SAFI MALAYSIA KELUARKAN PRODUK TERBARU PENJAGAAN RAMBUT SAFI SHAYLA ANTI-KELEMUMUR - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 14 Ogos 2019

SAFI MALAYSIA KELUARKAN PRODUK TERBARU PENJAGAAN RAMBUT SAFI SHAYLA ANTI-KELEMUMUR


Sapa yang ada masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur? Pastinya ada bukan? Lebih-lebih lagi yang berhijab/bertudung memang tak lari menghadapi masalah macam ni...termasuklah Seri Wangi bila keluar rumah seharian kat luar dan travel, time pulak dalam cuaca panas terik pasti terasa kulit kepala mula rasa gatal-gatal dan berpeluh dan menyebabkan berkelemumur.


Usah risau pasti ada jalan untuk mengatasinya, kini @SafiMalaysia telah keluarkan produk terbarunya untuk rawatan rambut  anti-kelemumur terutamanya untuk wanita yang berhijab/bertudung dan juga yang tidak bertudung. Apa dia? Hmmmm....produk terbaru Safi Malaysia tersebut adalah Safi Shayla rawatan rambut anti-kelemumur...happykan?


Kalau korang nak tau Set Safi Shayla ada 3 variasi Anti-Kelemumur iaitu:
  • Minyak Rambut Anti-Kelemumur
  • Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur
  • Syampu Anti-Kelemumur

Minyak Rambut Anti-Kelemumur



Minyak Rambut Anti-Kelemumur Safi Shayla dengan Organic Habbatus Sauda Oil & Menthol dapat mengurangkan kelemumur, minyak dan kepala gatal. Minyak rambut ni sangat wangi dan Seri Wangi sangat sukakannya sebab wangiannya boleh bertahan selama 8 jam. Minyak rambut ini menjadikan rambut Seri Wangi lebih lembut, licin dan memberi keliauan rambut, sihat dan menawan, lebih-lebih lagi rambut Seri Wangi jenis kering dan berkerinting jadi sangatlah sesuai sangat tau..! Kalau wanita berambut panjang pasti suka dengan minyak ni. Di samping itu dapat mengurangkan kelemumur dengsn berkesan. Melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala memang rasa sangat selesa dan dingin serta harum sepanjang hari.

Bahan-bahan yang terdapat pada minyak Safi Shayla iaitiu Minyak Organic Habbatus Sauda, Minyak Zaitun Tulen dan Ejen anti-kelemumur & Menthol.

Minyak Organic Habbatus Sauda memberikan kelembutan pada rambut, nutrien, anti-bacteria dan perlindungan matahari.

Minyak Zaitun Tulen memelihara/memberi kelembapan kepada rambut kering, kusam dan kerinting.

Ejen anti-kelemumur & Menthol ini pula dapat mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberi kesan sensasi, dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.

Cara penggunannya - goncang dulu sebelum guna kemudian ratakan minyak pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan melalui hujung rambut, biarkan selama 3-5 minit kemudian syampu dengan Syampu Safi Shayla, urut perlahan-lahan hingga rata kemudian bilas dengan bersih. 

Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur  
& Itch-Free


Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur  & Itch-Free mengandungi Micro Bamboo Charcoal, Organic Habbatus Sauda Oil dan Menthol dapat membantu mengurangkan kelemumur ke atas 100% subjek daripada cucian pertama. Tiada lagi rasa gatal-gatal pada kulit kepala, bau hapak/kepam dan minyak diserap agar kulit kepala sentiasa segar dan dingin. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam pada rambut kita.

Bahan-bahan yang terdapat pada Masker Penyegar Kulit Kepala iaitu Micro Bamboo Charcoal, Minyak Organic Habbatus Sauda & Menthol.

Micro Bamboo Charcoal menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut.

Minyak Organic Habbatus Sauda kaya dengan nutrien, yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala.

Menthol ini pula dapat menyegar dan menyamankan kulit kepala.

Cara penggunannya - Ratakan Masker Penyegar Kulit Kepala dan urut kulit kepala perlahan-lahan selama 1 minit kemudian bilas dengan bersih.


Syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur


Syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur dengan Micro Bamboo Charcoal, Habbatus Sauda dan Micro ZPT Complex yang berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan haruman selama 48 jam. 

Bahan-bahan yang terdapat pada Masker Penyegar Kulit Kepala iaitu Micro Bamboo Charcoal, Habbatus Sauda & Menthol.

Micro Bamboo Charcoal Arang Buluh Mikronisasi adalah bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala  dan rambut.

Habbatus Sauda menghalang pembiakan bakteria, menyihat,  melindungi dan mencantikkan rambut.

Micro ZPT Complex ini pula agen kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur.

Cara penggunannya - Buihkan syampu pada rambut yang basah kemudian bilas hingga bersih.

Best tau...guna Safi Shayla Anti-Kelemumur ni, Seri Wangi rajin syampu rambut sebab wangi dan rambut pun dah tak ada kelemumur, nampaknya kena beli lagi sebab anak bujang yang duk kat kolej pun nak jugak sebab kat kolej banyak buat aktiviti kat luar dan kulit kepala dia selalu gatal-gatal. Korang kalau nak beli bolehlah pergi ke rangkaian farmasi dan hypermarket yang terdekat tempat korang. Kalau korang rasa malas nak pergi beli, korang beli jer secara online. 

WE BEAR BEARS SLING BAG
 

Tentu korang semua berkenan dengan We Bear Bears Sling Bag ni kan? Lebih-lebih lagi yang ada anak tentu dorang sukakan bag ni, yelah dorang selalu tengok kat TV kartun We Bear Bears ni. Camner nak dapatkannya?

Haaa...cucu dah cop siang-siang

Senang jer kalau korang nakkan We Bear Bears Sling Bag (limited Edition) ni, korang cuma kena beli produk Safi Shayla Hair Care berharga RM35 di Rangkaian Farmasi ataupun di Hypermarket yang terpilih.

 
JOM LAYAN YOUTUBE SAFI SHAYLA


Untuk maklumat lanjut layari

WEBSITE

http://safi.com.my/


FACEBOOK

18 ulasan:

  1. Wahhhhh dapat free sling bag laaaa. Ni confirm budak2 nampak dia sebat dulu. Tengok shampoo shayla ni terus rasa nak nyanyi lagu iklan safi shayla kat tv tu. Suka shampoi shayla sbb bau dia wangi & rasa segar je :D

    BalasPadam
  2. menarik ni.
    comel. kebetulan kartun feveret anak-anak aida.
    and safi shayla ni memang shampoo kami. sekian lama gunakannya.
    nak kena terjah mydin lah jap lagi. dpt kan one set shampoo. and dpt beg comel :)

    BalasPadam
  3. Wow. Safi Shayla ada packaging baru nampaknya. Dulu pernah juga pakai produk ni cuma kurang sesuai dengan saya. Tapi ramai juga kawan2 yang suka pakai produk Safi ni. Best ada offer utk kanak2 tu. Pening kepala mak bapak nak dapatkan untuk anak2 sling bag tu nanti. Haha

    BalasPadam
  4. Iza tak pernah try jenama safi punya syampu. nampak macam menarik siap ada set sekali dengan minyak and masker. Beg bare bear tu comel! suka giler tgk cerita dia.

    BalasPadam
  5. Menarik perkongsian ni. Tak kisah la perempuan ke lelaki, jika sayang rambut n kepala anda. Jagalah betul2. Safi pun antara produk yang proven bantu kawal kelemumur 👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  6. such a great product.. wanna try use this safi syampoo.. got dandruff recently.. mayb can c how well the product is..

    BalasPadam
  7. Melihat pada produk pun sudah tahu, ia akan menjadi pilihan utama pada masyarakat Malaysia. Naim pun pengguna produk safi nie gak. hehe

    BalasPadam
  8. Ruby ada pakai hat syampoo safi ni. Kaler merah jambu tu. Masa beli ritu, tak tahu ada promosi dapat beg sling kartun ni ha.

    Adududu. Harap dapat lah buat koleksi juga sebelum habis promosi Percuma beg.

    BalasPadam
  9. Nampak menarik produk baru ni. Untuk lelaki boleh jugak ke? Mcm nak beli & dapatkan sling bag tu haha. Terima kasih atas perkongsian ni.

    BalasPadam
  10. Ada Habbatus Sauda dalam syampu ni memang best lah hehehe wangi dan sihat juga... Paling best beg Panda tu kita suka lah comel nak juga hehehehe......

    BalasPadam
  11. Suka pakai syampu safi ni. Wangi and sesuai dgn rambut saya. Cume saya tak pernah lagi guna hat warn biru ni. Nanti nak kumpul koleksilah untuk sling bag comel tu

    BalasPadam
  12. oh lain tempat lain koleksi beg we bear tu. comel sangat design beg tu. untung beli produk safi dapat free beg tu. kena dapatkan cepat sebelum stok habis ni.

    BalasPadam
  13. Best pakai shampo safi shayla sebab bau die wangi dan tahan lama..kite pun nak grab juga la sebelum sling beg tue habis..

    BalasPadam
  14. mek dah cuba yang ni kak limah. memang berkesan. dan berkesan bukan takat hilang kelemumur, tapi rambut gugur pun shayla cover sekali. memang trbaik.

    BalasPadam
  15. awa salah sorang pengguna produk safi shayla juga, tu teruja jadinya bila safi wat prmosi beli brg dapt bare bears, best

    BalasPadam
  16. Boleh cuba ni....moga2 dpt hilangkan masalah klemomor BC ni...safi ni dh ada dlm pasaran sejak 20tahun dulu....

    BalasPadam
  17. syampu ni mmg best kita suka giler...and bila dapat koleksi beg ni lagilah best,,comel giler kot heheh

    BalasPadam
  18. Seronok la cucu dpt bag comel tu kan.. Yg mask penyegar kulit kepala tu wajib kena ada kan.. Utk rawatan dekat rumah

    BalasPadam

Thak You For Your Comment