PROGRAM BANTUAN AMAL SHOPPING RAYA BERSAMA ADIK-ADIK DI JAKEL MALL KUALA LUMPUR - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 27 Mei 2019

PROGRAM BANTUAN AMAL SHOPPING RAYA BERSAMA ADIK-ADIK DI JAKEL MALL KUALA LUMPUR



Salam Ramadan 

Sempena bulan Ramadan satu program bantuan amal "Jom Shopping Raya Bersama Adik-Adik" yang diadakan di Jakel Mall Kuala Lumpur pada 25 May 2019 lepas untuk sumbangan ikhlas Hari Raya iaitu baju raya dari penganjurnya Syarikat Malik Streams Corporation bersama syarikat subsidiri iaitu Iman Health and Beauty Sdn. Bhd. syarikat kesihatan dan kecantikan. Program bantuan amal kepada 296 kanak-kanak iaitu pelajar daripada pusat jagaan/kebajikan yang menerima sumbangan tersebut terdiri daripada Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Muniraha Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa serta Pusat jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang.


Untuk makluman, syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat tersebut di bawah kepimpinan YBhg Dato' Abdul Malik bin Dasthigeer. Selain daripada itu Dato' juga mempunyai minat dalam bidang kecantikan dan kesihatan dan menceburi bidang kecantikkan dan kesihatan serta meluas tapak perniagaannya melalui Iman Health and Beauty Sdn. Bhd yang baru memulakan operasinya dalam bidang tersebut.


Pengarah Eksekutif bagi Syarikat Iman Health and Beauty Sdn Bhd iaitu Datin Thalia Baiduri Abd Rashid yang bakal mengeluarkan banyak lagi produk-produk kesihatan dan kecantikan untuk penggunanya dengan berjenama sendiri serta dengan formulasi khas.  Beliau juga sedang membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi agen atau stokis rasmi.





Sebagai permulaan perniagaan syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. bersama Syarikat Iman Health and Beauty Sdn Bhd mengadakan bantuan amal "Jom Shopping Raya" bersama kanak-kanak tersebut dengan harapan agar dapat mengadakan lagi program amal dan bantuan pada tahun depan. Dan berasa gembira dengan kemeriahan dan kegembiraan kanak-kanak tersebut yang menerima baju raya dan bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri.
   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment