SAYANGKAN GURU ANDA? JIKA SAYANG CALONKAN GURU ANDA DI ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2019 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 24 Mac 2019

SAYANGKAN GURU ANDA? JIKA SAYANG CALONKAN GURU ANDA DI ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2019



Cikgu Saya Insan Luar Biasa


Sayangkan Guru Anda? Jika Sayang Calonkan Guru Anda di Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 - Tak lama lagi tiba Hari Guru untuk memperingati jasa-jasa mereka. Bukan mudah menjadi guru yang benar-benar tabah dan cekal hati untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak murid yang dari usia mereka dari 7 tahun hingga 12 tahun, 13 tahun hingga 17 dan hinggalah masuk alam kolej dan universiti. Peranan guru sangatlah penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya kepada negara. 
Alam persekolahan zaman Seri Wangi ketika tahun 1975 tidaklah sama cara pendidikan zaman sekarang. Kini zaman sains dan teknologi mereka banyak terdedah dengan dengan alam siber dan pemikiran mereka pun lebih luas dan juga membimbangkan para guru dan juga ibubapa. Pengorbanan guru sewaktu di sekolah mengajar anak-anak murid kadang-kala sangat mencabar diri, berani memberontak, melawan guru dan degil tetapi tidaklah semua begitu kerana di sinilah peranan guru membimbing mereka dengan sabar dan ikhlas hati.


Pada Seri Wangi pengorbanan seorang guru tidaklah boleh di pandang ringan, bagaikan seorang ibu/bapa yang berkorban untuk anak-anak. Maka bagi Seri Wangi mereka layak untuk dicalonkan sebagai ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2019


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 01 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak.


Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. 

Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi


Jadi mulai sekarang bolehlah anda mencalonkan guru-guru kesayangan anda di Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 yang akan tamat pada 31 Mac 2019. 


Cara Mencalonkan Guru Anda

Mudah saja cara hendak calonkan guru anda dengan layari link di bawah:





Penyertaan anda akan dinilai dan disemak untuk penilaian bagi mencari calon pemenang yang bertuah untuk tahun 2019

Maklumat lanjut berkenaan Anugerah tersebut:


Tarikh Tutup Penyertaan

31 March 2019 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment