penjagaan kulit profesional terbesar di Asia Tenggara.




Pelancaran ini dirasmikan oleh Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Dengan pelancaran Dr KO Dermaceutical kini mempunyai lima cawangan di Malaysia, antaranya boleh didapati di Sunway Pyramid, Mid Valley Southkey (Johor Bahru), Pavilion Bukit Jalil dan Gurney Plaza (Pulau Pinang). Pengguna juga boleh menantikan lebih banyak lagi cawangan Dr Ko Dermaceutical yang akan dilancarkan di pusat beli-belah utama di seluruh negara bermula dengan Terengganu, Pahang, Sabah & Sarawak.



Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai "Klinik Kulit, Laser dan Estetik Terbesar di Malaysia"  Klinik Pakar Kulit KO telah membuka 37 klinik di seluruh Malaysia manakala empat lagi di Indonesia. Produk penjagaan kulitnya mendapat pengiktirafan secara meluas dan terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah jerawat, pencerahan kulit, anti-penuaan, kulit kering, dan juga masalah jeragat.






Dengan pelancaran ini, Dr KO Dermaceutical kini mempunyai lima cawangan di Malaysia, antaranya boleh didapati di Sunway Pyramid, Mid Valley Southkey (Johor Bahru), Pavilion Bukit Jalil dan Gurney Plaza (Pulau Pinang). Pengguna juga boleh menantikan lebih banyak lagi cawangan Dr Ko Dermaceutical yang akan dilancarkan di pusat beli-belah utama di seluruh negara bermula dengan Terengganu, Pahang, Sabah & Sarawak.


Dr KO Dermaceutical berhasrat untuk meluaskan bahagian pasaran dalam perniagaan penjagaan kulit dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini juga untuk mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran Malaysia dan Indonesia sebagai penjagaan kulit pilihan utama apabila dikaitkan dengan permasalahan kulit. Dalam tempoh lima tahun akan datang, jenama ini juga akan terus menubuhkan 15 cawangan di Malaysia serta pengembangan secara progresif di seluruh Asia Tenggara bermula dengan Indonesia dan Vietnam. Unit penyimpanan stok (SKU) syarikat ini kini berada pada 53 dan akan terus bertambah kepada 50% dalam tempoh lima tahun akan datang.



Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berkata, “Dengan sukacitanya kami merasmikan pelancaran cawangan kelima Dr KO Dermaceutical; dalam beberapa tahun yang akan datang, kami menantikan pembukaan kedai di seluruh Malaysia. Perluasan jenama penjagaan kulit dan pakar kulit tempatan yang terkenal di Malaysia ini, telah menetapkan Malaysia sebagai salah satu destinasi yang ideal untuk kesihatan kulit. Dengan kehadiran dan pengiktirafannya yang sedia ada dalam pasaran tempatan, kami percaya jenama ini mampu mencapai kejayaan dan berkembang di seluruh negara serta di Asia Tenggara.”

Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad

"Saya sangat teruja melihat perkembangan cawangan yang kelima ini, dengan membawa produk dan perkhidmatan Dr KO Dermaceutical lebih dekat kepada pengguna. Cita-cita kami adalah untuk mencipta produk penjagaan kulit profesional yang khusus untuk permasalahan kulit orang tempatan. Saya amat gembira  apabila melihat senyuman dan keyakinan yang diperolehi oleh pelanggan kami selepas menggunakan produk Dr Ko Dermaceutical. Penjagaan kesihatan kulit kita adalah penting, apatah lagi ketika pandemik. Ini kerana pandemik covid 19 telah membawa banyak tekanan kepada orang ramai. Tekanan mental adalah salah satu faktor yang memudaratkan kulit kita. Penggunaan topeng muka yang berterusan juga menimbulkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan keradangan kulit. Dengan memperluaskan jangkauan kami semasa pandemik, kami gembira dapat membantu mereka yang bergelut dengan masalah kulit,” kata Dato’ Dr. Ko Chung Beng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr KO Dermaceutical.



Produk penjagaan kulit Dr KO Dermaceutical hanya menggunakan bahan-bahan gred perubatan yang berkualiti tinggi. Dr. Ko percaya bahawa tabiat penjagaan kulit yang konsisten dan penggunaan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda, impian memiliki kulit yang licin dan berseri bukanlah sekadar mimpi. Sehingga kini, Dr KO Dermaceutical mempunyai 4 rangkaian produk penjagaan kulit iaitu Dermax Clinicare, Ko Dermacare, Three Series, dan Ko Perfect. Pengguna beragama Islam tidak perlu risau kerana Dr KO Dermaceutical menawarkan rangkaian produk mesra wuduk yang sesuai untuk orang Islam. Ini termasuk - Bio Hydro Gel Moisturiser, Vitality Purifying Essence, Clarifying Mist dan banyak lagi.













Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari

WEBSITE:

https://drkoskincare.com


FACEBOOK

https://www.facebook.com/koskinspecialist/


INSTAGRAM

https://www.instagram.com/drkoskinspecialist/?hl=en



#DrKODermaceutical #drkoskincare #drkoskinspecialist #produkmesrawuduk #beautyproducts #skincareproducts #midvalley #KlinikKulitLaserdanEstetik #produkpenjagaankulit #antianging #KoPerfect #KoDermacare #ThreeSeries

#DermaxClinicare #beautyblogger #Lifestyleblogger #malaysiablogger








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment