UJANG EXISTS KINI MUNCUL DENGAN STICK DRUM SIRI SIGNATURE PROMARK MELAKAR SEJARAH DALAM INDUSTRU MUZIK TEMPATAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 24 Jun 2019

UJANG EXISTS KINI MUNCUL DENGAN STICK DRUM SIRI SIGNATURE PROMARK MELAKAR SEJARAH DALAM INDUSTRU MUZIK TEMPATAN


Ujang Exists seorang pemain drum terbaik Malaysia kini melakar sejarah dalam industri muzik tempatan mempunyai Signature Drum Stick sendiri yang mana ianya merupakanstick drum PROMARK jenama terkenal dunia. Ujang Exist merupakan saty-satunya pemain drum Malaysia dan pemuzik tempatan yang mempunyai Signature Stick Promark


Majlis Pelancaran Signature Stick Drum Promark Ujang Exist yang diadakan di JS Music, Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2019 lepas bersama Tung Kean Jin yang merupakan Pengurus Besar JS Music Distribution. Menurut Tung Kean Jin proses komunikasi dan pengurusan telah dilakukan selama setahun hinggalah stick ini siap sepenuhnya dan bersedia diedarkan di Malaysia. Durasi ini diambil kira pencarian rekabentuk, model, saiz serta pengesahan.



Untuk makluman para peminat Ujang Exist dan instrument drum, stick drum yang mempunyai ciri khas dari jenis Hickory ini dijual dengan harga RM79.00. Kayu stick yang dipanggang untuk mendapatkan ketumpatan yang padat dijual dalam bilangan 144 pasang sahaja untuk fasa pertama. Stick drum tersebut dibuat di kilang Houston, Amerika Syarikat, jenis 5A dan untuk masa hadapan pihak Promark merancang untuk mengedarkan pula jenis 7A. Untuk info uoll Stick jenama PROMARK jugadipakai oleh pemain drum terkenal seperti Mike Portnoy (Dream Theatre), Simon Philips (toto) dan Ian Paice (Deep Purple), 


Ujang menyatakan betapa terharunya sebab akhirnya beliau mempunyai Signature Series sendiri dan ianya merupakan pengiktirafan dari Promark untuk pemuzik tempatan. Ujang berharap akan ramai lagi pemuzik tempatan mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama baik dari Malaysia mahu pun dari luar negara. Beliau yang sudah 28 tahun berkecimpung dalam industri muzik turut merakam jutaan terima kasih kepada pihak JS Music yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan stick drum tersebut hingga sampai ke tangannya.


JS MUSIC








Stick ini sudah boleh didapati di 
JS Music, 133 Jalan Imbi
Imbi Kuala Lumpur

No. Tel:
03-21444555

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

INSTAGARAM UJANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment