MISI BANTUAN DAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DARI MAGNET TEAM - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 28 Disember 2021

MISI BANTUAN DAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DARI MAGNET TEAM

 


Peribahasa: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Maknanya:  Hanya orang yang mengalami tahu kesusahan sebenar. 


Seri Wangi di sini ingin meluahkan perasaan dan berkongsi kesedihan dan kesengsaraan mangsa-mangsa banjir dalam menghadapi situasi bencana terbesar dalam daerah masing-masing. Bencana terburuk penghujung tahun dan penutup tahun 2021 di samping negara kita masih lagi menghadapi masalah Covid19... hanya Allah swt Yang Maha Mengetahuinya. Hanya mereka yang mengalaminya saja yang tahu betapa sengsaranya kehidupan mereka selepas banjir disebabkan mereka kehilangan harta benda dan juga ada yang kehilangan orang tersayang. Seri Wangi juga mempunyai pengalaman pernah berhadapan dengan situasi banjir, memang penat bila time hendak membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur kuning, habis baju-baju kotor dan barang elektrik rosak, namun Seri Wangi bersyukur kerana banjir memasuki rumah hanya paras kaki.


Banjir besar yang melanda negara kita menjadi mimpi ngeri kepada mangsa-mangsa banjir. Hujan lebat tanpa henti menyebabkan banyak rumah ditenggelami air, banyak kenderaan yang rosak dan tersadai, ramai yang terperangkap dan yang paling menyedihkan ada yang meninggal dunia .





Dalam menangani situasi terkini, usaha untuk membantu mangsa banjir digerakkan oleh ramai pihak dari agensi kerajaan, NGO, syarikat korporat, inisiatif individu dan ramai lagi yang membantu khususnya pasca banjir. Seri Wangi rasa sangat terharu dengan pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. 

Puan Seri Nisa


Seri Wangi ingin berkongsi betapa ramainya yang menghulur tangan ingin membantu, tidak kiralah dari segi kewangan, barang-barang keperluan, makanan dan utamanya bantuan tenaga kerja. Yang menarik perhatian Seri Wangi kali ini ialah inisiatif Magnet Team, kumpulan yang terdiri seramai 12 orang sahabat akrab yang digerakkan oleh Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan iaitu PS Dato Zainab Kader, Dato Fatimah Abdul Hamid, Suzimah Hazish, Marina Kenis Tio, Alex Navanith, Sue, Fieda Khalid, Datin Aimi dan Mak Su. 

Dato Fatimah Abdul Hamid


Magnet Team inisiatif 12 orang sahabat kelompok profesional  ini telah menyediakan 300 pes makanan sedia dimasak untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.



Selain itu juga Magnet Team menyumbang dalam 250 bungkus  nasi kandar dan nasi ayam kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat di samping menyumbangkan pakaian yang telah disusun mengikut saiz dan jantina kepada mangsa-mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan.


 

Seri Wangi berbangga dengan usaha Magnet Team dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Yang lebih menariknya  juga ialah salah seorang Magnet Team ini  iaitu PS Dato Zainab Kader yang telah pun berumur 75 tahun tetapi tetap aktif turun padang membantu memberikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat dan menghantar sendiri bantuan makanan di masjid Hulu Langat . Kegigihan PS Dato Zainab Kader dalam membantu mangsa banjir ini wajar dicontohi oleh semua khususnya anak muda Malaysia agar lebih aktif untuk turun padang membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menderita.


Magnet Team turut menyumbang pelbagai bantuan untuk mangsa banjir melalui pelbagai NGO disamping meneruskan usaha bantuan pasca banjir yang lebih mencabar.Usaha Magnet Team ini wajar diteladani oleh masyarakat kita bagi mewujudkan lebih ramai lagi “Unsung Heroes” yang mengambil berat dan peduli terhadap kebajikan mereka yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir ini.





Orang ramai yang berminat berkerjasama membantu usaha murni ini bolehlah bersama-sama menyumbang melalui:-

CIMB Bank : 8008336625

NJB Innari Sdn Bhd

(Ref: NB Flood Donation) 


Berkenaan Magnet Team

1. PS Dato Zainab Kader - suami TS Ibrahim Saad bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Duta ke Filipina


2. DCP Dato Hajah Fatimah Abdul Hamid - Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan PDRM


3. Puan Seri Nisa Bakri - team yang menyediakan pes sedia masak melalui NGO dan team magnets pasca banjir yang membantu mangsa banjir dan para sukarelawan


4. Suzimah hazish - Pengasas & usahawan suzyhoney herbs 


5. Marina Kenis Tio - usahawan co.sec business - yang menghantar bot bantuan  selepas banjir di Shah Alam. Syarikat beliau membeli terus bot untuk membantu usaha menyelamat mangsa banjir


6. Alex Navanith - usahawan kilang nenas dan santan - menyediakan bantuan  jus nenas untuk mangsa banjir dan para sukarelawan 


7. Sue - usahawan restoran , kumpulan yang memasak nasi ayam untuk mangsa banjir dan sukarelawan 


8. Fieda Khalid - memberi informasi terkini tentang fokus tempat banjir yang memerlukan bantuan  


9. Datin Aimi dan Maksu - sukarelawan memasak dan menyediakan makanan siap dimakan


Dengan usaha murni Magnet Team ini, Seri Wangi ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala keikhlasan, bantuan dan pertolongan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat dan diharapkan usaha murni ini dapat dipanjangkan kepada mangsa-mangsa banjir di tempat lain serta Seri Wangi juga berharap orang ramai juga dapat memberi sumbangan untuk meringankan beban kepada mereka yang memerlukannya. Amin ya rabbal alamin.


#MagnetTeam  #mangsabanjir2021 #banjir2021 #Misibantuanbanjir

#banjirhululangat  #pascabanjir #UnsungHeroes  #PuanSeriNisaBakri 





8 ulasan:

  1. MasyaAllah, terbaik Magnet Team! Umur 75 tahun pun turun padang dan steady. Anak muda ayuh bangkit.

    BalasPadam
  2. kudos to everyone yang datang tolong mangsa banjir. sebesar mana pun bantuan, ia banyak ringankan beban mangsa.

    BalasPadam
  3. Untung juga kan....orang derma...paste tu nanti mereka akan distribute kat mereka yang memerlukan. Beliau dapat untung dan beliau juga akan distribute kat mangsa banjir. Senang masak paste ni kan cuma mereka yang rumah hanyut dibawa arus kalau dapat paste ni pun tak boleh masak.

    BalasPadam
  4. thank you team magnet atas bantuan and jasa semua. we need more people like you :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, diwaktu sebegini NGO dan orang awam banyaj memberikan bantuan. Sangat terharu melihat bantuan-bantuan yang diberikan. :)

    BalasPadam
  6. This is a great initiative from Magnet Team to help the flood victims.

    BalasPadam
  7. Bagus.. ramai rakyat malaysia terus bangkit membantu golongan yg memmerlukan.. harap usaha dan insiatif seperti ini dapat dicontohi dan memberi manafaat pada semua

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah ramai yg prihatin dan sama-sama menghulurkan bantuan pd mereka yang terkesan dgn banjir kan

    BalasPadam

Thak You For Your Comment