Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival 2019 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 18 November 2019

Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival 2019


Jauh Perjalanan Luas Pamandangan - Ingat lagi tak peribahasa ni? Time sekolah dulu-dulu memanglah ingat peribahasa ni, apatah lagi kalau dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia....sekarang ni tentu budak-budak sekolah masih ingat lagi kan? Seri Wangi yang dah lama tinggalkan bangku sekolah pun masih ingat lagi. 
Makna peribahasa tu? Jawabannya: Jika kita banyak merantau, banyaklah perkara yang yang dapat kita lihat.


Oklah...jadi kali ni Seri Wangi nak kongsikan pengalaman perjalanan Seri Wangi  nun jauh di sana....di mana? Taklah jauh ke manapun, cuma dalam Malaysia jer....dalam Malaysia pun banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum Seri Wangi jelajah, banyak lagi negeri-negeri yang pelbagai budaya, adat resam dan pelbagai bangsa. Jadi Seri Wangi nak ajak korang cuti-cuti Malaysia, visit malaysia sempena Terengganu Homestay food & Culture Festival 2019. Yes.....kita jalan-jalan ke Jerteh & Besut dulu yerr...jangan tak tau di Jerteh & Besut sebenarnya banyak tempat-tempat menarik...Seri Wangi pun tak tau...haaaa!! mesti korang pun tak tau and lepas ni bolehlah korang cuti-cuti Malaysia ke Terengganu, cuti sekolah pun tak lama lagi kan? Jom ikut Seri Wangi jalaan-jalan cari makan, cuci mata, selfie bagai and tulis apa yang patut.

MASJID 8 KUBAH



Travelog Seri Wangi kali ini kembara ke Jerteh,Terengganu. Boleh dikira berapa kali ke Terengganu memang jarang sangat Seri Wangi pergi ke Terengganu jika tidak ada apa-apa urusan ataupun bercuti ni, kalau pergi pun sebab ada urusan kerja dan cuma hanya singgah membeli-belah di pasar payang, Kuala Terengganu jer...tempat lain memanglah tak singgah langsung. Kembara kali ini Seri Wangi berkesempatan singgah solat subuh di Masjid 8 Kubah. Alhamdulillah...dapat juga jejak kaki bersolat di sini. Masjid 8 Kubah terkenal dengan panggilan Masjid Russia, untunglah orang-orang Jerteh mempunyai masjid yang cantik dan unik..jelous jugak haaa...

  
Masjid 8 Kubah yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu. Masjid ini mendapat jolokan sebagai Masjis Russia sebab seni binaannya seakan-akan St Basli Cathedral, Moscow, Russia. Tengok pada seni binaannya pun sudah membuatkan hati kita jatuh cinta dengannya, memang menarik dengan bentuk kubahnya yang berwarna-warni dan menjadi perhatian orang ramai.



Terletak di tengah-tengah kawasan sawah padi di kampung tersebut dan masjid tersebut dicetuskan seni binaannya oleh anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusuh kira-kira 6 tahun lalu. Masjid tersebut dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai, sebenarnua untuk menggantikan masjid kayu sebelum ini yang sudah berusia lebih 100 tahun dan usang. Jadi bagi orang ramai kini dapat melihat binaan dari Eropah di Negeri Terengganu.

Lata Kolam Air Deru Ecopark


Lata Kolam Air Deru Ecopark salah satu tempat menarik untuk orang yang cintakan alam semulajadi, flora dan fauna dengan suasana yang hening, nyaman dan menenangkan fikiran Lebih-lebih lagi yang suka lakukan aktiviti lasak dan adventure di sini, berkelah bersama family dan mandi-manda di air terjun yang airnya dingin dan bersih waktu cuti sekolah ataupun di hujung minggu serta berkhemah di tepi sungai.


First time Seri Wangi datang ke Lata Kolam dan bermalam di sini, memanglah tak biasakan sebab seumur hidup tidak pernah tidur dalam khemah (camp site). Penginapan di Lata Kolam ni ada beberapa tempat penginapan seperti kabin, hammock dan camp site iaitu tapak perkhemahan yang disediakan, Seri Wangi pula menginap di kabin, merasa jugak tidur di kabin walaupun sempit tapi selesa. Jangan tak tau di khemah ini juga ada elektrik disediakan lampu, kipas, tilam, bantal dan juga kemudahan awam seperti tandas, surau dan paip air bersih. Memang best sebab tapak perkhemahan dan penginapan semuanya di tepi sungai jadi kalau korang tentu suka.








Sedikit maklumat tentang Lata Kolam ni adalah hutan simpan kedua di Malaysia, ianya telah didirikan pada tahun 2016 oleh anak jati Kg. La yang kini mempunyai keluasan 7 hektar dan semakin ramai orang datang berkunjung lebih-lebih bila musim cuti persekolahan.

Aktiviti Di Lata Kolam


Sepanjang berada di Lata Kolam kami juga menyertai aktiviti program CSR 'Sayangi Hutan Kita' anjuran bersama Lata Kolam Air Deru Ecopark, Universiti Kolej Bistari dan Tourism Malaysia di Taman Trigona, tapak tanaman benih balak. Di mana dengan cara ini dapat mendidik generasi muda agar cintakan hutan, alam semulajadi.


Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti paling mencabar, lasak dan menguji  minda dan fizikal kita yang pastinya amat diminati oleh pengunjung-pengunjung seperti:
  • ATV
  • Walking Ball
  • Boating
  • Water Confident
  • Survival program
  • Mountain Bike
  • Water Rafting
  • Abseiling
  • Jungle Trekking


Wah...rasanya dah macam-macam aktiviti kami lakukan dalam satu hari, memang letih tapi enjoy, sebenarnya banyak lagi yang Seri Wangi nak buat tapi memang tak cukup masa sebab ada lagi aktiviti lain yang perlu kami lakukan. Apa-apa pun bila dah berada di Lata Kolam Air Deru Ecopark ni...tak sahlah kalau korang tak mandi-manda di air terjunnya yang cantik, sejuk, segar dan nyaman...rugi tau,,,,!!


Di sini ada beberapa tempat air terjun yang korang boleh terjah seperti Pengkalan Raja, Pengkalan Suri dan Pengkalan Dua untuk berkhemah, berkelah bersama family dan bermalam di sini, tempatnya bersih dan dijaga rapi jadi Seri Wangi berharap para pengunjung dapat menjaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata tempat lagipun untuk kesenangan bersama.








Alamat:   Lata Kola Air Deru Ecopark, Jalan Kolam Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Terengganu.

Contack No:  +6013-9178633

FACEBOOK   I   INSTAGRAM





Jom kita jalan-jalan di kawasan kampung yang di kelilingi sawah padi tapi masa tu padi dah tak ada walau macammana pun pemandangan di sawah padi tetap cantik menghijau. Kami singgah di Homestay Kubang Depu untuk menjamu selera dengan masakan kampung yang sangat enak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.  




Air Panas La Hot Spring





Lagi satu tempat menarik yang kami sempat singgah ialah Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring, Jerteh, Terengganu di mana terdapat beberapa kolam air panas yang menjadi tarikan penduduk-penduduk sekitar Jerteh dan juga pelancong. Terdapat banyak kemudahan di sekitar kolam air panas sepeti tandas, tempat solat dan pondok-pondok yang didirikan untuk berkelah dan berehat. Disebabkan masa terhad jadi Seri Wangi tidaklah dapat mandi-manda di kolam air panas tu, jadilah dapat merendamkan dan berselfie dengan rakan-rakan.





Air Panas La Hot Spring ni yang uniknya air panas yang terdapat di kolam air panas sebenarnya datang menerusi sebuah bukit dan mengalir ke dalam kolam yang disediakan dan air panas ini mengandungi belerang dengan kehangatannya 49 darjah celsius serta dikatakan berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit.


Alamat:  56 Kg.La, Ulu Besut, 22010 Jerteh, Terengganu



Menaiki Besut Cruise


Kali ni kita jalan menyusuri sungai besut dengan menaiki Besut Cruise melihat keindahan suasana kampung nelayan iaitu Kg Nail, Besut. Happy sangat sebab first time naik Besut Cruise sambil dijamu dengan minuman air kelapa muda, sata dan otak-otak. 









Seri Wangi rasa tertarik dengan keindahan di kiri kanan sepanjang menyusuri sungai besut selama 1 jam melayari dengan Besut Cruise sememang satu idea yang bagus dari segi ekonomi negeri Terengganu dari sudut pelancongan.


Besut Cruise

Desa Ukiran Kayu



Desa Ukiran Kayu sememangnya cantik dan unik sekali senibinanya, kami tiba di sini dengan Besut Cruise menyusuri sungai Besut dan singgah melihat betapa indahnya seni ukiran di setiap rumah di situ, cuma ralat tidak dapat masuk melihat di dalam sebab waktu time cuti di Terengganu, mungkin nanti datang lagi.





Desa Ukiran Kayu dibina di Kawasan Istana Tengku Long yang dibina oleh Tengku Chik Haji bin Tengku Hitam, Raja Besut Ke Empat pada tahun 1875. Istana ini di bina dengan dihiasi oleh ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan. Pembinaan Desa Ukiran Kayu (Duk) adalah Manifestasi kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" yang telah diistiharkan pada 12 Ogos 1999 iaitu sebagai pengiktirafan ke atas pengukir-pengukir kayu yang tersohor di Daerah Besut seperti Che Long bin Yusof, Tengku Ibrahim bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) dan Norhaiza bin Nordin.


Alamat:  Desa Ukiran Kayu, Pusat Kraf Jalan Tg. Long, Kg. Raja, 22200 Kampung Raja, Besut, Terengganu

Tel: 09-6953823 / 4823


LADANG KAMBING FUZY


Susu kambing Fuzy memang terbaik, Seri Wangi dah minum rasanya memang sedap, segar dan tidak berbau hamis, laju jer minum sebab sedap lagi pun baru kuar dari peti ais. Ladang Kambing Fuzy mempunyai kambing dari baka kambing terbaik! Kandang kambingnya pun bersih dan dijaga rapi. Ladang Kambing Fuzy ni terletak sekitar kawasan Homestay Kampung Kubang Debu, Besut, Terengganu.

Satu botol Rm2.50 sahaja
4 botol Rm 10




Terengganu Homestay, Food & Culture Festival 2019


Program seterusnya kami semua ke Homestay Kubang Depu, Jalan Guri Mas, Kg. Kubang Depu untuk menyaksikan pelbagai aktiviti penduduk kampung seperti menyediakan masakan tradisi Terengganu di sebelah siangnya jadi dapatlah kami merasakan pelbagai masakan yang dimasak panas-panas di situ. Di sebelah malamnya pula diadakan pelbagai persembahan seperti Dikir Barat, Silat dan Muay Thai...paling happening adalah Dikir Barat. Kemudian bermula Majlis Perasmian Terengganu Homestay, Food & Culture Festival 2019 yang dirasmikan oleh KSU MOTAC YBhg Dato Isham bin Ishak.





Berakhirlah program Terengganu Homestay, Food & Culture Festival 2019 dan seterusnya kami akan di Setiu pula untuk sertai program Festival Setiu Wetland 2019. Tunggu.......!! 



#vm2020 #visittrulyasiamalaysia     #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival2019 

#tourismmalaysia  #tourismmalaysiawilayahtimur 
#motacterengganu #Malaysiatravelblogger #Travelblogger  #wonderfulterengganu

1 ulasan:

Thak You For Your Comment