CALIFORNIA RAISINS RAYA RASA SAYANG COOKING CHALLENGE - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 8 Mei 2019

CALIFORNIA RAISINS RAYA RASA SAYANG COOKING CHALLENGE

 

Assalamualaikum semua...Selamat Berpuasa 


Kismis California semarakkan kasih sayang menerusi makanan lazat dan berkhasiat untuk sambutan Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi...jadi orang yang berpuasa penuh jer..yang boleh beraya tau....!! Haaa....orang yang tak puasa penuh duduk diam-diam kat rumah tak boleh raya...makan kismis jer kat umah...!!!Haaa...saja jer Seri Wangi bergurau biasanya macam tulah kita selalu mengusik budak-budak yang biasanya kalau boleh nak cukupkan puasa dorang...nanti tak dapat duit raya...haaaaa!!


Untuk pengetahuan uoll Kismis merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa termasuk Seri Wangi dan juga kanak-kanak termasuk cucu-cucu Seri Wangi yang sangat sukakan kismis...laju jer dorang makan. Kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari California ini mempunyai rasa manis semula jadi dan mengandungi banyak khasiat dan enak yang mana buah kering kecil ini sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencip pelbagai sajian makanan yang lazat dan enak.

  
Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) mempersembahkan keisitmewaan Kismis California kepada 24 tokoh media sosial Mlaysia di Berjaya University Colloge of Hospitality - dengan memperlihatkan peranan yang boleh dimainkan oleh Kismis California yang lazat dan berkhasiat untuk Hari Raya.




Kelebihan dan Khasiat Kismis California

  • Semulajadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit yang penting membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.  



Untuk memeriahkan suasana Hari Raya bersama Kismis California satu acara bertema "Raya Rasa Sayang" bertujuan untuk membangkitkan suasana manis mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri di mana ianya menunjukkan bahawa Kismis California bukan saja berkhasiat tetapi jugak cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan dan jugak kuih muih serta biskut raya untuk dihidangkan kepada keluarga, sanak saudara, rakan taulan pada Hari Raya ataupun sambutan keramaian lain.



Untuk acara "Raya Rasa Sayang" semua pengamal media sosial yang terlibat dalam acara ini menyahut cabaran menyertai cabaran satu jam untuk mencipta resepi menggunakan Kismis California untuk Hari Lebaran yang mencerminkan semangat Kasih Sayang, Kemaafan, Penghormatan, Penghargaan, Keredaan, Kesyukuran, Kerahmatan, Keakraban, Kebaikan dan Saling Menghormati.


Cabaran Team Women Aspire dalam Mencipta Resepi
Kismis California "Raya Rasa Sayang"


Team Women Aspire
Team Women Aspire terdiri dari Seri Wangi, Leya dan Hanny dan kami bertiga bersama-sama menyahut cabaran tersebut. Boleh ke memasak? Haaaa.....boleh ke tak boleh, pandai ke tak pandai memasak lain kira tau!!yang penting kami rasa bahagia dapat berkumpul ramai-ramai dalam pertandingan memasak Kismis California "Raya Rasa Sayang" yang paling utama masing-masing saling bantu membantu, saling bekerjasama dan dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain.

Selfie dulu sebelum mula memasak
Nak tau apa resepi kami? Bertemakan 'Togetherness' team Women Aspire telah bersama memasak menu Nasi Beriani Raisins Sweet Memory, kalau nak resepi nanti bolehlah pm Seri Wangi tau..haaaa. Sebenarnya buntu jugak kami nak cari idea untuk masakan tersebut, memanglah berdebarkan sebab first time masuk pertandingan memasak walaupun ada asistant 2 orang ni...memang Leya and Hanny dapat membantu Seri Wangi, mereka tau apa yang perlu mereka buat dan kami saling bantu membantu dalam menyediakan menu hari itu....love uoll. Masing-masing pulun menyiapkan masakan Nasi Beriani Raisins Sweet Memory. Sedap ke? Haaaa.....rasanya sedapnya kot?Kalau tanya Seri Wangi memanglah sedap..Masuk Bakul, Angkat Sendiri.






Resepi Nasi Beriani Raisins Sweet Memory adalah resepi ciptaan Seri Wangi sendiri yang mana ianya tidaklah sama seperti nasi beriani yang kita biasa makan. Nasi beriani ni Seri Wangi masak bersama ayam sekali, campur buah gajus dan juga bahan utamanya pastilah kismis serta dihidangkan bersama Raita iaitu sayuran yogurts dihasilkan oleh Hanny, Raita sangat sedap dan lazat dimakan bersama nasi beriani. Tak caya...?Nanti boleh cuba resepi Seri Wangi.



Seri Wangi dan team akhirnya berjaya jugak selesaikan tugasan kami, sendiri rasa memang sedap haaaa...! Rakan-rakan lain juga bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing-masing, sebenarnya memang seronok dapat menunjukkan bakat masing-masing menyediakan resepi bahan utamanya Kismis California termasuklah beberapa orang sijejaka yang turut serta memasak...salute uoll!!




Selesai jer masing-masing dengan hidangan yang telah pun disiapkan dan siap sedialah untuk diadili oleh juri-juri dari chef-chef yang pakar dalam bidang masakan. Ada harapan menang ke? Haaaa...kan Seri Wangi dah kata walaupun dorang kata masakan kami sedap namun chef-chef jugak yang arif menilai masakan masing-masing. No rezeki kami walaupun tak menang namun kami happy sebab dapat merasakan debaran bagaimana orang lain masuk pertandingan memasak, darah gemuruh dan rasa takut memang ada.










Camner...?Tengok semuanya sedap-sedap belaka kan?Sebenarnya semua pandai dan boleh memasak dan masing-masing mempunyai kepakaran dalam masakan, sekali dorang tunjuk bakat masing-masing...baru tau kebolehan mereka menghidangkan menu resepi berasaskan Kismis California. Sekarang time juri-juri menilai masakan masing-masing...berdebarkan. Tapi...tunggu dulu kami ditunjukkan demotrasi masakan dari Chef Ili iaitu Beriani Ayam Kismis California dan Roti Sosej Masala Kismis California.





Seri Wangi rasa resepi yang ditunjukkan sangat berguna dan dapatlah kita pelajari menu baru yang ditunjukkan oleh chef Ili. Dah habis dah demotrasi masakan, tibalah time masakan kami dihidangkan dan diadili oleh juri pulak.







Oklah dah settle semuanya, juri pun dah pilih pemenangnya, walaupun team Women Aspire tidak berjaya, kami tetap tersenyum manis, adatlah...pasti ada menang dan kalah...bukan rezeki kami pada hari itu...yang pastinya semua peserta happy dan ianya satu pengalaman dan kenangan manis buat kami...harap lain kali dapat bertemu lagi.

Tahniah kepada pemenang 
Semoga silaratulrahim antara kita berkekalan adanya dan Seri Wangi nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jangan lupa Kismis California bila menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan juga pada Hari Raya.




Untuk maklumat lanjut tentang resepi Kismis California
layari seperti berikut

WEBSITE

FACEBOOK

https://www.facebook.com/RACASEAN/


INSTAGRAM

1 ulasan:

  1. fuhh menarik lah semua menu guna kan kismis ni. tak sangka lak. hehehehe

    BalasPadam

Thak You For Your Comment