PELANCARAN PRODUK MAKANAN TAMBAHAN REVOLUSI BARU VITALICIA SUPERMODEL GLOW - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

NUFFNAG

Ahad, 28 April 2019

PELANCARAN PRODUK MAKANAN TAMBAHAN REVOLUSI BARU VITALICIA SUPERMODEL GLOW


Nak cantik, menawan dan bergaya bagaikan SUPERMODEL? Be like a SUPERMODEL? Feel like a SUPERMODEL? Hmmmm...semua tu tidak mustahilkan? kena yakin pada diri sendiri macam mana nak jaga penampilan diri agar jadi SUPERMODEL gitu...!!! 


Kini produk suplemen revolusi baru - VITALICIA SUPERMODEL GLOW kini dapat membantu wanita dan lelaki agar tampak lebih cerah dan berseri di samping dapat meningkatkan kadar imunisasi dan menurun berat badan. Pelancaran produk makanan tambahan Vitalicia Supermodel Glow diasaskan oleh Aleeya Zailan (34 tahun) adalah bertujuan untuk menghasilkan produk inovatif dan berprestasi tinggi dan mementingkan kecantikan dalaman dan luaran. 



Vitalicia Supermodel Glow diilhamkan daripada nama anak ketiganya Alicia Aleena berumur 10 bulan.  Produk tersebut adalah produk ketiga keluarannya, sebelum itu produk penjagaan kulit iaitu Avenys pula diambil dari nama anak sulungnya Eva Natasha berusia sembilan tahun dan mungkin akan datang beliau akan mengeluarkan produk yang akan diberikan nama inspirasi dari anak keduanya pula iaitu Aaaron Aziz (7 tahun). Tunggguuuu....!! 



Vitalicia Supermodel Glow telah dibangunkan sejak hampir 3 tahun, maklum balas awal sangatlah membanggakan dan menggalakkan dengan 95% pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit  setelah memakan Vitalicia Supermodel Glow secara teratur dan konsisten selama 3 minggu. Jadi jika uoll inginkan kulit yang berseri dan nampak bersih dan cantik tanpa makeup, mulakan mengambil Vitalicia Supermodel Glow. Harganya pun mampu milik dengan harga RM89 sekotak dan mengandungi 14 sachet dan boleh bertahan selama tiga minggu dan ianya dalam bentuk serbuk.
"Saya sendiri tak terkecuali. Kalau bab supermodel, saya paling sukakan Tyra Banks. Saya memang peminatnya dan sering mengikuti program America's Next Top Model bermusim-musin dianjurkannya. Saya lihat dia banyak gilap ramai wanita yang tiada keyakinabn dan lemah semangat untuk mengeluarkan sisi 'fierce' dalam diri demi menjadi supermodel
"Selalu kalau tengok program itu, memang akan berangan nak jadi macam supermodel. Malah saya sendiri kalau menghadiri pertunjukkan fesyen pun makan hati melihat bentuk badan model yang memperga pakaian. Dalam hati terbit rasa nak dapat badan macam mereka yang langsing dan cantik. Lalu hadirlah ilham produk suplemen, Vitalicia Supermodel Glow yang selamat untuk digunakan tanpa ada bahan kimia. Ia selamat digunakan tanpa was was."katanya yang turut mahu mendidik masyarakat menghargai produk bebas kimia.



Info Penting Vitalicia Supermodel Glow

  • Vitalicia Supermodel Glow, suplemen makanan revousi baru untuk wanita yang hanya menggunakan ramuan sumber terbaik yang telah melalui pelbagai proses dan pengujian keberkesanannya. Formula semulajadi gabungan bahan yang berkhasiat secara klinikal direka khusus  untuk kecantikan dalaman dan luaran.
  • Vitalicia Supermodel Glow hadir dalam bentuk serbuk kerana ramuan utamanya iaitu buah camu-camu yg sangat masam sejenis beri dari hutan hujan Amazon mengandungi 30 kali jumlah Vitamin C secara purata dlm buah Oren.
  • Satu paket Vitalicia Supermodel Glow memberi anda 71mg khasiat Vitamin C berbanding 75mg, pengambilan Vitamin C secara harian amatlah bagus dan disyorkan untuk wanita. Ambil satu paket pada waktu pagi ketika bersarapan dan waktu makan malam. Dan boleh juga dicairkan ke dalam 30ml air  atau taburkan minuman jus, salad atau minuman protein yang lain.
  • Vitalicia Supermodel Glow dapat membantu menegang, melembut, merata dan memanjakan kulit anda agar sentiasa nampak berseri semulajadi.

Kandungan Bahan Vitalicia Supermodel Glow 


1.  Camu-Camu - Camu-Camu adalah sejenis buah beri dari hutan hujan Amazon yang mengandungi 30 kali jumlah Vitamin C secara purata dalam  buah oren, selain penuh dengan keperluan vitamin dan mineral lain termasuk besi, niasin, potassium, beta-carotene, kalsium dan banyak lagi. Memakan camu-camu dalam diet harian dapat membantu melindugi kulit dari sinaran UV, jerawat, awet muda, membantu melambatkan proses penuaan, mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan menyerlahkan tona kulit.


2.  Astaxanthin -  Pernahkah anda melihat burung Flamingo?Mereka tidak selalu dalam keadaan sentiasa berwarna merah jambu. Tetapi Astaxanthin yang terdapat dalam diet mereka mampu memberikan mereka warna merah jambu yang cantik. Astaxanthin berasal dari alga dan antioksidan super yang membantu meningkatkan kelembapan dan tona kulit. Ianya mengurangkan kesan penuaan dengan melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. Kajian juga menunjukkan bahawa ianya dapat membantu mengurangkan keradangan dan sakit sendi.

3.  Pre-Probiotik Mikrobiologi -  Prebiogenik Mikrobiologi & Probiotik meningkatkan kesihatan usus untuk imuniti yang lebih baik. Ia juga akan membantu mengurangkan selera makan apabila digabungkan dengan senaman biasa dan diet kalori terkawal serta juga berupaya mengurangkan penurunan berat badan. Prebiotik adalah mikroorganisma hidup (bakteria) yang meningkatkan kesihatan dalam sistem pencernaan apabila digunakan dan begitu juga dengan makanan seperti yogurt, tempe dan kimchi.




Maklumbalas Pengguna

  • 95% daripada pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit selepas memakannya secara teratur selama 3 minggu.
  • 81%  penggunabersetuju bahawa Vitalicia membantu dengan penurunan dan pengurusan berat badan apabila digabungkan dengan senam kardiovaskular dan hidrasi.
  • 92% daripada pengguna berasakan lebih banyak tenaga sepanjang hari.
  • 78% pengguna dalam jangka panjang menyedari pengurangan jerawat dan kulit semakin bersih dalam 14 hari apabila menggunakan 2 sachet sehari.
  • Telah diuji pada kumpulan 273 sukarela kajian penilaian diri selama tempoh 24 bulan.


Aleeya Zailan dan suami Mohd Azri Aziz

#VitaliciaSupurmodelGlow


Untuk maklumat lanjut:


FACEBOOK

INTAGRAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment