BUFET MAKAN MALAM SELERA D'KEMBALI DI KEMBALI KITCHEN HOTEL BEST WESTERN PETALING JAYA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 27 April 2019

BUFET MAKAN MALAM SELERA D'KEMBALI DI KEMBALI KITCHEN HOTEL BEST WESTERN PETALING JAYA



ASSALAMUALAIKUM

Menghitung hari menunggu tibanya bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi....uoll yang pompuan dah ganti puasa ke? Haaaa...jangan ingat yang kaun wanita jer kena ganti puasa...yang jejaka-jejaka idaman tu...kalau ada yang terponteng puasa tu pun kena ganti jugak tau...kalau tak...faham-faham ajerlah....

Oklah...Seri Wangi nak cite bila tiba bulan Ramadhan nanti tentu uoll dah fikir mana nanti nak berbuka puasakan, almaklumlah kalau yang bekerja tu tidak ada masa nak masak ataupun sekali-sekala nak bawak family berbuka puasa kat luar, nak belanja makan...bestkan? Kat mana yang Seri Wangi nak bawak uoll jenguk-jenguk tempat menarik untuk berbuka puasa?




BUFET MAKAN MALAM SELERA D'KEMBALI
DI KEMBALI KITCHEN

Seri Wangi cadangkan uoll dengan hidangan Bufet Makan Malam, bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi di Hotel Best Western Petaling Jaya yang menyajikan Bufet Makan Malam bertemakan 'Selera d'Kembali' di Restoran Kembali Kitchen, Tingkat 6 dan sajian tersebut akan mulai pada 13 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019 dengan lebih dari 100 juadah yang pasti dapat memikat selera uoll serta pelbagai pilihan  menu hidangan untuk pengunjung yang hadir....sedap...gitu!


Sepanjang Bufet Makan Malam 'Selera d'Kembali' berlangsung, uoll akan dihidangkan dengan pelbagai menu yang menari dan lazat oleh Chef Amin yang mana akan menyajikan menu pilihan ramai dan pembuka selera seperti Gulai Daging Kawah, Telur Itik bersama belimbing masak lemak cili padi, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis Masak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, udang mongolian, ikan masak Tikka, Daging kambing goreng lada hitam, kambing bakar, ikan bakar serta sotong masak Kalio.


















Wahh...banyakkan menu dia? Pening gak nak pilih yang mana satu nak makan dulu....sebab semuanya sedap masakan kampung pulak tu,,,jarang dapat makan masakan kampung tau...!!Chef Amin jugak menyajikan hidangan istimewa Daging Salai bersama Mangga Muda masak lemak cili padi dan banyak lagi hidangan istimewa jadi jomlah datang beramai-ramai berbuka di Restoran Kembali d'Kitchen.






















Macam mana tergoda tak? Tengok pun dah rasa kenyang haaaa...ada lagi sebenarnya tangan Seri Wangi dah penat snap-snap gambar menu hidangan ni sampai tak tertahan menahan lapar, apa lagi macam-macam ada....antara larat dengan tak larat jer nak makan...kalau tengok...kalau boleh...semua nak makan..semuanya my favoraite.

HARGA BUFET MAKAN MALAM 
SELERA d'KEMBALI


Ni...haaa...harga Bufet Makan Malam Selera d'Kembali kalau uoll nak ke sini kelak bersama family ataupun teman-teman mulai 13 Mei - 31 Mei 2019 dari 6.30pm - 10pm:

👉Early Bird = RM75nett - Bonus Buy 5 Free 1 (purchase by 30 Apr 2019)
👉 Adult= RM125nett
👉 Child (5-12years old)=RM62.50nett 
Senior Citizen (55 years and above)  

Untuk mendapatkan baucer pembelian awal (early bird), bolehlah hubungi Cik Wan Nabila : 019-7776079, Cik Vicky 019-7774140 dan email ke info@bestwesternpj.com.my

Hotel Best Western Petaling Jaya jugak berkolabrasi dengan rakan niaga seperti Maxis, hotlink dan Maybank. Bermula dari 1 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019, pelanggan rakan niaga bolehlah menikmati diskaun ekslusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa dan sah pada harga asal dewasa RM125 nett dan bolehlah merujuk kepada applikasi rakan niaga masing-masing bagi terma dan syarat.




Best Western Petaling Jaya terletak secara strategik di kawasan perniagaan dan pembangunan baru Petaling Jaya di Seksyen 13. Dibuka pada November 2014, mempunyai  344 bilik tamu dan suite, satu restoran di tingkat 6 iaitu Kembali Kitchen dan satu bar di ruang terbuka di tingkat 15 iaitu Rooftop SkyZ Dine & Bar. Best Western Petaling Jaya juga mempunyai lima bilik mesyuarat dan seminar yang mampu menempatkan sehingga 140 peserta. Hotel ini juga merupakan sebahagian daripada Komplek CENTRESTAGE yang menawarkan kemudahan pelbagai fungsi untuk perniagaan, kedai runcit, office dan tempat riadah. Oleh itu amatlah sesuai jika kita ke Petaling Jaya datang bersama keluarga sama ada untuk urusan perniagaan, bercuti dan shopping.


Meeting Room
KEMBALI KITCHEN







Untuk maklumat lanjut dan juga tempahan
bolehlah layari:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment