SAFI BALQIS OXYWHITE-WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 25 Jun 2019

SAFI BALQIS OXYWHITE-WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seri Wangi rasa belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my muslim readers. Haaa..sekali sekala cakap organg putih pulak. Korang semua tentu tak habis-habis lagi beraya pergi Open House kan? Samalah denga Seri Wangi yang busy beraya ke Open House sana sini sinunnn. Hhmmm..bila dah busy beraya naklah pulak musim panas terik ni...muka pun jadi kering dan kusam sebab tidak ada masa nak jaga, lepas tu main letak jer...apa-apa krim, foundation, bedaklah...apatah lagi kalau satu hari beraya muka jadi berpeluh dan kadang-kala berminyak...aduh...faham-faham ajer lah...


Seri Wangi blur..juga nak cari produk yang sesuai nak pakai untuk kulit wajah Seri Wangi untuk lindungi kulit agar lembab, glowing dan segar sebab raya tak habis lagi nanti nak jalan-jalan beraya dan pergi event bagai jadi taklah orang tengok wajah kita macam tak bermaya ajer...gaya mau ada....walaupun tak cantik tapi wajah nampak berseri-seri macam Seri Wangi yang nampak awet muda....haaaa...jangan gelak tau!!!

Produk apa Seri Wangi pakai sekarang?Haaa...ni dia produk terbaru dari Safi Malaysia yang dapat menyelesaikan problem kulit wajah Seri Wangi iaitu Safi Balqis OxyWhite-Whitening Hydrating Lotion with IR Protection.


Kalau korang nak tau Safi Balqis OxyWhite-Whitening Hydrating Lotion ni adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembab dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun ianya memberi kesan lembapan yang optimum. Seri Wangi sangat puas hati sebab kulit wajah semakin lembab walaupun terdedah pada cahaya matahari.

Safi Balqis OxyWhite-Whitening Hydrating Lotion dalam botol 100ml bertindak:
  • Memberikan 2 x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Asid:
       -  Macro  Hyaluronic Asid
       -  Nano Hyaluronic Asid
       -  Bio-Hyaluronate
       -  Oligo-Hyaluronic Asid
       -  Super Nano Hyaluronic Asid
  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared(IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE=NANO OXYGEN+NANO BIOWHITE
Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri. Manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna serta semulajadi.

Cara mengguna Safi Balqis OxyWhite-Whitening Hydrating Lotion senang jer just titik beberapa titik lotion kat tapak tangan kemudian tepuk-tepuk pelan-pelan ke seluruh wajah hingga meresap, pakailah waktu pagi dan malam.



Untuk maklumat lanjut berkenaan
Safi Balqis OxyWhite-Whitening Hydrating Lotion
layari:

WEBSITE

FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment