HKTDC DG STUDIO (HONG KONG) BRING OUT DAILY PRODUCTS, TRENDY GIFTS AND PREMIUM TO SHOPPER IN MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNAG

Jumaat, 1 Mac 2019

HKTDC DG STUDIO (HONG KONG) BRING OUT DAILY PRODUCTS, TRENDY GIFTS AND PREMIUM TO SHOPPER IN MALAYSIA



DG Studio kini maju menampilkan produk-produk terbaru penggunaan harian dengan sentuhan kreativiti dan keunikan serta gaya hidup yang inovatif. Hong Kong Trade Development (HKTDC) merupakab satu badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan dari Hong Kong ini di arena antarabangsa dan kini DG Studio mengambil inisiatif membawa hadiah serta cenderamata-cenderamata gaya terkini yang saangat unik dan menarik serta premium dari Hong Kong kepada pembeli-pembeli di Malaysia. 



Salah satu produk dari HKTDC DG Studio (Hong Kong) 

Seri Wangi telah berkesempatan hadir untuk melihat produk-produk HKTDC DG Studio (Hong Kong) yang menampilkan sebanyak 12 jenama terkenal ditampilkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah 1 Utama (New Wing) Tingkat LG Highstreet dari 20 hingga 24 Februari 2019 dan di De Men Mall (LGB1, Tingkat LG) dari 20 hingga 28 Februari 2019 yang lepas.

Hoh Jee Eng - Pengarah Malaysia HKTDC
"Kami berbangga menampilkan produk-produk gaya hidup Hong Kong kepada rakyat Malaysia kerana kami percaya pasaran di Malaysia sudah bersiap sedia untuk menerima produk-produk tang bukan saja menepati fungsinya, bahkan mampu mencuit emosi. Kami yakin bahawa sesetengah produk yang anda nampak hari ini mampu menceriakan hati anda" kata Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC.

Terdapat 12 jenama DG Studio yang mengkhususkan kepada produk-produk gaya hidup tertentu yang mana biasanya ditawarkan sebagai hadiah peribadi atau korprat dan premium. Apa yang menjadikan produk-produk tersebut berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan rekabentuk dan gaya terkini bagi produk harian pengguna yang pastinya dapat menawan hati setiap pembeli. 12 jenama produk je DG Studio HKTDC (Hong Kong) adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab dan Team Green.  

1.  Artiart  -  Jenama produk Artiart merupakan produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Icebag Suction Cup dengan cemgkaman bawah dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari 'syurga' untuk individu yang kerap ditimpa 'kemalangan' dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat tersebut.

info lanjut tentang produk Artiart: http://www.artiart.com/en




Venice Min demontrasi Artiart Suction Mug dan Artiart Suction Bottle

2.  Konstar -  Jenama Konstar pula merupakan peralatan isi rumah yang kecil dan direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa . Empat daripada produknya telah meraih Anugerah RedDot DesignRekaan Salad Master yang turut meraih anugerah RedDot 2014 





"Saya masih sukar untuk mempercayai bahawa betapa pantas saya dapat mengupas buah epal dengan hanya menggunakan pengupas Super Apple Peeler ini. Produk ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja pada kerja yang biasanya mengambil beberapa minit untuk menyiapkannya. Super Apple Peeler menerima anugerah kehormat   Reddot 2014. Rekaan Salad Master yang turut meraih anugerah Reddot 2014 juga tidak kurang pintarnya. Apa yang saya pasti adalah saya tidak akan kembali kepada kaedah-kaedah lama yang konvensional" kata Pengacara dan Personaliti TV, Dahlia Shazwan yang berkesempatan menunjukkan kaedah penggunaan produk tersebut.


Pengacara dan Personaliti TV, Dahlia Shazwan
Konstar Industries Limited telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Dr York Wong, Designer and inventor. Produk Konstar juga termasuk Slicer & Glinder, Chopper & mixer, Mincer & Juicer, Salad Spinner, Fast Peeler,kitchen accessories and household products.
Info lanjut berkenaan produk Konstar: http://www.konstar.com.hk/




3.  Cardhoda -  Jenama Cardhoda adalah rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab seperti Kad Pengenalan, ATM Kad, Kredit Kad dan Bank Kad.
Info lanjut berkenaan Cardhodahttp://cardhoda.com/





4.  Eco Concepts -  Bagi pencinta dan penjuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga sangat menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau bukan bermakna sesuatu yang membosankan. 
Info lanjut tentang Eco Concepts: https://www.ecoconcepts.com.hk/




5.  Green Team  -  Bagi yang mengutamakan alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Hadiah ini yang sudah tentu mampu mencetus kesedaran. Jeep Innovation Limited.Info lanjut Green Teamhttps://www.greentanet.com/






6.  Paris Garden (Sherpa Ltd.) -  Menampilkan kit berkebun di rumah untuk mereka yang ingin berjinak-jinak bercucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah yang dinamakan URGAN FARMING. Kit tersebut memberi panduan cara-cara dan langkah-langkah untuk berkebun. Dengan kit Paris Garden sangat popular di kalangan chef-chef yang inginkan mempunyai tanaman herba di rumah dan juga menggalakkan kanak-kanak minat dalam bercucuk tanam di rumah.
Info lanjut Paris Garden: http://www.paris-garden.com






7. Hoobbe - Produk isi rumah Hoobbe direka dengan cukup kreatif dan pintar, menjadi perbualan hangat daripada pengunjung. Ianya mempunyai elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thank Giving Salad Server pasti akan membuatkan sesiapa tertarik hati melihatkan akan rekaan tersebut. 
Info lanjut Hoobbehttps://www.hoobbe.com






8. Tea Lab  -  Peminat seni dan mereka yang menyukai perkara-perkara halus adalah jenama yang tepat untuk mereka. Tea Lab amat sesuai bagi pencinta teh yang mana pengguna dapat menerokai sebarang perkara berkaitan dengan teh dan mendapati bahawa membancuh secawaan teh merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan aksesori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran dalam kalangan penggemar teh. JEEP Innovation Limited (JEEP) Tea Lab adalah brand pertama dari Hong Kong pakar dalam penyeduh dan aksesori membuat teh.
Info lanjut Tea Labhttps://tealab.bigcartel.com











Eyka Farhanna (artis) demontrasi the ELIXIR Glass Tea Stick

9. Hyone {HyOne HK Limited) - Penggemar teknologi pula pastinya menyukasi rangkaian produk Hyone. Ianya memasarkan rekaan yang pintar dan begaya untuk semua acra dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori elektronik, Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dan menarik dilekatkan pada telefon mudah alih yang dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firn Cup, pemegang cawan bebas tumpah yang kini menjadi item paling laris. Begitu juga dengan mini Selfie Stick Hyone dengan kawalan jauh bluetooth dan tripod mini.
Info lanjut Hyonehttps://www.hyone.hk





 10. MH Blocks -  Merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang dapat membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri mereka. Bas HK Kowlloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.  MH Blocks dicipta oleh designer muda Hong Kong.
Info lanjut MH Blockshttps://www.mhblocks.com






11.  SOAP Studio (Soap Studio Ltd)  -  Berkelaborasi dengan artis terkenal B,Wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Women dan Batman dalam prodeuk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira dan mengagumkan mereka.

Info lanjut SOAP Studiohttps://www.soapstudio.com






12.  Kilovest (Kilovest (HK) Limited) -  Digit-Band yang berpusat di Hong Kong adalah brand dan design yang penuh gaya yang direka oleh Sam Yeung dalam tahun 2005. Produk harian yang direka sangat unik dan menawan seperti jam, beg, wallet, tali pinggang,  tote bags, bowties dan pemegang pasport yang kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya. 
Info lanjut Kilovest: https://www.kilovest.com.hk






Venice Min

Produk-produk DG Studio boleh terus diperolehi di kedai-kedai berikut:

  • Parkson Elite di Pavillion KL
  • Parkson 1 Utama Shopping Centre
  • CM3 di Sunway Pyramid
  • Times Bookstore di Pavillion KL
  • Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
  • Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Di samping itu pihak DG Studio berkesempatan meraikan majlis harijadi yang pertama anak perempuan Dahlia Shazwan iaitu Freda bersama L-R Mr. Michael Li - Co-Founder Hong Kong Asia Distribution Ltd. Eyka Farhana, Venice Min dan Hoh Jee Eng, Pengarah Malaysia, HKTDC.








Info Lanjut berkenaan HKTDC dg sTUDIO (hONG kONG)

Website:

Facebook:













































































x

17 ulasan:

  1. Wahh.banyak nya barang menarik kat sini. Best² pulak tu. Boleh rambang mata kalau tgk barang2 byk yg best² macam ni.

    BalasPadam
  2. Banyak dan unik juga produk yang dibawa masuk. Ada juga yang nampak menarik di mata saya. Wah sempat juga sambut birthday anak Dahlia ye?. Comelnya anak dia....

    BalasPadam
  3. Warna warni produk dia..mmg menarik yg penting memudahkan kerja kat dapur

    BalasPadam
  4. Comel comel semua.produk yang mereka keluarkan.
    Dari segi bentuk, warna..
    Mesti menjadi pilihan ramai kan.

    BalasPadam
  5. Suka tgk barang2 dekat sini. Semua cantik2 and cute. Sesuai sgt nak buat hiasan dalam rumah. Alat utk dapur pun cantik2 je.

    BalasPadam
  6. Banyak ya brand brand dan barangan menarik ya kak? Mesti bagusbagus kan. Tengok brand yg ada pon bukan calang2.

    BalasPadam
  7. My second time at Hong Kong Trade Development (HKTDC). Nice kan all their merchandise. I like the creative products a lot.

    BalasPadam
  8. Wahh berkenan pulak beg tu. Hehe banyak ye produk yang dikeluarkan. Bole la nak deko rumah

    BalasPadam
  9. banyak barangan yg unik dengan reka bentuk tersendiri. Cantik!

    BalasPadam
  10. Cantik2 barangan dia ekk. Rugi tak gi hr tu. Alatan dpur tu menarik perhatian sangat...suka tengok

    BalasPadam
  11. Wahhh banyaknya barang2 yg dijual, semuanya comel2 pulak tu. nanti nk cuba terjah jugaklah. Mnalah tahu kot2 berkenan nak beli, ye dakk ?

    BalasPadam
  12. wah.. benda-benda kegunaan dapur yang cute ni TB gelar sebagai Gadget dapur je.. geram pulak tengok dalam gambar tu.. kalau dapat satu set.. gembiranya hati ni.. haha

    BalasPadam
  13. banyakkan barangan diaorang. cantik and useful.

    BalasPadam
  14. Bestnya DG Studio ni..macam2 ada..nanti kalau ke Gurney Plaza Penang mesti singgah sini..suka tgk mini puzzle tu..fevret anak2 murni tu

    BalasPadam
  15. Wow...all the things sold there look so beautiful and adorable. Hopefully I will be able to visit this exhibition before it is too late. :)

    BalasPadam
  16. Wah banyak gambar, nice to meet akak kat event ni. Banyak premium gifts yang Kelly suka especially the puzzle and also the suction mug.

    BalasPadam
  17. Kiutnya semua barang dia... Tertarik pulak tengok

    BalasPadam

Thak You For Your Comment